Saturday, October 25, 2008
GELAGAT CALON PRK KERUSI UMUM
Salam Sejahtera pada semua.
bangkit untuk berubah
Pilihanraya kampus UTP (prk) akan di adakan tidak lama lagi. Walaupun tidak semeriah kampus lain, namun yang jelas bahang piliharaya kali ini menjanjikan kelainan. Bahang kali ini ternyata jauh lebih hebat berbanding tahun-tahun sudah.Ramai pula yang tiba-tiba bangkit kali ini ingin melakukan perubahan.
Yang menjadi perhatian ramai ialah kerusi umum (general constituency) MPP. kali ini, seramai 11 calon bersaing merampas 5 kerusi panas MPP. Saya selaku penulis blog sempat melihat mereka pada malam itu (malam manifesto). "macam2 ada" tu jer yang mampu saya katakan. saya juga mengikut sedikit sebanyak perkembangan semasa.
ada suara berkata, PRK kali ni akan sengit. Sengit sangatkah? tapi itulah apa yang difikirkan oleh sesetengah kita dalam kampus ini. Bagi yang tidak peduli, mereka akan terus tidak peduli. bagi yang ambil tahu, ambil cakna pula mereka akan terus mengikuti. bagi yang bekerja untuk memenangkan calon masing-masing, teruskan bekerja siang dan malam. semoga calon kalian berjaya.
apa kelainan kali ini
Aktiviti berkempen nampaknya didahului oleh calon no6. poster calon ini naik lebih awal. dah yang lebih mengejutkan, beberapa lama sesudah itu, banner dan bunting beliau terpampang pula di beberapa tempat. sungguh pelaburan beliau yang cukup banyak ini menggamit saya. saya dapat merasakan satu aura baru dalam PRK kali ini.
calon no 10 juga tidak ketinggalan. Banner,bunting dan poster2 beliau turut memberi saingan hebat. Dan nampaknya peserta no 10 menang besar dari segi strategi dengan meletakkan banting di rounabout v4..
kemana arah pengundi kali ini
seperti yang diketahui, mahasiswa kita ramai yang masih *tidur lena*. tiada kesedaran politik kampus yang mapan. tidak ramai yang sudi berkongsi bahang PRK. mungkin kerana mereka sudah berasa puas dengan apa yang ada. Mungkin juga sekadar tidak ambil peduli. tapi tidak kurang juga yang berkata-kata. MPP tidak relevan lah, tidak bebas lah, internet tak pernah selesai lah, pemimpin tak bagus lah..kenapa awak sendiri tak hantar calon? susah sedikit deal dengan hal begini.
secara amnya, kita susah menjangka *mood* pengundi kali ini, kerana ramai dikalangan mereka adalah pengundi senyap @atas pagar. namun saya dapat melihat potensi besar sesetengah calon untuk menang mudah kali ini. calon no3 umpamanya. calon no1 yang berasal dari kelantan dilihat bakal mendapat undi student pantai timur yang merupakan sebahagian besar masyarakat kampus kita ini. tapi itu bukan isunya. kepimpinannya yang kita mahu di MPP.
RM dan anti RM
isu yang cuba dibangkitkan kali ini ialah isu pertembungan antara calon2 yang didakwa *wakil RM* dan juga *wakil anti RM*. bagi saya, secara peribadi sesiapapun boleh bertanding. itulah demokrasi. namun, bukan semua layak menjadi pemimpin. saya ingin nyatakan bahawa tidak semua yang bertanding untuk kerusi umum adalah layak untuk memegang tampuk pemerintahan.
saya sangat bosan melihat gelagat sesetengah pelajar yang menunjukkan sikap anti yang melampau terhadap badan dakwah.. sehingga orang2 yang memilih untuk bertudung labuh pun digelar wakil nya. mereka dipandang rendah. seolah-olah tudung labuh itu satu keaiban pula bagi mereka. apa yang nak jadi ni? kamu semua orang Islam bukan? tak takut ke dengan azab Allah? orang yang bertudung sempurna dipandang rendah, calon yang jelas mendedahkan aurat pula disokong hebat.
secara peribadi, jika ia benar ada wakil RM dan wakil anti RM dalam ramai2 calon yang ada, saya lebih rela memberi undi kepada mereka yang lebih tinggi tahap kesedaran beragamanya. Adalah tidak layak orang-orang yang mencaci imej Islam disanjung menjadi pemimpin. antara calon berlatar belakangkan agama dengan calon yang tidak suka imej Islam dan yg entah dari mana mereka datang, adalah lebih selamat untuk memilih mereka yang lebih taat dengan agamanya. sekurang-kurangnya mereka ada lebih pertimabangan, lebih berwibawa berbanding calon-calon yang lain.
saya pelik, terdapat sesetengah calon yang cuba membawa *imej baru* kedalam MPP. imej begini yang hendak dibanggakan? saya tak nak kata lah imej apa kan, tapi yang jelas saya menolak orang-orang yang seperti ini. tiada langsung ciri-ciri pemimpin.
Tidah tahu Isu Pelajar
dalam ramai2 calon kerusi umum ini, terdapat calon yang dilihat tidak cukup berwibawa untuk diberi undi. yelah, isu ptptn dan isu auku pun tidak tahu. mungkin ramai yang tidak sedar akan hal ini. calon no ganjil ini sepatutnya mendalami ilmu tentang masalah pelajar terlebih dahulu sebelum menyimpan angan2 untuk bertanding.
pisau dan mentimun di tangan kita
Bak kata Bekas MB selangor, Khir Toyo, pisau dan mentimun ditangan kita. kitalah yang bakal menetukan siapa yang patut menang dan siapa pula yang patut disingkirkan. Fikir masak-masak sebelum memangkah. jangan salah pilih. Bak kata mufti pelis, undi ini membawa dosa dan juga pahala.
selamat mengundi. pilih calon terbaik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment