Wednesday, September 3, 2008

Berita Gembira : Harga Petrol Dijangka Turun lagi Sebelum Raya

ihsan : Utusan Malaysia

Minyak akan turun lagi Sejajar trend penurunan harga global – Shahrir

PUTRAJAYA 3 Sept. – Kerajaan berkemungkinan akan menurunkan lagi harga minyak petrol dan diesel sebelum perayaan Aidilfitri ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Menurutnya, beliau mengharapkan berita gembira itu sepertimana yang diharapkan oleh rakyat sejajar dengan trend penurunan harga minyak global pada masa ini.

‘‘Saya memang seronok melihat harga minyak di pasaran dunia turun walaupun dijangka adanya kekangan berikutan masalah taufan Gustav dan politik di Eropah dan sebagainya.

“Tetapi nampaknya harga minyak di paras yang stabil, dan saya berharap ia akan berterusan stabil dan menurun sedikit sebelum menyambut hari raya nanti, dapat satu berita yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan pelancaran saluran berita internet secara langsung Pertubuhan Berita Nasional, Bernama Web TV oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

Shahrir berkata demikian ketika mengulas mengenai trend harga minyak dunia pada masa ini yang menurun kepada AS$109 setong hari ini berbanding AS$115 setong pada dua minggu lalu.

Ditanya sama ada kerajaan telah menetapkan tarikh untuk mengumumkan harga minyak baru, beliau berkata, daripada segi amalannya, kerajaan telah bersetuju untuk mengambil harga bagi tempoh sebulan.

Bagaimanapun, katanya lagi, pada bulan lalu, kerajaan mengumumkan untuk menurunkan harga minyak lebih awal selepas mengambil kira kenaikan indeks harga pengguna dan sambutan Hari Kemerdekaan pada bulan berkenaan.

“Jadi, Kabinet berasakan mengapa tidak, daripada kita tunggu kerana harga minyak telah turun begitu baik pada paras yang baik, jadi kita memutuskan untuk menurunkan harga minyak pada ketika itu lebih awal daripada sepatutnya.

‘‘Keadaan yang sama dijangka akan berlaku pada bulan ini selepas mengambil kira Hari Raya pun lebih kurang sama tarikhnya (dengan Hari Kemerdekaan),” katanya.

UTP vs UiTM Seri Iskandar malam esok ISU ; RnR

Sama2 turun ke UiTM Seri Iskandar esok malam bagi melihat forum anjuran UiTM
yang bakal mengetengahkan Presiden Rakan Masjid kita, sdr Mohd Hakim sebagai salah seorang ahli panel. Ikuti kepetahan saudara Hakim esok malam, 4 September 2008 bertempat di UiTM Seri Iskandar.
Hadirlah. forum di adakan selepas tarawih.

Isu : RnR = Remaja Dan Ramadhan.

Bila lagi nak turun UiTM, jum turun ramai!!

Tuesday, September 2, 2008

16 SEPTEMBER, JANJI ANWAR UNTUK MALAYSIA BARU

Ihsan : harakah daily

PERMATANG PAUH, 2 Sept (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya akan menurunkan harga petroleum serta membebaskan kesemua mereka yang merengkok dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sekiranya kepimpinan kerajaan bertukar tangan pada 16 September ini.

ULASAN : Pembangkang merancang dengan rapi untuk peralihan ini. Namun kita tidak boleh 100% yakin ia benar2 akan berlaku pada tarikh tersebut. Sebab mereka hanya merancang, Allah menentukan. Mungkin berlaku pada 16 september, atau mungkin delay jika BN bertindak balas. Sama2 tunggu.

Menurutnya, tarikh keramat itu diambil sempena kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Pakatan rakyat memerlukan 30 ahli parlimen berhijrah daripada Barisan Nasional (BN) ke gagasan baru untuk membentuk 'Malaysia Baru' yang lebih bergaya.

Ulasan:

seperti yang dicanangkan kepada kita,pertemuan2 telah dijalankan dengan ahli2 parlimen terbabit. soal beli ahli parlimen tidak timbul kerana perubahan ini adalah untuk kebaikan rakyat,bukan untuk kepentingan peribadi.

"16 September akan tercipta satu lagi lingkaran sejarah negara apabila Malaysia baru dibentuk dengan kemasukan Ahli Parlimen daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Ulasan :

Anwar seolah2 yakin dengan kata2nya, harap ia bukan sekadar omong kosong. Ini dilihat sebagai langkah provokasi untuk mnggusarkan Barisan Nasional.

"Matlamat itu penting demi maruah negara yang telah berkecai ekoran tangan kotor kepimpinan negara yang berkuasa, " jelasnya lantang dalam majlis makan malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

Ulasan :

Adakah matlamat ini matlamat demi kebaikan rakyat? Anwar dilihat begitu bersungguh membantu rakyat. Jika dia benar, moga perjalanan nya di permudahkan.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man dan ramai lagi kepimpinan parti peringkat negeri.

Beliau membidas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta beliau tidak merampas proses demokrasi bagi penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Ulasan :

Adakah demokrasi yang ada sekarang boleh di panggil demokrasi?

Kata Anwar, bagi Abdullah, demokrasi yang ada sudah cukup menyelamatkan negara daripada dijajah kembali.

"Sekarang kita bercakap soal demokrasi yang tempang bukan dijajah. Demokrasi yang ada kini bukan membela rakyat pertengahan dan bawahan tapi saudagar atau kroni terdekat lagipun jika benar demokrasi menjadi teras negara kenapa ramai lagi di bawah ISA, " terang beliau.

Di mana letaknya demokrasi yang dimaksudkan, suara rakyat di sekat, kebebasan akhbar dan kepada individu yang rajin membatu Pakatan Rakyat ditakut-takutkan.

Ulasan :

Saya sokong kenyataan ini

Bagaimana pun bagi rakyat Permatang Pauh segala dakwaan atau fitnah tidak langsung memberi kesan sebaliknya mereka menghadiahkan keputusan yang mengejutkan.

"Umno memang terkejut bilamana mendapati keputusan sebaliknya berlaku. Saya terhutang budi pada pengundi di Permatang Pauh kerana mereka sanggup memberi ruang kepada saya untuk mengubah langskap politik Malaysia," ujarnya. - mr_

Ulasan :

Penduduk permatang pauh bijak politik

CUTI UMUM DI SEMUA NEGERI PAKATAN RAKYAT 16 SEPTEMBER INI

KOTA BHARU, 2 Sept (Hrkh) - Cadangan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya negeri-negeri diterajui Pakatan Rakyat menjadikan 16 September ini sebagai cuti umum turut mendapat sokongan kerajaan Kelantan.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong cadangan supaya dijadikan cuti umum pada tarikh berkenaan di lima negeri Pakatan Rakyat.

Menurutnya, cuti umum wajar diadakan di lima negeri terbabit iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang sebagai menghargai perubahan pemikiran rakyat yang sebelum ini ketagih Barisan Nasional (BN) kepada kerajaan baru.

Menurutnya, cuti berkenaan boleh diterima memandangkan suatu perubahan baru telah diterima rakyat, di mana mereka dapat menerima kehadiran PAS yang memperjuangkan Islam.

"Dulu rakyat ketagih dengan Umno dan BN walau pun rasuah, penculikan dan rogol, bunuh manusia sehingga ada yang menggunakan bom. Ini berlaku di sekeliling mereka. Akhirnya sekarang mereka mulai berubah.

"Lama kelamaan mereka faham dan Permatang Pauh merupakan medan perubahan rakyat kepada perubahan itu," ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti Negeri Kelantan di Dewan Teratai hari ini.

Semalam Anwar yang juga Ketua Umum KeADILan mencadangkan supaya cuti umum diisytiharkan di lima negeri Pakatan Rakyat pada 16 September setiap tahun.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, untuk mengubah fikiran rakyat bukan sesuatu perkara yang mudah kerana ia memerlukan masa yang lama.

"Kita nak ubah pokok kayu boleh, nak ubah bukit pun boleh, tetapi nak ubah pemikiran manusia alang-alang. Jadi saya boleh terima sesuatu benda baru iaitu cuti pada tarikh berkenaan," ujarnya.

Katanya, sebelum ini pelbagai cuti diberi antaranya Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha dan sebagainya, namun dalam masa yang sama perlu juga diwujudkan cuti berhubung perubahan pemikiran rakyat.

Sehubungan itu, beliau berharap pemimpin Pakatan Rakyat di negeri lain juga disaran menyambut baik cadangan tersebut sebagai menghargai perubahan pemikiran rakyat yang kini semakin positif bagi membela nasib mereka. - mj _

ihsan : Harakah Daily

Monday, September 1, 2008

DAP TIADA ALASAN TOLAK GAGASAN NEGARA ISLAM PAS

Salam sejahtera,

sebelum ini kita biasa mendengar bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan memerintah Pulau Pinang dengan adil sebagaimana adilnya khalifah Umar Abdul Aziz. Kata2 begini begitu menarik hati ramai golongan pencinta Islam PAS. Jarang2 kita mendengar kata2 sebegini keluar dari mulut seseorang yang beragama bukan Islam.

Dan Baru2 ini, sempena sambutan Bulan Ramadhan, beliau sekali lagi telah mengeluarkan kata2 manis berkenaan dengan agenda penting Umat Islam dalam dunia ini iaitu : AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR.

beliau dipetik sebagai berkata :

"Sempena bulan puasa ini saya menyeru semua pihak tidak kira apa bangsa dan agama sekali pun marilah kita bersama-sama mengamal ' Amal Makruf Nahi Mungkar' sebagai jalan terbaik untuk atasi gejala moral di negara ini, " tegasnya sewaktu memberikan ucapan sempena Makan Malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang meraikan kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

ULASAN :
1.Amal Makruf Nahi Mungkar adalah tugas utama umat Islam yang dituntut di dalam Alquran yakni dalam Surah Al Imran ayat 104.
2.Kita membuat kesimpulan Lim Guan Eng MENGAKUI bahawa hanya dengan AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR krisis moral dapat dikurangkan.
3.Pemimpin Besar DAP ini telahpun memahami akan prinsip2 utama Islam dan berkemungkinan beliau ada membuat study mengenai Islam kerana tidak pernah mana2 pemimpin DAP yang menyetujui dan akur denga prinsip Islam (setahu saya la..), yang menentang tu banyak la.

Namun yang mengejutkan saya, dalam blog Naib ketua Pemuda PAS pusat,
Us. Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi, beliau memuatkan satu artikel berkenaan ucapan Lim Guan Eng semasa kongres DAP baru2 ini...ringkasan ucapan beliau adalah lebih kurang seperti berikut:

petikan dari blog ustaz nasrudin

Saya tidak hairan apabila Lim Guan Eng kembali menegaskan dasar perjuangan partinya DAP, bahawa mereka menentang keras siapa sahaja yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam sewaktu merasmikan Kongres parti itu baru - baru ini .

Kita sedia maklum sikap DAP dan sikap itulah yang membuatkan DAP memilih untuk keluar dari Barisan Alternatif seketika dahulu

dipetik lagi :

Tapi apa yang menghairankan saya ialah apabila Lim Guan Eng sewaktu merasmikan Kongres Kebangsaan DAP bagi kali ke 15 pada 24 ogos yang lalu telah mengeluarkan kenyataan yang sangat mengelirukan malah menggusarkan saya . Saya tidak tahulah orang lain , apakah mereka juga turut gusar dan bimbang . Tetapi saya terasa kegusarannya .

Bukan kerana ucapannya yang ingin menentang usaha untuk menegakkan Negara Islam oleh mana - mana pihak dan bukan juga kerana sikap anti Negara Islam yang kembali mereka luahkan dalam Kongres baru - baru ini . Kerana itu adalah Kongres mereka dan mereka berhak untuk bercakap apa sahaja tanpa kita berhak untuk campur tangan . Yang ini memang saya sedia maklum dan sedia mengambil langkah berhati - hati sejak dulu .

Tetapi yang menggusarkan saya ialah apabila Lim Guan Eng menyebut dalam sidang akhbarnya selepas itu , bahawa DAP Komited memegang 4 prinsip yang disepakati komponen PAKATAN iaitu salah satunya mengakui Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara sekular .



kita tidak tahu sejauh mana kebenaran kenyataan beliau ini.Kerana PAS tidak pernah dan tidak akan pernah bersetuju dengan the so called prinsip ini.tidak pula kita ada mendengar PKR membuat kenyataan sedemikan rupa. Justeru ust Nasrudin telah menulis dalam ruangan beliau:

Namun saya sangat - sangat berharap agar kenyataan akhbar Lim Guan Eng itu tidak benar dan palsu semata - mata .

Saya sebagai penulis Blog ini, menyeru LIM GUAN ENg agar tidak berdolak dalik dalam hal prinsip ini. Jangan hanya pandai menggula-gulakan umat Islam dengan kenyataan beliau tentang Umar Abdul Aziz ataupun hal Amal Makruf Nahi Mungkar. Apa lagi alasan DAP untuk menolak prinsip negara Islam? bukankah dia sendiri sudah mengakui bahawa Islam adalah penyelesai masalah?bukankah Islam itu adil untuk semua?adakah DAP akan terjejas sekiranya Islam dijadikan asas pemerintahan Malaysia?Adakah masyarakat bukan ISlam akan di aniaya sekiranya Islam di teraju kuasa?

fikir2kanlah............

UMNO DIJANGKA PIKAT GOLONGAN MUDA

di petik dari Utusan Malaysia:

Beliau berkata (Ketua Puteri UMNO Perak, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin)UMNO dan BN perlu berubah pendekatan konservatifnya daripada menggunakan media cetak dan elektronik kepada pendekatan siber untuk mendekatkan diri dengan golongan remaja.

ULASAN :
penggunaan media cetak adalah jauh lebih baik, kerana media cetak mempunyai jangkauan lebih besar dan meluas kepada masyarakat seluruhnya. Namun, kerajaan sendiri telah memusnahkan integriti media cetak dengan membiarkan penyiaran berita berat sebelah yang menyakitkan hati pembaca sehingga mereka beralih kepada media2 alternatif dan blog2.

''Kita perlu menggunakan pendekatan baru ini terutama di era siber ini dan blog merupakan satu lagi media alternatif dalam mendekatkan diri kepada generasi muda.

ULASAN:
blog digunakan secara meluas di Malaysia, terdapat lebih 1/2 juta blog yang aktif di Malaysia, dijangka bilangan itu semakin bertambah sekarang.

''Kita dapati, penggunaan blog-blog ini kini telah dimonopoli oleh pembangkang kerana mungkin memahami kehendak dan keperluan yang mahukan jawapan atau interaksi secara terus," katanya.

ULASAN:
Pihak kerajaan mengakui akn penguasaan pembangkang dalam hal ehwal berblog ini. Rakyat kini dah beralih kepada blog kerana berita yang di sajikan lebih seimbang. Tidak seperti surat kabar dan televisyen

UMNO juga katanya, perlu membentuk sistem 'Kawan-Kawan UMNO' bagi menarik lebih ramai generasi muda terutama di kalangan profesional memahami situasi dan keadaan negara yang berlaku sekarang.

ULASAN: Sistem kawan2 UMNO?? nama ini tak sesuai, kelakar dan tidak matang bunyinya. Macam mana nak tarik minat golongan muda???target golongan profesional pulak tu??saya rasa la, UMNO kini mengalami satu krisis ketidak pecayaan dari golongan muda. Saya merasakan dengan landskap politik negara yang dah berubah ni, adalah terlalu sukar untuk UMNO mengembalikan kepercayaan golongan muda kepadanya. Kecuali jika UMNO benar2 berubah dari segi prinsip dan gerak kerja serta amalan media mereka.

''Sebagai contoh melalui sistem 'Kawan-Kawan UMNO' daripada seorang mungkin boleh menarik 20 kawannya yang lain dan daripada 20 orang ini mungkin boleh menarik 200 orang lain untuk bersimpati dengan parti,'' katanya.

ULASAN: UMNO sekarang menagih simpati golongan muda macam kita. selagi UMNO tak berubah dari segi prinsip perjuangan, daya kempimpinan, amalan demokrasi sihat, keadilan pada semua pihak jangan harap golongan muda akan datang dekat.

RAKYAT MALAYSIA DIMINTA BERSEDIA UNTUK HARGA MINYAK LEBIH MAHAL

Minyak melonjak kembali?

ihsan : utusan malaysia


Sebuah pelantar minyak beroperasi (gambar hiasan).
- Reuters

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Kenaikan harga minyak dunia dijangka kembali menghantui pasaran saham tempatan kerana penurunan yang berlaku lebih sebulan lalu hanya bersifat sementara.

Sehubungan itu, kelegaan yang dirasai oleh rakyat Malaysia, selepas kerajaan mengumumkan pengurangan harga minyak tidak akan berkekalan, kata Pengarah Eksekutif Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazarry Rosli.

Beliau berkata, pasaran meramalkan harga minyak akan melambung semula pada bila-bila masa selepas mengalami pembetulan teknikal.

Katanya, berdasarkan trend penurunan itu, harga bahan bakar itu telah merosot daripada 33 peratus pada awalnya kepada 55 peratus dalam tempoh lebih sebulan lalu.

''Selepas mencecah kejatuhan harga sebanyak 55 peratus, ia dijangka akan naik atau kalau jatuh lagi pun ia hanya akan merosot pada tahap 68 peratus.

''Selepas itu (kejatuhan 68 peratus), harga minyak tidak mungkin susut lagi,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata, kejatuhan harga minyak akibat pembetulan teknikal itu begitu ketara dan sangat tinggi.

Rekod tertinggi harga minyak mentah dunia yang dicatatkan setakat ini ialah AS$147.21 (RM476.96) iaitu pada 11 Julai lalu sebelum menjunam dan berada pada harga semasa sekitar AS$112 (RM379.68) hingga AS$120 (RM406.08) setong.

Mengulas mengenai jangkaan harga minyak apabila bahan api itu kembali melonjak, Nazarry berkata: ''Kemungkinan besar ia mampu mencecah paras AS$147, harga sebelum kejatuhannya''.

Sebelum ini, bank pelaburan, Goldman Sachs meramalkan harga minyak berada di sekitar AS$150 (RM508.50) hingga AS$200 (RM678) setong dalam tempoh 24 bulan selepas berlaku pembetulan teknikal.

Beliau berkata, pasaran tempatan juga tidak menolak harga minyak berupaya melonjak ke paras tersebut kerana spekulasi kenaikan harga komoditi emas hitam itu tetap kukuh.