Pilihanraya kampus telahpun tamat. Keputusan telahpun diketahui. Pengundi telahpun membuat keputusan. Namun rasa panas hati masih ada. marah dan caci maki masih dihamburkan. tulisan dan komen komen sampah masih ditulis.
bila prk je mesti orang marah RM,bila Valentine je mesti orang marah RM. bila tegur orang couple je mesti marah RM. bila cakap pasal hedonisme je mesti orang tuding RM. semuanya serba serbi RM. orang tidak pernah pun marah ICC ke, tak pernah pun saya dengar orang marah rotaract club ke atau mana mana badan dan organisasi lain.
telah mejadi lumrah dunia, orang yg ingin membawa islam dan yang ingin mempertegak perkara yang haq ini akan difitnah dan dicaci sehabis habisnya. mereka ditolak. sedangkan mereka bukan menganjurkan maksiat. mereka cuma menyeru kebaikan. dan kebaikan itu tidak sesekali menguntungkan mereka. mereka bersabar dihina dan difitnah dan diperlekeh oleh masyarakat.
ini berlaku bukan hanya pada RM. nabi nabi disepanjang zaman di hina,dihalau dari kampung halaman mereka,di baling batu dan ada yang dibunuh!sebab apa mereka disiksa dan dibunuh?adakah kerana mereka berbuat jenayah??tidak,mereka dibunuh kerana mereka menyeru Islam. mereka dibunuh dan disiksa kerana menyeru kebaikan. Malangnya kebaikan itu tidak sesuai dengan keinginan nafsu masyarakat ketika itu. itu sahaja alasannya. ia tidak ssuai dengan kemahuan orang orang ketika itu.
Ambil nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh. Nabi ini di gelar Al Amin, yakni orang yg lurus dan yang jujur. semua orang suka,sayang dan percaya pada baginda. apa saja yang baginda cakap dan baginda buat tidak akan diragui sedikitpun. Namun,sejurus sahaja tugas kenabian bermula,bila saja nabi mula menyerukan islam kepada mereka,maka mulalah nampak sikap sebenar kaum arab ketika itu.
Nabi digelar penipu,pembohong,orang gila.orang yang dahulunya mereka sanjung dan percaya kini digelar pendusta dan gila hanya kerana beliau menyerukan kebenaran islam kepada kaumnya. Adakah Rasulullah suka digelar pendusta dan gila?adakah Rasulullah suka dihina dan dicaci padahal selama ini masyarakat benar2 menyayangi dan mempercayai beliau? tidak. Logiknya nabi tak suka. Tapi apakan daya. tugas kenabian telah diberi. Allah telah mengutusnya. terpaksalah nabi mengharungi segala tribulasi,fitnah,penentangan,siksaan dari kaumnya sendiri kerana menyeru islam,walaupun hakikatnya tidak ada mana mana manusia pun yang suka diperlakukan sedemikian.
adakah nabi salah strategi?adakah method dakwah nabi salah?semestinya tidak,kerana nabi mendapat tarbiyah direct dari Tuhan.Jadi dimana silapnya?tiada yang silap melainkan nafsu serakah dan kesombongan manusia itu sendiri.
begitulah ceritanya dengan seluruh para nabi dan anbia. ada yang di halau dari kampung halaman, ada yang dibakar hidup hidup,ada yang digergaji sampai mati dan macam macam lagi. dan gerakan gerakan islam seterusnya pun menerima nasib yang sama,dari dulu sampai ke hari ini. tidak kira dimana jua sama ada di timur mahupun dibarat, diutara mahupun di selatan gerakan islam ini akan sentiasa di tentang,difitnah,disekat dan digempur sehabis habisnya.
sebab apa???sebab yang diseru itu ialah yang makruf.sebab apa???sebab yang diseru itu ialah islam. sebab apa??sebab yang diseru itu ialah perkara yang haq.
Jadi jika nabi dan rasul dihina, Jika gerakan Islam diseluruh dunia dikeji,difitnah,di siksa dan dibunuh pengikutnya,jadi tidak ada peliknya jika RM juga mendapat nasib yang sama di bumi UTP ini. RM sebagai badan dakwah yang wujud di UTP patut sedar dan insaf dengan kenyataan kenyataan ini. apa sangatlah mehnah yang kalian hadapi jika dibandingkan dengan ujian para nabi dan gerakan gerakan islam yang lain. Bersabarlah wahai pejuang. Bersabarlah.Kuatkan hati dan semangat perjuangan kalian.
Kepada mereka yang sentiasa mengeji,memfitnah dan menabur kata kata nista, kalian perlu memikirkan apa yang saya nyatakan di atas. jika kalian memilih utk terus menuding jari dan memandang serong kepada RM, teruskanlah. saya tidak akan hairan kerana orang orang seperti kalian memang wujud disetiap masa, tempat dan zaman.
kepada manusia pengkhianat dan mana mana penulis blog yang melampaui batas,hentikanlah menghasilkan artikel artikel hampas dan sampah yang berniat jahat. Lakukanlah sesuatu yang menguntungkan Islam dan gerakannya.bukan yang menjahanamkannya. Hati saya kesal dengan niat jahat dan kegiatan kamu yang sangat hina.Insaflah.
ingat formula ini. walau jahil macam mana pun sesuatu kaum,mesti Allah akan bangkitkan dikalangan mereka orang yang menyeru kepada kebenaran dan kebaikan. dan jika sebaik mana pun sesuatu kaum, mesti akan ada segolongan manusia yang jahil yang akan sentiasa menimbulkan masalah.
itulah sunnatullah.