Salam.
Saya akan bertolak pulang pagi ini pada pukul 9.15 pg ke Negeri Sembilan. Terima kasih kepada Sdr Muiz kerana sudi menghantar saya ke Stesen Keretapi Batu Gajah.
Sebelum pulang, ingin saya coretkan serba ringkas mengenai PERSEPSI. persepsi kini di anggap sebagai satu maklumat. Persepsi tidak semestinya kabar yang benar, namun jika tidak ditangani ia akan menjadi KEBENARAN didalam fikiran seseorang. Dalam politik, PERSEPSI dilihat lebih penting dan mustahak dari kebenaran kerana dengan PERSEPSI pengundi boleh beralih arah.
Saya melihat persepsi sebagai satu perkara yang bukan asing. Persepsi boleh berupa kebenaran, boleh berupa andaian dan boleh berupa Fitnah! Begitu juga dalam perhubungan sesama sahabat,Persepsi ini kadang kadang melekat kuat dalam fikiran kita sehingga mempengaruhi cara dan perhubungan kita sesama sahabat.
Sahabat sahabat kita tidak semestinya memiliki persepsi yang sama terhadap kita. Didalam fikiran mereka, ada macam macam perkara yang menggambarkan kita. Persepsi ini akan menjadi panduan bagi mereka dalam berhubung/berukhuwah dengan kita dalam kehidupan seharian.
PERSEPSI ini sifatnya boleh berubah ubah mengikut masa atau juga kekal dalam fikiran kita. Jika orang bertanya kepada saya, bagaimanakah untuk kita mengikis PERSEPSI terutamanya PERSEPSI yang tidak betul? Saya akan jawap, perlu ada komunikasi antara kita dan sahabat kita. Ingat! PERSEPSI yang dibiarkan begitu sahaja akan menjadi sesuatu yang diyakini oleh seseorang.
Jadi jangan biarkan ada communication breakdown antara kita dan orang orang disekeliling kita.Kita mestilah selalu bersua dan berbincang bagi membersihkan hati dan fikiran kita dari prasangka yang bukan bukan terhadap sesama kita. Justeru jika saya memiliki persepsi tertentu terhadapa orang yang saya rapat,saya akan cepat cepat meminta penjelasannya bagi mengelakkan salah faham yang lebih hebat dimasa hadapan. Jika PERSEPSI atau PRASANGKA dibiarkan, ia akan menjadi kudis yang merosakkan persahabatan.
SEKIAN, selamat bercuti kepada semua. Maaf Jika ada salah silap. Ayuh sama sama memperbaiki komunikasi antara kita.
PERSEPSI TANPA KOMUNIKASI,
PRASANGKA TANPA BICARA,
PERSAHABATAN BERAKHIR DUKA.