Monday, September 15, 2008

Politik Tak Stabil : Rakyat diminta Bertenang

15 OGOS,Tronoh : Seluruh rakyat Malaysia digesa bertenang dan tidak cepat melatah atas ketidakstabilan politik tanah air sejak kebelakangan ini.

Penulis blog yang kurang dikenali, saudara Kamarulzaman berpendapat, politik negara yang kucar kacir ini sangat menggusarkan hati rakyat.Para pemimpin seolah-olah lupa bahawa tujuan mereka berada di tampuk kekuasaan adalah untuk membela nasib rakyat terbanyak negara ini, bukan untuk saling bercakaran mempertahankan kedudukan masing-masing.

"Pemimpin sekarang seolah-olah hilang pedoman,sepatutnya nasib rakyat yang difikirkan. Saya melihat terdapat usaha-usaha pihak tertentu untuk mengalih perhatian rakyat dari masalah ekonomi dan beban hidup mereka yang tertekan.Pemimpin yang sepatutnya risau dengan rakyat,bukan sebaliknya" kata beliau sewaktu di wawancarai sebentar tadi.

isu-isu seperti 16 september,isu ISA,isu perkauman baru-baru ini,isu dalaman parti pemerintah dan isu-isu lain dilihat berjaya mengalih perhatian rakyat yang sememangnya terbeban dengan kos hidup dan harga minyak yang tinggi. Tambahnya lagi "jika ternyata kerajaan yang ada gagal membela nasib rakyat, maka serahkan saja kuasa pada mereka yang lebih layak dan bersungguh-sungguh untuk memerintah".

Apabila ditanya berkenaa isu harga minyak, saudara Kamarulzaman menjawap "harga minyak dah jatuh ke paras 97 dolar setong,kerajaan sepatutnya sudah menurunkan harga minyak pada hari ini. Ini tidak,harga minyak tidak juga turun. Singapura, negara pengimport minyakpun sudah berkali-kali menurunkan harga minyak" katanya dengan nada kesal.

Berhubung isu peralihan kuasa, beliau berpendapat jika benar ianya mustahil, kerajaan tidak usahlah ulas isu tersebut dengan panjang lebar. " apa yang saya lihat,ramai yang takut,ramai yang bimbang,jika mereka merasakan ia tidak benar dan mustahil,maka abaikan sajalah" katanya sambil tersenyum.jika tiada angin,mustahil pokok boleh bergoyang. justeru beliau berpendapat,16 september itu ada asasnya. Beliau yakin jika bukan 16 september sekalipun, Pakatan Rakyat mungkin akan mencipta kejutan pada masa-masa yang terdekat ini

Walau apapun isunya, beliau menasihatkan agar rakyat kekal tenang dan menumpukan pada aktiviti harian mereka. Sama-sama berdoa semoga segala kekalutan ini akan berakhir dalam masa terdekat ini.

2 comments:

Amir Hamzah said...
This comment has been removed by the author.
Amir Hamzah said...

Harge minyak masih same hari ini..wuuuu~~