Salam.
sudah lama tidak menulis dalam ruangan ini. minggu ini sudah 3 kertas exam sudah diduduki. seminggu dari sekarang, saya akan menduduki kertas terakhir iaitu Subjek Transport Phenomena.
selepas itu, saya akan meninggalkan UTP untuk 8 bulan. InsyaAllah saya akan berpraktikal di MTBE Gebeng, Pahang Darul Makmur.
terasa berat hati untuk meninggalkan bumi UTP tercinta ini. namun ini sebahagian dari kehendak akademik kita. masa memang relatif. kadang-kadang masa ini terasa begitu lambat, tapi kadang-kadang rasa sangat cepat berlalu.
kalau tak percaya, cuba bandingkan 3 jam lecture dengan 3 jam exam. mana rasa lebih cepat? exam atau lecture? haha.
tapi saya merasakan masa saya berlalu begitu cepat di sini. masih terasa waktu di Minggu Aluan Siswa ketika disuruh menari zapin semasa malam Freshie's Talent Night. memang hancur giler time tu..buat malu jer.
tup tup sekarang dah tahun 3 dah!! dan dah nak pergi internship..tak sangka kan.
kepada sahabat-sahabat yang akan pergi intership, jaga diri baik-baik. timbalah ilmu di sana sebanyak mungkin. harap semasa di luar nanti, ada yang sudi untuk keep in touch. jangan terputus hubungan.
kepada adik2,sahabat-sahabt yang tinggal di UTP, belajar bersungguh-sungguh. rasa berat nak tinggalkan anda semua. tapi apa kan daya.
minta maaf kepada semua atas segala kesilapan dan kekhilafan dalam persahabatan kita semua. halalkan makan minum. jika ada yang terambil maafkan.
sekian. jka di tempat praktikal ada internet connection,jika di rumah sewa nanti ada connection, insyaAllah saya akan cuba menulis lagi.
sekian, sampai bertemu.
Saturday, November 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment