Wednesday, February 4, 2009

BUBAR SAJA DUN, MARI BERTARUNG SECARA JANTAN

5 FEB,Pahang :Penulis blog zamankini.blogspot terkejut mendengar berita besar dari Negeri Perak kononnya kerajaan PR pimpinan Dato Seri Ir nizar telah tumbang menyembah bumi.berita ini hanya disedari penulis pada pukul 7 petang semalam.Beliau yang teruja dengan berita itu merasa dukacita melihat gambar Dato Seri Najib sedang senyum lebar bersama-sama Adun-adun pengkhianat di putrajaya semasa mereka mengumumkan Bn bakal menubuhkan kerajaan baru di Perak.

Penulis kesal dengan keempat empat adun tersebut yang begitu tergamak menyeberang ke Barisan Nasional. Atas dasar apakah mereka melompat ke Parti yang jelas dan nyata rasuah dan zalim itu? Disaat segenap sokongan diberikan kepada arus perubahan oleh Pakatan rakyat, disaat memori Permatang Pauh dan Kuala Terengganu masih segar di ingatan kita, disaat rakyat menolak BN mentah mentah dalam pilihanraya sebelum ini, penulis sangsi apakah motif perpindahan mereka ke dalam parti itu.

Adakah mereka telah diugut nyawa dan keselamatan mereka? adakah kedua-dua Adun dari PKR itu mahu lari dari kes rasuah mereka? adakah mereka dibeli dengan tawaran wang berjuta-juta ringgit? adakah pengakuan bersumpah oleh Fauzi musa,Ketua PKR Ipoh Barat bahawa najib menawarkan Rm 50 Juta ringgit untuk adun PKR menyeberang ke BN benar belaka? begitu banyak sekali kemungkinan yang berlaku.

Apapun alasannya, penulis secara peribadi sudah hilang hormat kepada adun adun terbabit yang jelas membelakangkan prinsip keadilan dan pembaharuan yang cuba dibawa oleh PR. Disaat tiada siapa pun inginkan BN, mereka pula nampak berbangga dengan kemasukan mereka ke Be End (BN). Jika keadilan, ketelusan dan islah yang mereka cari, maka adalah satu kesilapan besar bagi mereka untuk bersama BN kerana BN adalah parti yang nyata sudah menyeleweng dengan rasuah,fitnah dan kezaliman yang besar.

Penulis masih menaruh harapan agar Sultan Perak dapat menimbangkan keputusan membubarkan dun di negeri perak bagi memberi laluan kepada pilihanraya di negeri ini kelak. Penulis bersependapat dengan menteri besar bahawa sekiranya pilihanraya dapat dijalankan maka tiada halangan untuk Pakatan memenangi majoriti 2/3 dun. Baginda Sultan yang arif hal undang-undang diminta tidak memberi laluan mudah untuk BN menakluk Perak dengan begitu mudah. Tun Mahathir tidak yakin UMNO akan berubah kerana mengambil pemimpin rasuah kedalam UMNO. penulis berfikir kenapa UMNO memilih pemimpin tidak berkualiti dan tercalit tuduhan rasuah untuk dibawa kedalam BN? adakah kerana UMNO tempat bagi segala kaki rasuah? sama-sama kita renungkan.

Penulis menyeru seluruh penyokong Pakatan Rakyat untuk berdoa semoga kezaliman tidak berlaku di Perak, semoga hati tuanku Sultan terbuka untuk membubarkan Dun seterusnya bertarung secara jantan di medan Pilihanraya. Penulis yakin PR mendapat simpati rakyat Perak yang masih mahukan PR bersama mereka dan menolak BN yang sudah tidak relevan lagi. Jika pilihanraya berlaku, Penulis akan pulang mengundi ke Dun Tronoh kelak.

No comments: