Salam pada semua,
Saya memohon seribu kemaafan kerana kegagalan mengemaskini blog ini. pembaca pembaca saya mungkin kecewa kerana blog ini sudah berhabuk, berbulan tanpa update. maafkan saya.
Saya sekarang sedang menjalani hidup sebagai seorang mahasiswa tahun akhir. tak sangka begitu cepat waktu berlalu. saya masih ingat lagi waktu waktu saya di Minggu Aluan Siswa. Saya dari platoon A menari tarian zapin untuk FTN (Baca: Freshies Talent Night).
Memang rosak tarian kitorang. buat malu jer. waktu tu Presiden RM yang ada sekarang pun terpaksa menari sama. Kenal siapa dia? hehe.
Pejam celik pejam celik, sudah 4 tahun lebih saya di UTP. Satu pengalaman manis berada di sini. Dapat belajar dengan seribu satu kemudahan, Dapat bertemu sahabat sahabat yang baik hati. Allahuakbar..tak dapat saya ungkapkan dengan kata kata.Bila difikir fikir balik, rasa berat hati hendak meninggalkan kehidupan disini. Tapi saya akur, masanya akan tiba juga untuk melangkah pergi, meninggalkan semua kebahagiaan yang ada di sini.
Semoga waktu setahun yang masih tersisa ini akan dapat saya gunakan sebaik mungkin untuk meneruskan perjuangan saya disini. Tak sanggup rasanya untuk meninggalkan sahabat sahabat saya di sini. Saya berharap dapat melakukan sesuatu untuk mereka sebelum saya pergi.
Bila difikir fikirkan, tak mampu untuk melangkah. meninggalkan segala kemanisan yang ada. Tapi hakikat kehidupan perlu berpisah. Semoga Allah memberiku kekuatan..
Terima kasih kerana sudi menjadi temanku.
Monday, July 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment