SEDIKIT BERITA
Suasana kempen dengar dengarnya semakin hangat di Permatang Pasir. Para
pemimpin dan petugas kedua dua parti turun berkempen bagi memenagkan
calon masing masing.
berdasarkan sumber yg boleh dipercayai, UMNO berpecah teruk di sana. ada
sebenarnya yg tidak bersetuju dengan pemilihan Rohaizat sebagai calon. tidak
hairanlah markas markas UMNO kosong dan tidak bermaya.
dipihak pakatan rakyat, Pas khususnya, kempen sangat rancak buat masa ini
dengan ceramah kelompok yg aktif.Calon Pas iaitu Salleh Man yg merupakan
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang adalah calon yg tidak bermasalah dan bersih
dari sebarang kes.
berbeza dengan calon UMNO yg terpalit tuduhan pecah amanah koperasi dan
ditarik balik lesen firma guamannya oleh majlis peguam. beberapa hari ini
Timbalan Perdana Menteri, Ketua Penerangan UMNO berhempas pulas membe
rsihkan namanya sehinggan sanggup melemparkan tuduhan pecah amanah itu
kepada rakan Rohaizat bernama Yusri.
Hari ini, Yusri ini telah tampil membela diri dan mendakwa UMNO berbohong
tentang dirinya. Pas dilihat bakal menyediakan pentas untuk Yusri membela
diri bagi membersihkan namanya dan utk menegaskan Rohaizat sebenarnya
terlibat dengan skandal pecah amanah itu.
Pas melihat tiada masalah utk mempertahankan kerusi Dun Permatang Pasir
ini. Penentu kepada kemenangan, iaitu pengundi Cina yang di anggar seramai
4500 orang dilihat akan terus memberi undi kepada Pas.
Seluruh negara sedang menunggu nunggu sebenarnya berkenaan status Kerusi
Dun Kota Siputeh di Kedah (dalam Parlimen Jerlun-Mukhriz) sama ada akan
kosong atau tidak. Kerusi itu milik BN waktu ini diwakili Dato Abu Hassan yang
menang hanya dengan majoriti 500 undi sahaja berbanding Pas.
Ikut perlembagaan kedah, memang sudah tidak dapat berbuat apa apa.memang
kerusi itu akan kosong. Tak dapatlah SPR nak pusing tang mana2 pun.Jadi kalau
ia kosong, maka negara akan menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil kali ke-8
di sana.
Permatang Pauh = Pakatan Rakyat
Kuala Terengganu = Pakatan Rakyat
Bukit Gantang = Pakatan Rakyat
Bukit Selambau = Pakatan Rakyat
Batang Air = Barisan Nasional
Penanti = Pakatan Rakyat
Manik Urai = Pakatan Rakyat
Permatang Pasir = ??
Kota Siputeh (jika dikosongkan)=??
No comments:
Post a Comment