Wednesday, September 9, 2009

Politik : N31 Dun Bagan Pinang

Assalamualaikum,
Lama rasanya blog ini tidak di update. banyak kejadian kejadian dalam negara yang tidak sempat di ulas oleh penulis selama ini. Saya ingin memohon maaf kerana membiarkan para
pembaca tertunggu tunggu.
di sini saya ingin ulas sedikit berkenaan Pilihanraya kecil ke-9 yang ditakdirkan berlaku di negeri saya, Negeri Sembilan. buat pertama kalinya kita akan menyaksikan PRK berlaku di
selatan tanah air. persoalannya adakah Pas/Pakatan Rakyat mampu mengggugat kerusi Bagan
Pinang ini yg dikatakan kubu kuat UMNO?
Mampukah Pakatan Rakyat mengekalkan rekod menang seluruh PRK di semenanjung malaysia? setakat ini, 7 pilihanraya di semenanjung disapu bersih oleh Pakatan. kita cuma kalah
di Sarawak, satu kawasan yg sangat hulu dengan jalan air adalah jalan utama, maklumat sukar
sampai dan BN dikatakan membelanjakan 70 juta utk pilihanraya itu mengikut pendedahan
YB Lim Kit Siang.
Kerusi N31 Bagan Pinang akan menjadi ujian paling getir buat BN dan juga Pakatan Rakyat.
Bagan Pinang ini terletak dalam Parlimen Telok Kemang yg merupakan kawasan Pelancongan
[Port Dickson]. Buat pengetahuan pembaca, Parlimen ini adalah milik PKR [Dato Kamarul Baharin]. Dalam Parlimen ini ada 5 dun. Pilihanraya Umum ke-12 menyaksikan kawasan Pelancongan ini turut menerima kesan tsunami politik memandangkan kerusi Parlimen dan 3 kerusi dun jatuh ke tangan pembangkang. DUn Chuah, Dun Port Dickson dan Dun Lukut adalah milik pakatan. Hanya Dun Linggi dan Dun Bagan Pinang milik BN.
Pertarungan yg sangat sengit akan berlaku disana. BN pasti rasa trauma dan resah gelisah. walaupun BN menang di situ dengan majoriti 2,333 sebelum ini ditambah dengan kewujudan 5000 undi Pos di situ, namun ketakutan akibat sindrom kalah 7 kali berderet deret mesti membuatkan BN rasa gabra.
Dipihak pakatan, inilah masanya untuk mengukur kkuatan di selatan tanah air. Negeri Sembilan, melaka dan Johor adalah negeri yang di katakan bakal jatuh ke tangan Pakatan pada PRU ke-13 kelak. Justeru bagan Pinang akan menjadi medan awal kepada kenyataan tadi. tidak dinafikan laluan pakatan untuk menang adalah sukar memandangkan undi Pos yang terlalu tinggi. namun tidak ada yg mustahil dalam politik pilihanraya. Pakatan mestilah bijak membaca sentimen 14000 pengundi berdaftar disitu dan mesti bijak memanfaatkan segala isu nasional yg sedang berlaku.
undi melayu yg mewakili 66% pengundi mestilah di tingkatkan, manakala undi bukan melayu hendaklah dikekalkan. Saya tidak ragu dengan sokongan bukan melayu kepada Pas kerana pada PRU ke-12 yang lalu, Pas menang di 3 peti undi kawasan majoriti india. Yang sukar ialah undi melayu yang sangat tebal UMNOnya terutamanya di kampung kampung tradisi melayu.
jadi inilah cabaran cabaran yang perlu di baca oleh pemimpin pemimpin parti. Pakatan mesti mara dengan pantas di selatan tanah air. BN semestinya akan mepertahankan kerusi ini bermati matian. Jika BN menang di sini, maka moral penyokongnya akan bangkit semula dan kekuatan mereka mungkin bertambah. Jika Pakatan menang, maka ini akan menjadi kayu ukur bagi Pakatan menumbangkan BN di tiga negeri dibahagian selatan.
Pas hanya ada satu kerusi tunggal di Negeri Sembilan iaitu di Dun Paroi. Pas dilihat perlu menang di Bagan Pinang bagi mengukuhkan kekuatan Parti di Negeri ini yang dulunya adalah
kubu kuat UMNO.
Jadi sama sama kita lihat apa kesudahannya.