Monday, October 26, 2009

JAN08 : Berpecah Dalam Diam vs Bersatu Dalam Pendirian

Panas disana sini berkenaan dengan undi Batch Jan08 yang dilihat sebagai kritikal untuk tiga calon MPP dari batch berkenaan : Muid (n02), Ashraf (n03) dan Ain (no4). Dari pemerhatian yand dibuat seawal malam manifesto, Undi dari batch ini berkemungkinan akan pecah kepada tiga dimana setiap calon dilihat mempunyai pengaruh masing masing.
namun sejak akhir akhir ini, terdapat usaha usaha untuk menyatukan ketiga tiga calon ini bagi memastikan tiada perpecahan di kalangan warga batch jan08.
Adakah usaha usaha ini akan berhasil?adakah penyokong bagi ketiga tiga calon ini sanggup untuk memberikan undi SOLID kepada 3 calon ini? macam macam kemungkinan boleh berlaku. Diharapkan ada kesefahaman antara mereka bertiga berkenaan soal ini.
Ini kerana jika mereka mengetengahkan percaturan politik yang lebih bijak, batch Jan08 akan mampu menguasai 3 kerusi MPP. (just imagine batch yg masih junior menguasai 3 kerusi MPP!!).sekiranya mereka silap percaturan politik dan cuba menjatuhkan antara satu sama lain, besar kemungkinan salah seorang atau pun ada dikalangan mereka yang akan kecundang hari Rabu ini.
nasihat saya, bersatulah wahai batch jan08. jangan hirau sangat undi batch kalian. kalian perlu luaskan pengaruh ke batch2 lain secepat mungkin dalam masa yg singkat ini.
Good Luck!

Sunday, October 25, 2009

UNDI POPULAR :KENANGAN PRK YG LEPAS


NIK AKMAL 1468 UNDI
FAROUQI 1600 UNDI
HASMADI 1683 UNDI
ADONIS 499 UNDI
NORZILA 1535 UNDI
RAHIMAH 423 UNDI
KHALIB 449 UNDI
FARRIZ 710 UNDI
SOFIA 643 UNDI
SYUHADA 1450 UNDI
ASYRAFF 473 UNDI

KENALI CALON ANDA!






















PERANG POSTER BERMULA!

Malam manifesto sudahpun tamat rabu lepas. Kini bermulalah waktu kempen yang saya fikir terlalu singkat utk calon calon meyakinkan pengundi pengundi n60 Dun UTP. Para calon dan penyokong mestilah menggunakan masa kempen yang seminggu ini dengan sebaiknya.



kalau dilihat dan di tinjau disana sini, kebanyakan calon dan penyokong masing masing sedang sibuk menaikkan poster masing masing. Kalau diperhatikan betul betul, poster yang awal sekali naik di serata UTP adalah poster calon no4 (Ain Asman).


Sekarang kebanyakan poster boleh dilihat dimana mana. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Poster dan Banner calon no 1 (Haniff Humam) sedang menguasai suasana kampus kini. Banner gergasi beliau bisa dilihat di roundabout yang terletak dihadapan masjid UTP.


Calon no 3 (Acap) pula kurang dilihat posternya. masih tidak dijumpai. Namun beliau sudah melancarkan peluru kempennya menerusi blog beliau yang kini semakin hari semakin panas dengan jumlah lawatan yg terus meningkat. adakah ini petanda calon ini bakal mencipta kejutan? sama sama kita lihat.


Calon no 6 (Umair) dilihat bakal mendapat undi tertinggi kali ini berikutan manifestonya yang lebih meyakinkan dan lebih bersifat academician. Beliau seorang yang profesional,berpengaruh dan berkelayakan akademik yang tinggi dilihat mampu memecah rekod undi tertinggi sebagai mana calon MPP yang lepas, Hasmadi hasbi.


Calon no 2 (Muid Basidth) pula dijangka memperoleh undi majoriti batch jan08 melihat kepada pengaruh beliau dalam batch itu. Calon dengan Tema "UTP FOR ALL" dilihat cuba menerapkan elemen perpaduan semua kaum dan bangsa di UTP yang dilihat masih lemah.


The first indian lady, Jenani (Calon no 5) dilihat sebagai satu ikon pembaharuan/reformasi dimana calon india/bukan melayu menyertai pilihanraya kampus buat pertama kalinya. Penyertaan beliau dijangka meningkatkan undi golongan india di UTP utk sama sama memilih calon ke kerusi panas MPP. Bukan sekadar penyokong india, Jenani turut mendapat sokongan student dari pelbagai kaum.







Pilihanraya ke-10 di Negeri Perak

Sebelum ini saya ada memberi hint tentang akan berlakunya satu pilihanraya kecil yang ke-10 bertempat di Negeri Perak. Sebenarnya Pilihanraya yang saya maksudkan adalah pilihanraya kampus UTP!!!bukan Pilihanraya kecil diluar sana.
Sori guys!!bukan nak tipu. tempohari saya cakap prk berlaku dikerusi yg ke-60 di perak. Mana wujud kerusi yg ke-60!! di Perak hanya ada 59 kerusi Dun sahaja. jadi saya memang tak tipu la.
Berkenaan dengan campus election kali ni, semalam telah berlangsung manifesto bagi calon calon kerusi umum. Saya sempat pergi semalam melihat sendiri gelagat calon dalam menyampaikan janji masing masing.
Dalam ramai ramai calon tu, saya melihat seorang calon ang saya rasa akan memberi nafas baru kepada MPP yang akan datang sekiranya beliau di pilih kelak. Nanti akan saya dedahkan siapa dia. Stay tuned ok!!
dalam kesibukan hidup disaat saat akhir sem ni, saya akan cuba update mana mana yg boleh utk merancakkan lagi perjalanan pilihanraya kampus kita.
jum mengundi

Wednesday, October 14, 2009

Pilihanraya ke-10 di Negeri Perak

Tronoh, 15 October : Perak dikejutkan lagi dengan satu lagi pilihanraya kecil berikutan kekosongan sebuah kerusi di negeri ini. Pilihanraya ini dilihat akan menambahkan lagi kekalutan dan krisis politik yg berlaku di Perak.

Namun kerusi yg telah dikosongkan itu masih lagi dirahsiakan namanya bagi mengelakkan keresahan dikalangan rakyat negeri Perak, khsususnya di Dun Tronoh yang diwakili oleh speaker V Sivakumar. cukuplah penulis memberi hint bahawa kerusi ini adalah kerusi ke-60 dalam negeri Perak. dimana?masih lagi rahsia.
Blog ini akan mengumumkan dari masa ke masa berhubung kekosongan kerusi tersebut yang bakal mencetuskan satu lagi gelombang kebangkitan rakyat,khususnya di negeri ini. Adakah tampuk pemerintahan negeri akan bertukar tangan semula akibat pilihanraya ini? siapakah yang bakal merampas kerusi ini kelak? adakah pilihanraya kecil diseluruh negara sebelum ini bakal menaikkan sentimen pengundi di Perak?
sama sama kita nantikan.

Monday, October 12, 2009

10 sebab PAS tewas di n31 Bagan Pinang

Assalamualaikum.

Kekalahan Pas pada pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang sudahpun diramalkan ramai pihak.
Cuma yang mengejutkan ialah kekalahan itu cukup besar.. Calon BN, Tan Sri Isa Samad
menang dengan majoriti berlipat kali ganda (5433 undi majoriti).

Untuk rekod BN melalui Tan Sri isa memperoleh 8013 undi menewaskan Pas menerusi Zulkiefly Mohd Omar dengan hanya 2578 undi. Jika pada PRU ke-12 Pas mengumpul 400o++ undi dan menang di 3 unit peti undi, kini Pas hilang lebih seribu undi,kalah di semua unit peti undi dan hilang separuh undi Pos.

Daripada pemerhatian dan kajian saya, terdapat 10 faktor penting yang menyumbang ke arah
kekalahan teruk Pas di Bagan Pinang (dengan kata lain, kemenangan bergaya BN). antaranya
ialah :

1. Pas melancarkan kempen yang sangat agresif terhadadap Tan Sri Isa Samad. Semua kepincangan kepincangan beliau sepanjang menjadi Menteri Besar di bongkar satu persatu. Pengundi di Bagan Pinang mungkin kurang senang apabila tokoh mereka di serang sedemikian rupa lantas meningkatkan pemberian undi kepada Isa.

2. Pengundi bagan pinang teruja dengan janji janji pilihanraya yang ditabur BN,terutamanya
pengundi pengundi india. pembinaan 2 sekolah baru,projek perumahan untuk kaum india, duit raya untuk tentera dan pelbagai lagi janji lain yang cukup lumayan.


3. Bagan Pinang adalah kubu tradisi bagi UMNO yg sememangnya sukar digugat. bertanding dikerusi itu adalah seumpama BN bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh yg menjadi kubu kuat Dato Seri Anwar Ibrahim.Letaklah apa sahaja isu, namun pengundi sukar mengubah
fikiran mereka.

4. Undi Pos yang terlalu banyak. Undi Pos adalah akaun simpanan tetap bagi BN. askar askar di Kem tidak mengikuti proses kempen. lagipun pembangkang tidak ada akses ke kem kem tentera padahal BN mengirimkan menteri menteri tertentu ke dalam kem untuk berkempen
secara tidak langsung.

5. Isa Samad adalah calon yang establish di Bagan Pinang. Selaku bekas Menteri Besar selama 22 tahun, beliau memiliki karisma dan kekuatan yang cukup ampuh. Ini ditambah dengan sokongan akar umbi yang sangat kuat terhadap beliau.

6. Pas masih asing bagi kebanyakan orang di bagan pinang. Dari kajian yang dibuat, tidak ramai yang kenal dengan calon Pas. Dan kempen kempen Pas kurang mendapat sambutan awalnya. Walaupun Pas menurunkan figure figure tersohor seperti Tuan Guru Presiden, Tuan Guru Nik Aziz,Ir Nizar dan Dato Seri Anwar Ibrahim. Ini berjaya menarik ramai orang pada saat saat akhir, namun ia tidak diterjemahkan dalam bentuk undi oleh para pengundi.

7. Pergolakan pergolakan dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat dinegeri negeri lain mungkin turut mempengaruhi mood pengundi bukan melayu. Macam macam isu yang timbul terutamanya dari Selangor yang meresahkan masyarakat awam.

8. Dari segi perang poster di lokasi lokasi utama di Bagan Pinang, bendera bendera Pas tenggelam dalam Lautan gelombang biru BN dan bendera bendera UMNO.

9. Isu Rasuah tidak menjadi isu besar bagi pengundi di Dun Bagan Pinang. Populariti dan pengaruh politik Isa Samad nampaknya telah menenggelamkan imej rasuah yang melingkari dirinya. Justeru pengundi disana kurang memberi fokus kepada soal tuduhan rasuah dan soal soal projek terbengkalai dizaman Isa Samad.

10.BN tidak telus dalam aktiviti kempen kerana telah memperkuda sepenuhnya media masa dan banyak menabur janji janji berbentuk projek dan wang kepada pengundi. Ini termasuk janji
yang ditabur kepada anggota tentera sekiranya BN menang dikawasan itu.Rakyat yang kurang celik politik biasanya akan termakan dengan kempen kempen songsang seperti ini.


walau apapun, Pas tidak perlu bersedih hati. lakukanlah Post Mortem untuk melihat kembali dimana silapnya Parti Pas dalam pendekatan kempennya Perlu diingat Pas telah meewaskan
BN di 4 kawasan iaitu Kuala Terengganu,Bukit Gantang,Manek Urai dan Permatang Pasir. Pas hanya kalah satu kerusi iaitu Bagan Pinang dan itupun memang kerusi UMNO asalnya.

La Tahzan Pas.