Wednesday, December 3, 2008

Salam.

walaupun tidak sampai lagi sebulan berpraktikal, saya merasa cukup rindu dengan sahabat2 UTP. Yang paling saya rindui ialah adik2 saya di UTP. rindu dengan adik2 usrah, rindu dengan adik2 yang sedia rapat dengan saya.selalu teringat dengan mereka.

kepada mereka, bacalah lirik lagu ini. lagu ini dari saya untuk anda semua.

NO-AIR

Tell me how I'm supposed to breathe with no air

If I should die before I wake
It's 'cause you took my breath away
Losing you is like living in a world with no air
Oh..

I'm here alone, didn't wanna leave
My heart won't move, it's incomplete
Wish there was a way that I can make you understand

But how do you expect me To live alone with just me
'Cause my world revolves around you (jgn salah fhm kt cni,ni metafora )
It's so hard for me to breathe

[Chorus]
Tell me how I'm supposed to breathe with no air
Can't live, can't breathe with no air
That's how I feel whenever you ain't there
There's no air, no air
Got me out here in the water so deep
Tell me how you gon' be without me
If you ain't here, I just can't breathe
There's no air, no air
No air, air No air, air No air, airNo air, air

I walked, I ran, I jumped, I flew
Right off the ground to float to you
There's no gravity to hold me down for real

But somehow I'm still alive inside
You took my breath, but I survived (jgn salah fhm kt cni,ni metafora )
I don't know how, but I don't even care

So how do you expect me To live alone with just me
'Cause my world revolves around youIt's so hard for me to breathe

[Chorus]
Tell me how I'm supposed to breathe with no air
Can't live, can't breathe with no air
That's how I feel whenever you ain't there {ain't=are not}
There's no air, no air
Got me out here in the water so deep
Tell me how you gon' be without me
If you ain't here, I just can't breathe
There's no air, no air
No air, air No air, air No air,

Tuesday, December 2, 2008

Salam.
Buat pengetahuan pembaca, saya telahpun memulakan praktikal di MTBE malaysia Sdn Bhd bertempat di Gebeng, Pahang Darul makmur.
Alhamdulillah, rumah sewa, kenderaan ke tempat kerja semua tiada masalah. Di samping 5 orang mahasiswa UTP, terdapat 3 lagi mahasiswa lain berpraktikal di sini. Ada yang dari Western Australia University (praktikal 2 bulan), ada yang dari University of Aukcland, New Zealand ( praktikal 2 bulan) dan ada juga yang datang dari UTEM.

insyaAllah saya akan update blog ini dari masa ke masa.

semoga berjumpa lagi.
salam.

Saturday, November 15, 2008

Hari Hari Terakhir di UTP

Salam.

sudah lama tidak menulis dalam ruangan ini. minggu ini sudah 3 kertas exam sudah diduduki. seminggu dari sekarang, saya akan menduduki kertas terakhir iaitu Subjek Transport Phenomena.
selepas itu, saya akan meninggalkan UTP untuk 8 bulan. InsyaAllah saya akan berpraktikal di MTBE Gebeng, Pahang Darul Makmur.

terasa berat hati untuk meninggalkan bumi UTP tercinta ini. namun ini sebahagian dari kehendak akademik kita. masa memang relatif. kadang-kadang masa ini terasa begitu lambat, tapi kadang-kadang rasa sangat cepat berlalu.

kalau tak percaya, cuba bandingkan 3 jam lecture dengan 3 jam exam. mana rasa lebih cepat? exam atau lecture? haha.

tapi saya merasakan masa saya berlalu begitu cepat di sini. masih terasa waktu di Minggu Aluan Siswa ketika disuruh menari zapin semasa malam Freshie's Talent Night. memang hancur giler time tu..buat malu jer.

tup tup sekarang dah tahun 3 dah!! dan dah nak pergi internship..tak sangka kan.

kepada sahabat-sahabat yang akan pergi intership, jaga diri baik-baik. timbalah ilmu di sana sebanyak mungkin. harap semasa di luar nanti, ada yang sudi untuk keep in touch. jangan terputus hubungan.

kepada adik2,sahabat-sahabt yang tinggal di UTP, belajar bersungguh-sungguh. rasa berat nak tinggalkan anda semua. tapi apa kan daya.

minta maaf kepada semua atas segala kesilapan dan kekhilafan dalam persahabatan kita semua. halalkan makan minum. jika ada yang terambil maafkan.

sekian. jka di tempat praktikal ada internet connection,jika di rumah sewa nanti ada connection, insyaAllah saya akan cuba menulis lagi.

sekian, sampai bertemu.

Friday, November 7, 2008

Bantu Saya Tafsir Perkara Ini

Salam...salah seorang sahabat saya telah mengirimkan lagu ini buat saya menerusi gtalk.
tolong bantu saya. apa yang cuba disampaikan lagu ini.
bukan saya tak reti English.
Tapi saya just nak pandangan sahabat2 saya.
shbt2 saya yang betul2 kenal saya tolong comment ya.
mungkin lagu ini untuk die say something tntang persahabatan kami.


bagi yg tidak mengenali saya secara dekat,tidak perlu komen. kerana ditakuti anda akan salah menilai..lantas membawa dosa pula nanti.

Everybody's Changing
by : Keane

You say you wander your own land
But when I think about it
I don't see how you can

You're aching, you're breaking
And I can see the pain in your eyes
Since everybody's changing
And I don't know why.

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing
And I don't feel the same.

You're gone from here
Soon you will disappear
Fading into beautiful light
'cause everybody's changing
And I don't feel right.

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing
And I don't feel the same.

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing
And I don't feel the same.

Ooo...
Everybody's changing
And I don't feel the same.

Tuesday, November 4, 2008

Lama Tak Menulis : Berita Terbaru

Salam sejahtera.

lama rasanya tak menulis di sini. baru habis test Econ tadi petang. susah sangat rasanya. sakit kepala nak jawap. tak apalah. dah lepas dah pun. sekarang menunjukkan pukul 3 pagi. saya baru sahaja balik dari menyiapkan projek PPD bersama teman-teman group. Mizah,Kudah,Mawi dan amar..memang best group kami..tak kering gusi di buatnya..

mungkin ramai yg ingin tahu perkembangan terbaru saya. sebenarnya tidak ada apa2 yg penting.
cuma sejak dua tiga hari ni, rasa sedikit tidak dipedulikan oleh shbt2/adik2..saya sejak dua tiga hari ni rasa agak sedih sedikit. bukan sedikit..banyak..

saya dapat rasakan saya seolah2 tidak dipedulikan. saya tak nak sebut siapa..tapi besar kemungkinan shbt/adik saya tu tak kan baca post ni..dia tak kan tahu. die shbt,kenalan jan08 yang sangat rapat dengan saya..lebih rapat berbanding sesetengah ahli usrah saya...ada diantara sahabat mungkin mengenalinya..saya hanya berjumpa dengan dia di masjid..disitulah ukhuwwah bertamu..disitulah ukhuwwah terbina..waktu selepas subuh, secebis waktu selepas asar itulah yang saya gunakan untuk bercakap2 dengan beliau.

tapi entah mengapa..semenjak qiyyam jumaat lepas, saya merasakan (tak taulah mungkin ini hanya perasaan saya)..saya merasakan dia mcm tak suka saya lagi..iyalah..sejak beberapa minggu,dia tak balas dah mesej bila saya ada mesej..kadang2 jumpa dimasjid rasa mcm saya tak dihiraukan sangat.

saya rindu kt adik saya tu. nak sangat jumpa..nak sangat cakap. tapi sejak saya rasa diketepikan, saya rasa cukup sedih dan cuba mengelak berjumpa dengan dia..saya ada luahkan rasa sedih saya pada adik2 saya yang lain..yang kebetulan shbt2 dia juga..dengan harapan akan sampai ke pengetahuannya. tapi ntah kenapa..tiada apa2 yang berlaku sampai hari ini..

saya sebenarnya ramai sahabat2 dan adik2 usrah atau kenalan yang saya sgt rapat di UTP ni..alhamdulillah ukhuwwah kami baik.mesra. shbt2 saya mesti tahu makna kata2 saya..tapi jika saya mengalami masalah seperti ini..saya rasa cukup sedih..seolah2 saya tidak ada sesiapa dah dalam UTP ni..walaupun hakikatnya saya masih ramai shbt2 karib untuk menjadi tempat mengadu..

rasa cukup sunyi..bila dtg masjid..saya nampak dia solat. tapi saya tak mampu nak dtg dekat dan mesra seperti dulu. hati rindu..tapi apa daya..sudah ada rasa malu untuk bertemu dia. siang tadi, saya bermimpi dia. dia hanya berkata "maaf". itu saja.

saya rasa tak puas dengan hanya perkataan "maaf". saya perlukan penjelasan panjang lebar kenapa ini berlaku.

tak sampai lagi sebulan berada disini..tak tahulah, mungkin ini 'hadiah' untuk saya sebelum meninggalkan UTP.

Wednesday, October 29, 2008

Keputusan Bagi Kerusi Program CHE

Salam Sejhatera semua.

Sukacita dimaklumkan bahawa calon saya, Nor Farhani telah menang besar bagi kerusi Chemical Engineering Constituency. Berikut di nyatakan jumlah undi yang di peroleh ketiga2 calon bagi kerusi tersebut.

farhani, calon no |1| = 418 undi

aimen bin isa no |2|= 110 undi

mat pa calon no |3|= 376 undi

jadi dengan ini farhani dan mat pa akan menduduki kerusi Chemical Engineering bagi sesi 2009 nanti. di harapkan amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh undi mahasiswa ini akan digunakan sepenuhnya oleh mereka

saya selaku ahli fan's club farhani mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi kerana memberi kepercayaan kepada calon saya. Syabas juga diucapkan kepada semua ahli fan's club farhani yang berhempas pulas menampal poster,gantung poster,tampal flyers bilik ke bilik,culaan bilek ke bilek dan sebagainya. sesungguhnya harga kemenangan itu bukan murah.

tahniah sekali lagi. syabas barisan baru kepimpinan MPP.

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KAMPUS UTP

PERATUSAN UNDI KERUSI UMUM MENGIKUT CALON

1.NIK AKMAL AFIF = 1468 UNDI (ke-4 tertinggi)

2.FAROUQI =1600 UNDI (ke-2 tertinggi)

3.HASMADI =1683 UNDI (tertinggi)

4.ADONIS = 499 UNDI (ke-8 tertiggi)

5.NORZILA = 1535 UNDI (ke-3 tertinggi)

6.RAHIMAH = 423 UNDI (ke-11 tertinggi)

7.KHALIB = 449 UNDI (ke-10 tertinggi)

8.FARRIZ = 710 UNDI (ke-6 tertinggi)

9.SOFIA =643 UNDI (ke-7 tertinggi)

10.SYUHADA = 1450 UNDI (ke-5 tertinggi)

11.ASYRAFF = 473 UNDI (ke-9 tertinggi)

Saturday, October 25, 2008

GELAGAT CALON PRK KERUSI UMUM














Salam Sejahtera pada semua.

bangkit untuk berubah

Pilihanraya kampus UTP (prk) akan di adakan tidak lama lagi. Walaupun tidak semeriah kampus lain, namun yang jelas bahang piliharaya kali ini menjanjikan kelainan. Bahang kali ini ternyata jauh lebih hebat berbanding tahun-tahun sudah.Ramai pula yang tiba-tiba bangkit kali ini ingin melakukan perubahan.

Yang menjadi perhatian ramai ialah kerusi umum (general constituency) MPP. kali ini, seramai 11 calon bersaing merampas 5 kerusi panas MPP. Saya selaku penulis blog sempat melihat mereka pada malam itu (malam manifesto). "macam2 ada" tu jer yang mampu saya katakan. saya juga mengikut sedikit sebanyak perkembangan semasa.

ada suara berkata, PRK kali ni akan sengit. Sengit sangatkah? tapi itulah apa yang difikirkan oleh sesetengah kita dalam kampus ini. Bagi yang tidak peduli, mereka akan terus tidak peduli. bagi yang ambil tahu, ambil cakna pula mereka akan terus mengikuti. bagi yang bekerja untuk memenangkan calon masing-masing, teruskan bekerja siang dan malam. semoga calon kalian berjaya.

apa kelainan kali ini

Aktiviti berkempen nampaknya didahului oleh calon no6. poster calon ini naik lebih awal. dah yang lebih mengejutkan, beberapa lama sesudah itu, banner dan bunting beliau terpampang pula di beberapa tempat. sungguh pelaburan beliau yang cukup banyak ini menggamit saya. saya dapat merasakan satu aura baru dalam PRK kali ini.

calon no 10 juga tidak ketinggalan. Banner,bunting dan poster2 beliau turut memberi saingan hebat. Dan nampaknya peserta no 10 menang besar dari segi strategi dengan meletakkan banting di rounabout v4..

kemana arah pengundi kali ini

seperti yang diketahui, mahasiswa kita ramai yang masih *tidur lena*. tiada kesedaran politik kampus yang mapan. tidak ramai yang sudi berkongsi bahang PRK. mungkin kerana mereka sudah berasa puas dengan apa yang ada. Mungkin juga sekadar tidak ambil peduli. tapi tidak kurang juga yang berkata-kata. MPP tidak relevan lah, tidak bebas lah, internet tak pernah selesai lah, pemimpin tak bagus lah..kenapa awak sendiri tak hantar calon? susah sedikit deal dengan hal begini.

secara amnya, kita susah menjangka *mood* pengundi kali ini, kerana ramai dikalangan mereka adalah pengundi senyap @atas pagar. namun saya dapat melihat potensi besar sesetengah calon untuk menang mudah kali ini. calon no3 umpamanya. calon no1 yang berasal dari kelantan dilihat bakal mendapat undi student pantai timur yang merupakan sebahagian besar masyarakat kampus kita ini. tapi itu bukan isunya. kepimpinannya yang kita mahu di MPP.


RM dan anti RM

isu yang cuba dibangkitkan kali ini ialah isu pertembungan antara calon2 yang didakwa *wakil RM* dan juga *wakil anti RM*. bagi saya, secara peribadi sesiapapun boleh bertanding. itulah demokrasi. namun, bukan semua layak menjadi pemimpin. saya ingin nyatakan bahawa tidak semua yang bertanding untuk kerusi umum adalah layak untuk memegang tampuk pemerintahan.

saya sangat bosan melihat gelagat sesetengah pelajar yang menunjukkan sikap anti yang melampau terhadap badan dakwah.. sehingga orang2 yang memilih untuk bertudung labuh pun digelar wakil nya. mereka dipandang rendah. seolah-olah tudung labuh itu satu keaiban pula bagi mereka. apa yang nak jadi ni? kamu semua orang Islam bukan? tak takut ke dengan azab Allah? orang yang bertudung sempurna dipandang rendah, calon yang jelas mendedahkan aurat pula disokong hebat.

secara peribadi, jika ia benar ada wakil RM dan wakil anti RM dalam ramai2 calon yang ada, saya lebih rela memberi undi kepada mereka yang lebih tinggi tahap kesedaran beragamanya. Adalah tidak layak orang-orang yang mencaci imej Islam disanjung menjadi pemimpin. antara calon berlatar belakangkan agama dengan calon yang tidak suka imej Islam dan yg entah dari mana mereka datang, adalah lebih selamat untuk memilih mereka yang lebih taat dengan agamanya. sekurang-kurangnya mereka ada lebih pertimabangan, lebih berwibawa berbanding calon-calon yang lain.

saya pelik, terdapat sesetengah calon yang cuba membawa *imej baru* kedalam MPP. imej begini yang hendak dibanggakan? saya tak nak kata lah imej apa kan, tapi yang jelas saya menolak orang-orang yang seperti ini. tiada langsung ciri-ciri pemimpin.

Tidah tahu Isu Pelajar

dalam ramai2 calon kerusi umum ini, terdapat calon yang dilihat tidak cukup berwibawa untuk diberi undi. yelah, isu ptptn dan isu auku pun tidak tahu. mungkin ramai yang tidak sedar akan hal ini. calon no ganjil ini sepatutnya mendalami ilmu tentang masalah pelajar terlebih dahulu sebelum menyimpan angan2 untuk bertanding.

pisau dan mentimun di tangan kita

Bak kata Bekas MB selangor, Khir Toyo, pisau dan mentimun ditangan kita. kitalah yang bakal menetukan siapa yang patut menang dan siapa pula yang patut disingkirkan. Fikir masak-masak sebelum memangkah. jangan salah pilih. Bak kata mufti pelis, undi ini membawa dosa dan juga pahala.

selamat mengundi. pilih calon terbaik.

Friday, October 24, 2008

Syuhada: Calon no |10| |x|







layari blog rasmi beliau :
www.syuhada10.blogspot.com

Siapa Syuhada


1. Nama penuh Nor Syuhada Bt Halim
2. Asal Sijangkang Selangor.
3. Ada kereta kancil warna biru gelap.
4. Ada sorang adik kt UTP, Nur Sa'adah.
5. Die Coz Chemi 2nd year.

Why Should I Care.

1.helo.
2.actually, die bekas komiti Department saya dulu.
3. So saya memang kenal sangat la dengan budak ni.
4. Saya sebagai Head Activity & Event bagi dua event MPP iaitu MAP dan TB.
5. so syuhada adalah salah seorang komiti la.

So What...

1. heloinn...
2. Saya tulis ni sebab saya secara personally support dia.
3. yela dulu aku head dia..so support la..
4. Bekas2 komiti AnE pun wajip support OK.
5. And I urge All committees of MAP 2007 as well as Titian Budi 2008 to vote her this coming 29 Of October.

manifesto

1. antara calon paling kecik. (sorry)
2. tapi semangat giler time manifesto.
3. motto dia "ready for the change"
4. tak silap, dia nak propose buat student centre nanti untuk kegunaan seluruh pelajar ber Event.


Hantu Event.

1. Dia bukanlah hantu. maksud saya dia ni memang aktif dalam event2 MPP.
2. Die ahli Exco MPP yang lalu sebenarnya.
3. Pernah Join MAP, TB dan baru2 ni jadi Asst Head SnH.

Apa Kelebihan Dia

1. Lali dengan event. yela, apa jenis event yang dia tak masuk lagi..
2. Komited. die bagus buat keja. kerja siap. jau plak tu. (ni jujur ye.bukan bohong)
3. Penyabar. Dia jauh lebih sabar dari saya. saya cepat marah.die lak sabar je dengan karenah Supervisor. (ingat kes surat ke Sekolah Olak Lempit?)

Nama Beliau ada Di Mana Mana

1. wording nama die adalah yg paling best.
2.jarang angin kacau.hujan pun segan nk rosakkan.
3.wording nama dia tersusun cantik di v5,di v1 di v6,di V2 dan dimerata UTP.
4.calon2 lain ada nama dah bergulung2,dan basah dek hujan,dek panas.
5.siap ada banner/banting lagi kt V2
6.cayalah.

Mari Vote Syuhada

1. so mari sama2 vote dia.
2. InsyaAllah undi anda berbaloi.
3. Saya konfirm kasi undi kat dia. yela. bekas Head kan. mesti Support.
4. menang nanti jangan lupa belanja sate bota. ingat famili day AnE TB tak buat lagi..too much..

ALL THE BEST OK. JANGAN LUPA VOTE SYUHADA. INGAT SYUHADA, INGAT NO |10| |X|


Wednesday, October 22, 2008

Kenali Calon No 1



MAKLUMAT AM.
. nama penuh nik akmal afif bin nik othman.
2. beliau ialah calon kerusi umum no 1.
3. berasal dari Kelantan. sekolah asal beliau ialah MRSM Pengkalan Chepa.
4.Dari batch Jan07. duduk di V4.

MANIFESTO
1. saya menyaksikan manifesto beliau.
2. Segak bergaya di atas pentas dengan gaya pidato tersendiri.
3.dengan motto 'bridging the Gap" beliau mengemukakan 3 janji pilihanraya.
4.tak ingt sangat apa janji2 nya, tapi yang paling saya ingati ialah berkenaan scholar yg kadang2 lambat masuk. beliau akan melakukan sesuatu mengenai perkara itu supaya tidak menyusahkan pelajar lagi.

ADAKAH SAYA KENAL BELIAU
1. jawapannya ialah 'YA'
2. saya merupakan facilitator MAS untuk JAN07. saya mula mengenali beliau di Chancellor Hall semasa regisration day lagi.
3. Beliau tidak pernah berubah. Kumisnya tetap sama hingga ke hari ini. =)
4. Soklan yg diajukannya pada hari pertama bertemu saya ialah soalan berkenaan boleh atau tidak menggunakan MAXIS. beliau sangsi dengan Ananda Khrisnan pada waktu itu.

KEPERIBADIAN DAN PENCAPAIAN
1.sudah hampir 2 tahun mengenalinya. Alhamdulillah hubungan masih erat hingga ke hari ini.
2.Beliau sangat sederhana. tidak suka menunjuk2.
3.waktu zaman foundationnya, setiap pagi beliau akan mendengar kuliah di radio sambil mencatatkan isinya. setiap pagi.
4.Beliau merupakan antara pimpinan tertinggi pelajar semasa di MRSM PC.
5. Beliau adalah pelajar cemerlang. keputusannya mendapat 11A1 dalam SPM adalah tidak mengejutkan.
6.seorang remaja yang menjaga akhlak. menjaga solat dan memelihara tutur kata serta perhubungan.
7.Selama di UTP beliau telah menyertai ConvoFair 2008 selaku komiti GnC,program2 tusyen untuk pelajar sekolah serta banyak lagi.

SIFAT ISTIMEWA
1. keunikan beliau berbanding orang lain ialah beliau sentiasa memakai baju lengan panjang. tidak pernah kelihatan beliau memakai baju lengan pendek seingat saya.

LAYAKKAH BELIAU DI UNDI
1.dengan keperibadian beliau dan daya kepimpinan beliau,tidak mustahil beliau mampu memberi sinar baru pada MPPUTP.
2.secara peribadi, beliau layak menerima undi kita semua.
3.saya mengesyorkan beliau sebagai salah satu calon favourite tahun ini.

JIKA INGIN MENGUNDI BELIAU. SILA PANGKAH NO |1| PADA 29 OKTOBER INI. OK?
JUMPA DI SANA!!


Untuk Semua Warga Chemi

Salam.

Pilihan raya kampus (PRK) sedang berlangsung pada ketika ini. Bahangnya cukup panas bagi sesetengah orang. Namun mungkin juga hambar bagi kebanyakan yang lain.

ada beberapa persepsi dalam setiap pilihan raya kampus UTP:

-tak minat la nk undi.
-tak ada masa la nk turun mengundi.
-nak undi sapa? calon pun tk tau.
-perlu ke mengundi MPP ni? apa benefitnya?
-ada projek la, test lagi, esemen lagi.
-banyak lagi alasan lain.

saudara, pilihanraya kampus ni adalah manifestasi kepada pilihanraya umum diluar sana.
ini tanggung jawap kita. memilih pemimpin yang layak itu adalah satu kemestian. Dalam Islam sendiri, bermusafir melebihi 2 orang pun diseru untuk lantik ketua. Ini kan pula kampus UTP kita, apatah lagi negara.

ini menunjukkan, urusan melantik pemimpin ini adalah sangat penting. Justeru saya menyeru semua student, especially student chemi untuk turun mengundi calon pilihan anda. ingat mengundi itu
tanggung jawab anda!

CALON PILIHAN SAYA


bagi semua student Chemi especially yang akan ke internship sem ini harap anda semua akan turun mengundi 29 oktober ini.

Di sini saya ingin promote calon pilihan saya. Nama beliau ialah farhani. Junior kita Chemi 2nd year 1st sem.

KENAPA BELIAU

1st sebab saya kenal beliau dan saya pernah bekerja dengan beliau dalam Titian Budi yang lepas. dari apa yang saya lihat, beliau ini seorang wanita yg berakhlak mulia, bersopan, ceria dan komited dengan tugasnya sebagai s/u.


APA PENCAPAIAN BELIAU. LAYAKKAH DIUNDI?

bagi saya, tidak rugi mengundi beliau. sebab beliau insyaAllah layak untuk kerusi program CHEMI. nak tahu apa pencapaian beliau yang lain? jab..
antara pencapaian beliau yang lain adalah:

1. su 2 Titian Budi 2008
2. committee for business centre dept convofair 2008
3. Project manager semaian bakti event under src utp
4. facilitator for TEKAD event under srcutp
5. Rakan Exco CnS srcutp 07/08 session as a SU1

jelas sekali, pengalaman2 beliau melayakkan beliau ke kerusi program Chemi. jadi tiada lagi halangan untuk anda memberi Undi Kepada beliau!

ELAKKAN PRASANGKA

Dalam Al Quran Allah melarang kita berprasangka buruk dan mendengar khabar2 fitnah.Saya sebenarnya cukup terkilan sebab dalam masasyarakat kampus kita ini, masih ada orang2 yang berpandangan buruk dengan wanita yang menjaga penampilan Islam mereka. contoh wanita bertudung labuh.

1. berdosakah dia bertudung labuh semata2 untuk menutup aurat dan mencari keredaan Tuhannya?

2. bukankah kita sepatutnya memuliakan orang yang mematuhi perintah Allah dan Rasul?

harap2 saudara2 saya dalam CHEMI atau mana2 pelajar lain tidak termakan dengan PERSEPSI BURUK dan FITNAH dari orang2 yang tidak senang dengan Islam.

nilailah dengan mata hati ,nilailah dari kelebihan yang ada pada dirinya. bukan menilai berdasarkan persepsi dan fitnah golongan2 tertentu.

SELAMAT MENGUNDI KEPADA SEMUA. INGAT. SETIAP UNDI MEMBAWA MAKNA!


Monday, October 20, 2008

Quran & the Bible, a scientific comparison

InsyaAllah, Lajnah Tarbiyyah Rakan Masjid will once again organise a public lecture on Comparative Religion with a title "Quran & the Bible, a scientific comparison?".

the detail of the lecture will be as follow

venue : Masjid An-Nur UTP
Date : 26 October 2008
Day : Sunday Night
time : After Magrib Prayer.

the lecture will be given by a student who have depth interest in the subject of Comparative Religion. All students, local and foreigners are welcomed to this gathering.

note: this lecture is not to condemn any other beliefs or religion but rather an approach of knowledge through research to know more about religion of the world. But most significantly, we want to find the truth and where it lies.

please spread the message.

Saturday, October 18, 2008

Prophet Muhamad (pbuh) in the Bible

Salam.

1.Though the Injil (Gospel) that the muslim believe in, is no longer exist in its pure form, but alhamdulillah it the present Bible, the portion of the Book is still there.

2. We are told in the Quran that the coming of the last prophet (Muhammad SAW) is mentioned in the Law (torah) and the Gospel.

3. Indeed, the Jew and the Christian around the Arabia were at that time waiting for the birth of a Prophet.

4. So which portion of the present Bible that prophesy (predict) the coming of Prophet Muhammad (SAM)??

in order to answer that, today 19 october 2008, a talk on the topic "Prophet Muhamad (pbuh) will be held at the Annur Mosque.
All muslim are welcomed to the talk.
Speaker will be insyaAllah our UTP student.

best regard,
zaman

Thursday, October 16, 2008

National Integrity And Power Sharing

1st of all i would like to say sorry to all readers for not writing quite a long time. I have lost some ideas to write before plus some problem of mine.

so as promised, i would comment on the public lecture given by YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, which attended by thousands of people yesterday.

Tun was suggesting that Malaysia has difficulties in achieving National Integrity. It was clear from his lecture that Malaysia cannot have single national integrity. This is because every races in Malaysia, be it Malay, be it Chinese or be it Indian they want to retain their own identity. That is why velnacular schools are still in existent. Tun Admitted that government of his time cannot abolish this velnacular school, which is a barrier to national integrity because He afraid of losing support from this people. In order to be a strong and good goverment, supports of Indian and Chinese voters are also important.

about power sharing, Tun was suggesting that it is a must that a stable government should be made up of all races in a right proportion. It has been introduced so far and people accepted it.

My Personal Comments For Tun

1. other than velnacular school,The real barrier to national integrity is the existence of racial based parties. UMNO,MCA and MIC are all racial based parties.
Each of them strive for the benefit of their own people.So, as a former president of UMNO party, Tun is not in the position to spark the spirit of a single national integrity as it is against UMNO mission.

2. Now, as Tun says, there is a new force coming in. people now are more matured. many people now oppose racial based party. Have a look on PAS. its base is islam which mean justice for all regardless of their races and religion. Now more and more people are coming to the arm of PAS, including thousands of non-muslim who have come to realized that Islam stands for justice for all. With the motto of 'PAS FOR ALL' it sparks a new era for PAS as now, not even the Muslim understand its mission, but also the chinese and the indian. have a look at PKR, it is not racial but for all races. Dato Seri Anwar, who comes to be the symbol of unity, bring this people together.


3.that's why BN lost 5 states. our people now has serious crisis of confident towards ruling parties. But yet the ruling parties drown in the state of denial. they still believe that they are still supported.

4. Tun, I was upset they way you explain Islam as the symbol of unity in Malaysia. I admit u say Islam can do it. I admit you had said In the time of prophet that Islam brought peace and justice. the different sect of islam like sunni-shiah, the ayah pin teaching, the afganistan that you mentioned, these are all isolated problem. We know the true Islam is not like those. Why do you refer to those occasion? what are trying to say sir? You dont even give solution to this problem and leave the thousands of audience yesterday unanswered. I see this statement of yours to be dangerous for the mindset of non-muslim and muslim people that Islam cannot be symbol of unity. Hope you can give the true picture of Islam to all Malaysian people and not referring to isolated cases as I mentioned above.

5. Tun, you believe that Dato Seri Anwar or Pakatan Rakyat is daydreaming of toppling the government by 16 of September. You think this is imposible to happen. Before general election took place, we could have believe that Pakatan Rakyat can seize 5 states plus federal territory of Kuala Lumpur? who could have believed that. Sir, this thing |read : crossover|had happened before in the state level, I'm sure you knew it. I believe that the transition of power would soon happen in the national level. Many things that Pakatan Says has now became true.
So ,let's see together Sir, wether this things could happen or not.

6. last but not least, the issue of ISA. people already knew, that this ISA is made by the british as an act to fight the communist in this country long ago. the Mufti has said, that ISA is not islamic, meaning it is against the teaching of islam. In islam, a person is not guilty until proven guilty. You also say malaysia is not the only country that practise ISA. you mention about USA and Britain. Why should we follow this country?And why should we follow unjustice made by other countries?
You say Anwar is pro america. but anwar is anti- ISA. if you are not pro-america, why follow american's way? why support ISA?






Thursday, October 9, 2008

sampai menutup mata

tak tau nak tulis apa. cuma sedikit lirik lagu yang telah diubah suai. buat mereka2 yang kusayangi. ambillah lirik ini seadanya.

Embun dipagi buta
menebarkan bau asa
detik demi detik ku hitung
inikah saatku pergi..

oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan kusakiti dia
maafkan ku bila terjadi

aku mudah untuk menyayangi
aku mudah mengaku ku cinta
aku mudah menyatakan aku jatuh cinta

senandungku hanya untuk cinta
tirakatku hanya untuk engkau
tiada dusta sumpah ku cinta
sampai ku menutup mata........
cintaku sampai ku menutup mata

Tuesday, October 7, 2008

kurang 2 bulan dari sekarang

Salam buat semua shabat pembaca sekalian.

jika di renungkan,tidak sampai 2 bulan untuk saya berada dikampus ini. selepas balik berhari raya, macam-macam perkara yang menunggu di sini. presentation ETP, test-test, assigmnent2, kuiz,project dan pelajaran yang masih banyak tidak difahami.

pada masa yang sama, saya sangat kesuntukan masa untuk bersama sahabat2 saya di sini. masa yang cukup genting ini saya cuba gunakan sebaik mungkin untuk ziarah sahabat2. raya baru sahaja berlalu. bila berada di sini, terasa ingin pulang ke rumah. tetapi bila berada di rumah, rindu sungguh pada sahabat2 dan adik2 di sini.

beberapa hari di UTP ini, alhamdulillah saya dapat ziarah, dan menghabiskan masa bersama2 beberapa orang ahli usrah, yang sememangnya sangat rapat dengan saya. setiap masa yang ada saya gunakan untuk berbicara, untuk bergurau, makan bersama,menyingkap semula kenangan-kenangan lalu, dan mengungkapkan rasa kasih sayang pada mereka..

bagi saya. rasa kasih dan sayang ini sungguh besar ertinya. Betapa agungnya Tuhan, kerana dengan satu rahmat yang dicampakkannya ke alam ini, menyebabkan seluruh makhluk berkasih sayang. bagi saya, sahabat2 adalah anugerah yang cukup BESAR maknanya. Saya bersyukur kepadaNya atas anugerah ini.

saya kadang2 bertanya kepada sahabat, sekiranya Allah mengizinkan ke syurga, sudikah untuk tinggal bersama-sama? kerana saya merasakan, hidup ini penuh dengan pertemuan dan perpisahan. saya sejujurnya tidak sanggup berada jauh dari mereka. kerana mereka adalah satu kebahagiaan bagi saya. sakit sungguh rasanya bila perasaan rindu itu berada dalam hati.

sebab itu saya tidak pernah malu, untuk mengatakan saya rindu,tidak pernah malu untuk berkata sayang. Siapa yang dapat memahami semua ini, jika bukan mereka sendiri. siapa yang mungkin mampu membayangkan kebahagiaan yang ada dalam hati saya.

sahabat, percayalah, apa yang saya ucapkan selama ini adalah benar. percayalah.

anda dihati saya dan akan terus berada di situ.semoga persahabatan terus mewangi.

Monday, October 6, 2008

Rindunya Pada Dia

Lirik lagu kadang2 menyentuh hati kita. Ia mengingatkan kita pada satu2 perkara. Dan saya percaya, individu bebas mentafsir liriknya mengikut kesesuaian keadaan diri dan pengalamannya.

Rasanya tidak pernah aku mendengar lagu ini sebelumnya. bila aku mendengarnya, aku terus teringatkan sahabatku nun jauh di Jerman. teringat masa bersama, teringat kenangan dengannya dan terasa dalamnya rasa sayang padanya.

Hati tiba2 jadi sayu. Kerinduan datang membadai ke hati. teringat sahabatku ini. Ku persembahkan lagu ini buatmu sahabat. ambillah lirik ini seadanya. aku yakin engkau mengerti.


AIZAT

Hanya Kau Yang mampu.

Ku cuba redakan relung hati,
Bayangmu yang berlalu pergi,
Terlukis di dalam kenangan,
Bebas bermain di hatiku….

Cerita tentang masa lalu,
Cerita tentang kau dan aku,
Kini tinggal hanya kenangan,
Kau abadi di dalam hatiku….

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,
Derita yang mendera kapan akan berakhir,
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu,
Cerita tentang kau dan aku,
Kini tinggal hanya kenangan,
Kau abadi di dalam hatiku….

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,
Derita yang mendera kapan akan berakhir,
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh…
Aku cinta oooooooo…

Thursday, September 25, 2008

UCAPAN HARI RAYA KHAS BUAT PEMIMPIN

Saya selaku penulis blog ini mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri kepada semua pemimpin politik tanah air. Ucapan khas saya tujukan buat presiden Pas, YB Tuan Guru Haji Hadi Awang, Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat, Majlis Syura Ulama, Dewan Pemuda,dewan Muslimat dan seluruh ahli PAS yang mendokong perjuangan Islam di Bumi Malaysia ini.

Tidak lupa juga kepada yang berbahagia Dato Seri Anwar Ibrahim, selaku ketua pembangkang dan ketua umum Parti Keadilan Rakyat serta seluruh pimpinan PKR seluruh negara. Juga kepada DAP selaku parti komponen Pakatan Rakyat.

Ucapan raya ini juga saya tujukan kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmadf Badawi serta Isteri, Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak beserta isteri, dan negarawan TUn Dr Mahathir beserta isteri. Juga kepada seluruh pemimpin-pemimpin UMNO dan parti komponen yang lain.

Semoga hari raya ini akan membangkitkan semangat muhibah di antara kita. Janganlah kiranya ideologi politik yang berbeza-beza memecah belahkan kita. Semoga malaysia kekal aman dan makmur serta di berkati Allah SWT.amin.

ikhlas daripada: kamarulzaman Bin Nasib

Wednesday, September 24, 2008

Hari Terakhir Di UTP

1. Salam
2. Hari ini Khamis 25 hb September adalah hari terakhir saya berada di UTP. esok saya akan bertolak pulang ke kampung bersama keluarga untuk berhari raya.
3. saya mengucapkan selamat hari lebaran kepada semua sahabat2.saya menghulurkan tangan memohon ampun dan ribuan kemaafan seandainya saya telah mengguris hati dan mengecewakan anda semua.
4.Persahabatan dengan anda semua tidak dapat saya lupakan. terlalu banyak nama untuk saya sebutkan disini.
5.kepada teman-teman serumah, maaf zahir dan batin,halal kan mkn minum saya,maafkan sikap saya,ampunkanlah dosa saya. jika saya marah,kecil hati,sakit hati,kecewa dan sedih dengan sikap anda terhadap saya, saya dengan ini memaafkan SEMUAnya sekali. percayalah saya masih sayangkan anda semua, walaupun kita jarang sekali berbual bicara.
6.Kepada shbt2 Jan06 (anip,acan,bakri,zaim dan lain2) slmt hari raya. saya sayangkan anda semua.
7.kepada shbt2 july 06(aminuddin,faruqi,mat yie,faiz jalal, dan lain2) slmt hari raya. saya rindu pada anda semua.
8. kepada sahabat2 july05 (amin,muneer,zul,ikhwan,firdaus ahmad, dan lain2) selamat hari raya. maafkan dosa2 saya pada anda semua. insyaAllah saya menyenangi anda sebagai sahabat.
9.kepada adik2 usrah dan adik2 jan07 serta july07 dan jan 08 (akmal,ang,zulgmie,syed,mumin,baem,syawal, zaiyinul ain,fadli,bukhari,azrul dan lain2) selamat hari raya juga saya ucapkan. sayang pada semua.
10.jika ada pen yang terpinjam/yang terhilangkan,jika ada ubat gigi yang diguna,jika ada selipar yang dipakai tanpa kebenaran,stapler tanpa kebenaran,bantal yang tak dipulangkan lagi,duit yang lupa nak bayar,saya minta ampun dan maaf, minta dihalalkan atau dituntut segera. |tp lebih baik halalkan..hehe|
11. semoga bertemu lagi.semoga bergembira bersama keluarga tercinta.
12. jemput datang ke rumah saya di Negeri Sembilan.
13.bagi yang ingin berkirim kad raya,sila alamatkan ke:

Kamarulzaman Bin Nasib,
no 18 kg Sri Asahan,
73200Gemencheh, n.9

TERKINI

UTP,25 sept : atas desakan beberapa pihak, post bertajuk PENGUMUMAN PENTING terpaksa di dipadam dari blog ini kerana dikatakan boleh mencetus ketegangan.

penulis tidak akan berkompromi lagi dengan orang-orang seperti ini. Dan penulis mengangggap isu ini SUDAH SELESAI dan tidak perlu diperpanjangkan lagi. penulis tidak mahu terikut-ikut dengan rentak manusia seperti ini.

Penulis kecewa dilabel sebagai 'perosak ukhuwwah'. penulis menganggap kenyataan ini amat dangkal tanpa mengambil kira isu yang berlaku. penulis sudah sekian lama bersabar dengan tindakan provokasi melampau yang cuba dipaksakan kepada penulis.

"Isu ini sudah selesai, dan usaha-usaha pihak luar untuk cuba menyelesakan isu ini adalah TIDAK PERLU" ujarnya ketika di wawancarai sebentar tadi.

kepada pembaca yang melahirkan kebimbangan atas perkembangan ini dinasihatkan untuk tidak bimbang. "segalanya akan kembali seperti biasa" ujarnya. penulis bertekad untuk meneruskan kerja-kerja menulis seperti biasa.

Tuesday, September 23, 2008

hentikan polemik Anwar

Tronoh, 24 Sept: Penulis blog zamankini menggesa semua pihak untuk menghentikan sebarang polemik berkenaan Dato Seri Anwar Ibrahim kerana ia hanya menimbulkan perpecahan dikalangan pendukung Pakatan rakyat.

Beliau kesal kerana isu ini masih dibangkitkan oleh sesetengah penyokong PAS. Beliau mengatakan isu itu jika tidak dibendung akan hanya membawa perpecahan dan pergeseran dalam parti. "Kita masih banyak isu untuk diperbincangkan seperti bagaimana untuk memacu parti dan melebarkan peranan parti dalam Pakatan Rakyat, bukan berbalah atas isu yang remeh temeh" katanya semasa di temubual sebentar tadi.

Beliau menggesa usah lagi dipertikai soal isu kegilaan masyarakat terhadap Anwar kerana perkara tersebut memang sudah dimaklumi. "Anwar memang memiliki ketokohan dan karisma tersendiri. beliau merupakan ikon semenjak dahulu lagi. Adakah anda akan menghalang masyarakat dari meminati beliau" komentarnya.

Beliau tidak menafikan bahawa ahli-ahli PAS sendiri sangat ramai yang pro Anwar termasuk pimpinan-pimpinan tertentu. pada masa yang sama terdapat ahli-ahli yang masih meragui akan kejujuran ikon ini. "cukuplah, mari kita sama-sama pertingkatkan kekuatan parti,bukannya bertikam lidah atas isu ini, anda tidak akan membawa apa-apa melainkan perpecahan. Bagi yang suka biarkan, Anwar itu bukan musuh kita atau musuh islam,jadi kenapa kita marah sangat bila orang tertarik dengan beliau" ujarnya.

Ditanya mengenai perkembangan politik semasa negara,beliau menjawap "nampaknya dalam dua-tiga hari ni, tiada apa yang menarik berkenaan isu nasional, melainkan khabar akan turunnya harga minyak tidak lama lagi. Biar kabinet mengambil keputusan hari Rabu ini" ujarnya.

Monday, September 22, 2008

What The Fish?

Salam.

LUMRAH
1.Lumrah hidup sebagai manusia ialah di sukai dan tidak disukai. Saya sendiri disukai,disenangi dan di sayangi oleh orang lain. Pada masa yg sama saya harus terima bahawa ada manusia yang tidak menyukai saya. Rasulullah sendiri, manusia teragung pun ada manusia yang benci akan beliau. Setiap manusia memiliki alasan tersendiri untuk menyukai dan tidak menyukai seseorang.

PENDAPAT
2.Manusia berbeza pendapat. itu lumrah. ulama berbeza pendapat.itu lumrah. itu sikap manusia. tapi bolehkah kita memaksa orang lain menerima pendapat kita?tak bolehkan..so let him decide.

TOKOH
3.setiap orang ada tokoh yang diminatinya.ada yang suka 1 tokoh saja. ada yang suka banyak tokoh. dia ada alasan untuk suka tokoh tersebut. mungkin sebab tertarik dengan kelebihan tokoh tersebut,dsb. setiap orang ada alasan masing2 untuk suka orang2 tertentu.

4.ada orang suka pemain bola sebab dia terer main bola,ada orang suka ahli politik,ada orang suka artis. ntah mcm2 sebenarnya.

PAKSA
5.orang yang suka sesuatu akan cenderung untuk mempertahankan apa yang disukainya.dan orang yg tidak suka pula pun akan cenderung untuk menyerang. normal semua tu. yang suka tak boleh nak paksa yang tak suka, dan yang tak suka sukar untuk meyakinkan yang suka. pening tak??

JIKA
6.jika anda tidak suka sesuatu,tak usahlah bercakap tentang benda tu. cakap pasal benda lain.
7.jika anda tak suka sesuatu, jangan paksa orang lain ikut kehendak anda.
anda ingat anda siapa?

TEGAS
8.yang suka ada alasan untuk suka.
9.yang benci ada alasan untuk benci.

HORMAT
10. jika tak suka, cukuplah anda seorang.
11. hormat orang yang suka.

SENANG
12.kan senang hidup kalau gini. tiada sakit hati,tiada permusuhan.

MINDSET
13.hati kita ni Allah yang pegang. bukan manusia. so kita memang sukar nak ubah.

BUKAN BENDA DASAR
14. tokoh mana yg disukai itu bukan benda dasar. ni benda furuk. so anda jangan buang masa.

MALAS
15. malas saya nak layan kerenah sesetengah manusia yang sebok mempersoal sesuatu. Anda kan banyak kerja lain.baik siapkan kerja tu.

THE END
16.marilah kita saling hormat menghormati. mari bertoleransi. mari memaafi.

SALaM
17. bye bye

Thursday, September 18, 2008

PAS tahu senarai MP lompat

ihsan: malaysia kini
Senarai bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu.

Berdasarkan senarai tersebut, kebanyakan mereka adalah dari Sabah dan Sarawak itu yang beragama Islam, demikian menurut ahli jawatankuasa PAS, Ahmad Awang. Perkara itu juga turut disahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis.

Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, berkata agenda itu dibawa daripada perbincangan Lajnah Politik parti itu sehari sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, senarai ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat parti itu, menurut Ahmad, tidak lengkap.

“Kita hanya umum nama-nama penting sahaja,” katanya kepada Malaysiakini.

Senarai itu, katanya, turut dibentangkan lebih awal dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung sebelum itu.

Terdapat wakil MCA,MIC


Ekoran itu, tegasnya, kepimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat tersebut merasa ‘selesa’ dan yakin dengan pelan 16 September.

Dalam senarai itu juga, kata Ahmad, terdapat wakil rakyat dari MCA dan MIC yang akan menyertai Pakatan.

“Sebab itu kita tengok MCA (contohnya) ada hentam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Itu bunga-bunganya (tanda-tanda hendak keluar daripada BN),” katanya.

Ahmad menegaskan, perancangan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan paling lama selepas perhimpunan agung Umno.

"Walaupun mereka kata kita (buat) gimik, sebenarnya mereka panik. Perletakan jawatan (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Zaid Ibrahim dan pergolakan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu, memberi kelebihan kepada Pakatan,” katanya.

Diminta mengulas beberapa kenyataan pemimpin PAS yang menunjukkan pendirian tidak yakin dengan peralihan kuasa yang diusahakan Anwar, beliau berkata:

“Suara yang tidak percaya adalah dari satu hala, (mereka) agak konservatif. Kita terus dengan keputusan muktamar agung dan dalam masa yang sama berwaspada. Kita mahu mendokong kerajaan yang (pemimpin) Islam dominan. Islam sebagai pasak,” katanya.

Beliau juga menyifatkan teguran keras Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap kenyataan pengarah pilihanraya Pusat parti itu, Mustafa Ali yang berkata 16 September tidak akan berlaku, sebagai pandangan peribadi yang “berlebih-lebihan”.

Strategi politik

hashim jasinManakala Hashim yang turut hadir dalam mesyuarat itu Ahad lalu mengesahkan wujudnya senarai tersebut.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat hanya dimaklumkan mengenai bilangannya sahaja mengikut pecahan negeri.

“(Contohnya) mesyuarat sebut Sabah berapa bilangan, Sarawak berapa bilangan, macam itulah,” katanya kelmarin telah diisytiharkan sebagai wakil rakyat Sanglang, Perlis .

Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang keputusan muktamad dibuat dalam perbincangan mengenai senarai itu.

Hashim berkata, beliau tidak tahu sama ada senarai penuh diketahui oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS dan tidak diumumkannya atas alasan strategi politik.

“(Presiden PAS, Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun bukan semua dia boleh bagi tahu kita,” katanya.

Wednesday, September 17, 2008

Mungkin tumbang Dalam sehari Dua Lagi

Tronoh,18 September : Kerajaan atau parti pemerintah dijangka tumbang dalam sedikit masa lagi, seawal sehari dua dari sekarang. Andaian ini dibuat memandangkan terlalu banyak perkara yang menjurus ke arah itu.

penulis blog, sdr kamarulzaman selaku penganalisis politik amatur berpendapat, Dato Seri Anwar tidak mungkin berbohong dengan dakwaanya memiliki lebih 31MP untuk sama2 menubuhkan kerajaan baru tidak lama lagi. "beliau betul-betul berstrategi" katanya mengulas tindakan Anwar yang masih merahsiakan nama-nama MP terbabit. seperti yang di ketahui ramai, Anwar bakal mendedahkan nama-nama tersebut semasa pertemuan dengan Perdana Menteri nanti. Justeru beliau telah menghantar surat ke Putrajaya meminta bertemu dengan perdana Menteri sebelum menghadap YDP Agung bagi meminta izin menubuhkan kerajaan baru.

Isu ISA yang membawa kepada peletakan jawatan Senator Zaid Ibrahim, Parti Sapp yang telah mengistyihar keluar BN, pertukaran Portfolio kementerian, Isu kritikan terbuka sesama pimpinan atasan BN dan kebimbangan pemimpin-pemimpin Bn dilihat menjadi petanda awal berakhirnya era parti itu. "BN mengalimi krisis yang teruk. rakyat sudah hilang kepercayaan pada BN" ulasnya lagi sekaligus menghangatkan sesi temubual.

Banyak penafian dibuat oleh pihak kerajaan berkenaan ambil alih kuasa ini dengan alasan ia mustahil dan Anwar hanya berbohong. Jika di imbas pilihanraya yang lepas, tiada sapa yang percaya bahawa Selangor,Perak dan Kedah bakal tumbang ke tangan pembangkang. namun itu yang terjadi. " tiada apa yang mustahil dalam politik, anda boleh terus menafikan,tapi harus ingat bahawa kebimbangan anda dapat dirasakan oleh rakyat" kata beliau merujuk kepada pemimpin-pemimpin Parti pemerintah.

sehari dua lagi bakal menjanjikan berita-berita yang lebih mengejutkan ramai pihak. Justeru sdr Kamarulzaman menyeru agar semua pihak bertenang.

Tuesday, September 16, 2008

Anwar Tiada Pilihan

17 September, Tronoh: Penasihat PKR sudah tiada pilihan melainkan mendedahkan nama 31 MP yang dikatakan bakal berhijrah ke Pakatan Rakyat.Penulis blog sdr zaman berkata, Perdana Menteri telah menyatakan keengganan untuk bertemu dengan beliau selagi Anwar tidak mendedahkan kepada umum tentang MP tebabit.

" Anwar tiada pilihan lain" kata beliau sewaktu di temuramah di kediamannya sebentar tadi. "Anwar mungkin ingin memastikan pelan peralihan tersebut berlaku dengan aman tanpa adanya tindak balas ganas seperti penahanan MP dibawah ISA,ugutan dan sebagainya. Namun akhbar telahpun melaporkan bahawa Pak Lah telahpun menafikan bahawa beliau akan menggunakan ISA untuk menghalang penghijrahan ahli parlimen tersebut" tambah beliau lagi.

Semalam Dato Seri Anwar telahpun menghantar surat kepada Perdana Menteri bertujuan untuk berjumpa membincangkan pelan peralihan secara aman. Pak Lah mengakui beliau telah menerima surat tersebut namun ia hanya berkisar hal semasa dalam negara.

Saudara Zaman meminta Dato Seri Anwar untuk memikirkan cara yang terbaik untuk peralihan kuasa tersebut. Walaupun ramai rakyat Malaysia menanti-nantikan perubahan,namun beliau yakin isu-isu peralihan kuasa ini banyak menganggu rakyat bawahan."ekonomi kita terjejas kerana perebutan kuasa ini. Jika ternyata ini lebih banyak membawa keburukan kepada negara,adalah lebih baik anwar tunggu saja pilihan raya yang ke-13 nanti" ujarnya ringkas.

Beliau menggesa Dato Seri Anwar perlu memperkasa suara pembangkang di parlimen demi membela nasib rakyat. BN pula mestilah berusaha bersungguh sungguh demi rakyat jika masih berdegil untuk terus berkuasa. Beliau mengulangi pandangan beliau bahawa, jika BN tidak juga mahu berubah, maka telah tiba masanya kuasa itu di serahkan pada mereka yang mampu.

"banyak perubahan yang perlu dilakukan oleh BN. rakyat sudah hilang keyakinan dengannya. Susah rasanya rakyat hendak percaya kembali dengan parti ini melainkan berlaku reformasi besar-besaran dalam BN ke arah yang lebih diyakini rakyat" ujarnya yakin.

Monday, September 15, 2008

Esok Cuti, malam ni mari ke Maih Hall

Assalamualaikum

Insya allah, jam 9.30 malam bertempat di main hall UTP Hari Selasa 16 September (malam ini),
akan diadakan majlis penutup bagi Ramadhan Discovery (dahulunya dikenali sebagai Minggu Penghayatan Ramadhan).

Final The Qurra @ program tilawah al Quran turut akan diadakan sebagai acara kemuncak malam penutup RD ini.

Datanglah beramai-ramai. Masuk adalah percuma.
Sebar-sebarkan kepada semua.
Terima Kasih.

Politik Tak Stabil : Rakyat diminta Bertenang

15 OGOS,Tronoh : Seluruh rakyat Malaysia digesa bertenang dan tidak cepat melatah atas ketidakstabilan politik tanah air sejak kebelakangan ini.

Penulis blog yang kurang dikenali, saudara Kamarulzaman berpendapat, politik negara yang kucar kacir ini sangat menggusarkan hati rakyat.Para pemimpin seolah-olah lupa bahawa tujuan mereka berada di tampuk kekuasaan adalah untuk membela nasib rakyat terbanyak negara ini, bukan untuk saling bercakaran mempertahankan kedudukan masing-masing.

"Pemimpin sekarang seolah-olah hilang pedoman,sepatutnya nasib rakyat yang difikirkan. Saya melihat terdapat usaha-usaha pihak tertentu untuk mengalih perhatian rakyat dari masalah ekonomi dan beban hidup mereka yang tertekan.Pemimpin yang sepatutnya risau dengan rakyat,bukan sebaliknya" kata beliau sewaktu di wawancarai sebentar tadi.

isu-isu seperti 16 september,isu ISA,isu perkauman baru-baru ini,isu dalaman parti pemerintah dan isu-isu lain dilihat berjaya mengalih perhatian rakyat yang sememangnya terbeban dengan kos hidup dan harga minyak yang tinggi. Tambahnya lagi "jika ternyata kerajaan yang ada gagal membela nasib rakyat, maka serahkan saja kuasa pada mereka yang lebih layak dan bersungguh-sungguh untuk memerintah".

Apabila ditanya berkenaa isu harga minyak, saudara Kamarulzaman menjawap "harga minyak dah jatuh ke paras 97 dolar setong,kerajaan sepatutnya sudah menurunkan harga minyak pada hari ini. Ini tidak,harga minyak tidak juga turun. Singapura, negara pengimport minyakpun sudah berkali-kali menurunkan harga minyak" katanya dengan nada kesal.

Berhubung isu peralihan kuasa, beliau berpendapat jika benar ianya mustahil, kerajaan tidak usahlah ulas isu tersebut dengan panjang lebar. " apa yang saya lihat,ramai yang takut,ramai yang bimbang,jika mereka merasakan ia tidak benar dan mustahil,maka abaikan sajalah" katanya sambil tersenyum.jika tiada angin,mustahil pokok boleh bergoyang. justeru beliau berpendapat,16 september itu ada asasnya. Beliau yakin jika bukan 16 september sekalipun, Pakatan Rakyat mungkin akan mencipta kejutan pada masa-masa yang terdekat ini

Walau apapun isunya, beliau menasihatkan agar rakyat kekal tenang dan menumpukan pada aktiviti harian mereka. Sama-sama berdoa semoga segala kekalutan ini akan berakhir dalam masa terdekat ini.

Saturday, September 13, 2008

Gesaan Keluar Mengundi

1. Undian adalah satu cara melihat kecenderungan warga pembaca terhadap sesuatu isu.

2. Blog ini telah menjalankan satu undian sebelum ini dan ia berjaya menarik seramai hampir 300 orang untuk mengundi. Isu pada waktu itu ialah calon pilihan mereka di Permatang Pauh.

3. Saya menggalakkan pembaca untuk mengundi sekali lagi bagi isu kemana arah tuju isi/content blog zamankini ini.

4. Semoga blog ini dapat memberi inspirasi, iktibar dan pengajaran kepada semua pembaca dan penulis sendiri.

5. Jangan lupa turunkan undi anda!

6. Saya target 500 undi kali ini.

Alhamdulillah

Salam,

1. hari ini saya rasa cukup gembira.

2. Saya telah menemui sahabat saya pagi ini setelah beberapa hari tidak bertegur sapa.

3. Seperti yang saya katakan dalam post sebelum ini, saya menemuinya semasa dia masih tidur.

4. tidak ada apa yang janggal. tidak ada apa yang kekok.

5. Seolah-olah tiada apa2 yang berlaku.

6. Maaf sahabat. maaf atas kesilapan saya.

7. Terima kasih kepada mereka yang memberi pandangan pada post bertajuk
'gunalah sabun mandian saya'. nasihat anda saya ambil perhatian.

Friday, September 12, 2008

Gempar : 3 individu termasuk Blogger di tahan ISA. blogger lain di beri amaran.

Ambil tindakan sama terhadap penulis blog lain

ihsan:utusan

BAGAN DATOH 12 Sept. — Penahanan penulis blog Raja Petra Kamarudin mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tengah hari tadi merupakan satu amaran kepada penulis blog lain yang tidak bertanggungjawab bahawa tindakan serupa juga akan dikenakan terhadap mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penulis blog seperti itu sebelum ini mungkin beranggapan mereka tidak akan dikenakan tindakan kerana alasan laman blog mereka berpangkalan di luar negara yang didakwa tidak tertakluk dengan undang-undang negara ini.

Adalah tidak wajar sekiranya Raja Petra sahaja yang dikenakan tindakan sedangkan penulis blog tidak bertanggungjawab yang lain masih bebas,” katanya kepada pemberita di Kampung Sungai Burung di sini hari ini.

Zahid mengulas penahanan Raja Petra mengikut ISA dekat Kuala Lumpur berikutan artikelnya bertajuk: I promise to be a good, non-hypocritical Muslim yang menggunakan ayat-ayat menghina orang Islam selain membenarkan ulasan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad (s.a.w) untuk artikel Not all Arabs are descendants of the Prophets yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today.

Sehubungan itu Anggota Parlimen Bagan Datoh itu berkeyakinan polis akan turut mengambil tindakan terhadap penulis blog lain yang didapati mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

Katanya sebarang kenyataan yang berunsur hasutan tidak boleh dimaafkan dan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang negara perlu diambil terhadap pihak berkenaan.

Thursday, September 11, 2008

Buat mereka yang dirindui (shbt)

Seindah Biasa

Jalan pernah takut kutinggalkan,
saat bintang tak mampu lagi berdendang,
saat malam menjadi terlalu dingin,
hingga pagi tak seindah biasanya,

c/o:
takkan mungkin kita bertahan,
hidup dalam sendirian,
panas terik hujan badai,
kita lalui bersama,

saat hilang arah tujuan,
kau tahu kemana berjalan,
meski terang, meski gelap
kita lalui bersama,

kutak bisa merubah yang terjadi,
tapi aku kan menjanjikan yang terbaik,
agar kita tak pernah mencari-cari,
meski beza dermaga untuk kita berlabuh

ulang c/o

pernah kita jatuh mencuba berdiri,
menahan sakit dan menangis,
tapi erti hidup lebih dari itu,
dan kita mencuba melawan,
ulang c/o.

Untukmu Sahabat yang ku Cintai

Kumengenang saat-saat kita bergembira,
Kumerindui saat-saat kita bersama,
Kumerindui saat-saat kita berukhuwwah,
Maafkan daku wahai sahabat,
Atas sikap dan kelemahan diri ini,
yang tidak pernah sempurna,

Aku berharap ukhuwwah kita tetap kekal,
kerana,
aku seakan mula merasai bibit-bibit kerenggangan antara kita,
senyummu kepadaku tidak semanis dulu,
layananmu padaku tidak sehangat dulu,
katamu padaku tidak semesra dulu,

mungkin engkau pun merasakan hal sebegitu,
namun aku ingin engkau tahu,
aku tetap menyintai engkau,
sebagai seorang saudara
UHIBBUKAFILLAH.

Berita Hari Ini

Hari ini surat Khabar utusan melaporkan bahawa harga minyak dunia berada di bawah paras 100 dolar setong. Ini adalah julung2 kalinya berlaku dalam tempoh 5 bulan.

kerajaan digesa menurunkan harga minyak dengan segera. ini supaya umat islam khasnya dapat menyambut hari raya dengan lebih baik. kalau tidak, ramai yang akan berkira2 untuk travel menziarahi keluarga dan shbt2 lain.

Pak Lah, Shahril Samad cepat bertindak, jangan lengah2kan lagi..

Wednesday, September 10, 2008

Statement From Blogger

1. This blog has captured many attention since the 1st time it was launched in the end of July 2008
( 5o days back)
2. It has received numerous compliments and critics over the posts written by the blogger.
3. Some agree with it, some dont agree and some just dont like it.
4. It is claimed that this blog should change its approach.
5. As I say. blogger will address current issues that occur. it could be politic if politic happened
to be the current issue on that time.
6. All praises and compliments upon this blog are highly appreciated. All critics, sarcastics and
condemns are considered.
7. thank you.

Gunalah Sabun Mandian Saya

Sudah masuk hari ke-2 tidak bercakap dengan shbt saya ini. Tak taulah apa yang mungkin difikirkannya. Aku tak ada alasan untuk bersikap begini dengan dia. Tidak salah apa pun.
Isu *tutup pintu* tu bukan aku tak tahu siapa punya kerja. Aku tahu siapa. Cuma..ntah la..aku diam semalam hanya sekadar menguji..tidak merajuk pun. tapi dia mungkin tgh pening fikir pasal projek dia. dia pun hanya diam tidak menegur aku.dia sibuk fikirkan hal lain

bila aku terlanjur *diam*, aku menjadi malu untuk menegur shbtku ini. selalu ku kata padanya..*zaman bila mrajuk dengan *&*&*, zmn bukan marah atau benci..tp hati ingt kat *&*&*.
dia hnya diam. mungkin dia sudah fhm..

maafkan aku shbt..tidak mesra dengan anda untuk 2 hari ini. engkau sungguh baik hati. tak ada alasan untuk tidak bercakap dengan anda. sesetengan shbt yang lain, aku ada alasan..tapi anda tiada..

semasa nak gosok gigi dan ambil wuduk tadi, dia ada dalam bilik air..terasa nak tegur je..tapi segan pulak..semakin tak tegur..semakin malu dengan dia..masa tengah asyik basuh kopiah, dia cuba mengambil sabun mandian nyar yang kelihatan sudah kecil saiznya. betul2 kat sebelah aku sabun tu. tak semena-mena sabun yang dah kecil saiznya itu terjatuh dan terpelanting ke lantai tandas. lalu di ambilnya kembali sabun itu..sedih hati aku tengok benda tu..terasa nak cakap "kenapa tak guna sabun zaman je??"

disebabkan malu,aku tidak berani mengatakannya..aku diamkan dalam hati..terasa hendak bergenang air mata melihat shbt begitu..

sampai bila tak nak bercakap dengan dia???

aku berfikir...ini tak boleh berlarutan. dia takde salah denganku.. pagi besok, isnyaAllah jika umurku masih panjang...lepas balik dari masjid..aku akan ziarah ke bilik dia...harap pintu nya tidak *terkunci lagi* seperti tempoh hari....

jika masih terkunci...sukarlah nak baik dengannya....sbb nak berhadap dengannya waktu sudah bangun..malu..baik aku datang kepadanya sewaktu dia sedang tidur...

hrp2 perkara ini dpt aku lakukan esok pagi.
doakan ya.

Tuesday, September 9, 2008

Harga Minyak Mesti Turun Segera


Selaras dengan Janji kerajaan menurunkan harga minyak jika harga bahan bakar itu turun dan kekal di bawah 109 dolar setong, Saya dengan ini menggesa kerajaan Malaysia mengotakan janji itu dengan segera. jangan tangguh2 lagi..jangan tunggu sampai harga minyak buat hal lagi.

Justeru harga bahan makanan, dan tambang bas pun boleh turun sama. Sesungguhnya harga tambang bas sungguh2 membebankan pelajar2 UTP ataupun mana2 IPT lain untuk pulang ke rumah di musim perayaan ini.

Jika benar2 perihatin dengan rakyat, sila berbuat demikian secepatnya. Kurangkan beban rakyat secepat mungkin!!


ihsan :http://politictoday.com/content/view/2011/1/

(AFP) Harga minyak mentah jatuh sehingga menghampiri paras AS$101 (RM348) setong semalam sekali gus menjadikannya harga terendah dalam tempoh lima bulan. Pengeluar minyak terbesar dunia, Arab Saudi menerima baik perkembangan itu tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda untuk mengubah kouta pengeluaran Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC)

"Kami sudah bekerja keras sejak Jun lalu untuk memastikan harga berada pada paras seperti ketika ini.

"Saya fikir semuanya seimbang," kata Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Nuaimi.

Arab Saudi sebelum ini menghadapi tekanan daripada Amerika Syarikat (AS) dan lain-lain negara untuk meningkatkan pengeluaran berikutan harga komoditi itu yang terlalu tinggi sehingga mencecah AS$147 (RM504) setong.

Negara itu juga bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran tambahan sebanyak 500,000 tong sehari bagi mengelak harga terus meningkat.

Sekumpulan penganalisis percaya anggota OPEC akan mengurangkan pengeluaran secara senyap-senyap bagi mengelak sebarang pengurangan harga.

Dasar OPEC menetapkan pengeluaran sebanyak 29.67 juta tong sehari.

Minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Oktober menurun kepada AS$101.27 (RM349.384) dalam dagangan di London semalam.

Panduan Memilih Pasangan

karya di bawah bukanlah galakan untuk anda bercouple, kerana couple itu bukan budaya Islam. tapi sedikit nasihat dalam mencari pasangan hidup. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Pantun Joget memikat
by : ct nurhaliza

Kalau menjerat burung kedidi,
janganlah senja baru ke taman,
kalau memikat idaman hati,
janganlah rupa jadi taruhan.

Kalau ke laut susur gelombang,
jangan kemudi patah sauhnya,
kalau bertaut kasih dan sayang,
jangan diuji dalamnya cinta,
jangan lah jangan di uji cinta.

c/o:
kita berbudi orang merasa dik,
biar sedikit dibawa mati,
kalaulah rupa taruhan jiwa dik,
pudar sedikit berpaling hati.

kalau ingin berkasih,
harus bijak memilih,
tebu teberau tidaklah sama,

kalau jujur bercinta
bijak pilih permata,
hidup bahagia sepanjang masa.

jangan renung apa dikata,
renung niat setulus jiwa,
ini masa sesama kita,
dalam joget budi dan rupa. (2x)

Monday, September 8, 2008

Tanda2 16 September mula kelihatan hari ini

Salam, saya melihat isu2 yang berlaku sejak akhir2ini sebagai memberi kredit kepada pembangkang. Isu pertelingkahan antara parti komponen BN semakin ketara dan membimbangkan.

Hari ini, Parti Gerakan memutuskan hubungan Dengan UMNO Pulau Pinang. MCA juga memutuskan hubungan dengan UMNO bukit bendera hari ini kerana Ahmad degil enggan meminta maaf.Sila baca Utusan Harian hari ini. Ahmad yang kontroversi pula di panggil menghadap Pak Lah kerana suka2 hati buat sidang akhbar mendesak parti Gerakan keluar dari Barisan Nasional (BN). Ahli parlimen pensiangan pula telah di batalkan kemenangannya dan satu pilihan raya kecil bakal dijalankan tidak lama lagi sekiranya rayuan ke Mahkamah Persekutuan di tolak kelak.

Semua ini seolah-olah satu drama bersiri ke arah tumbangnya kerajaan BN tidak lama lagi. Nampaknya lebih mudah untuk Pakatan Rakyat untuk mara kehadapan.

Sunday, September 7, 2008

16 SEPTEMBER: TIADA LAGI RAHSIA

Salam. Lama rasanya tak update blog. tiada isu baru yang menarik hati saya untuk di ulas. Tapi hari ini saya ingin mengulas sekali lagi isu PERALIHAN KERAJAAN PUSAT yang di uar- uarkan berlaku pada 16 September ini.

Tarikh 16 september bukan lagi satu rahsia. Kini seluruh rakyat Malaysia sedang berkira-kira, sedang berteka-teki dan tertunggu-tunggu dengan tarikh keramat ini. Adakah benar2 akan berlaku, ataupun hanya sekadar polemik atau perang saraf DSAI terhadap kerajaan? Namun mengikut bancian yang dibuat akhbar internet KL-Post baru2 ini, 86% yakin Anwar mampu mengubah kerajaan persekutuan pada 16 september ini..menarik bukan?

16 september...semua akhbar sedang rancak bermain dengan isu ini. Tiada lagi rahsia. tak kira apa jenis akhbar pun, baik yang arus perdana mahupun yang arus pembangkang, semua rancak menulis. di satu pihak menafikan, di satu pihak mengiyakan, disatu pihak kata akan menggagalkan namun di satu pihak lagi yakin akan membentuk kerajaan...macam2..

Bukan satu rahsia lagi kerajaan BN sedang takut dan cuak dengan 16 september ini. Berulang2 kali pemimpin2 BN, termasuk PM sendiri cuba menafikan dakwaan ini. Namun kebimbangan terasa jelas bila PM kata dalam parlimen jangan ada mana2 pihak cuba merampas kuasa secara tidak demokratik. apa maksudnya tu? bukankah itu satu tanda bahawa BN sedang terancam?

Tak cukup dengan 16 september, BN dibebankan pula dengan isu perkauman dan ugut mengugut. Ketua UMNO bukit bendera di dakwa telah menghina orang Cina sebagai penumpang. ramai pempin cina yang marah. Gerakan dan ugut nak keluar BN..Pemuda MCA perak pun ugut nak keluar BN juga jika UMNO masih tak berubah..pening kepala Pak Lah rasanya dengan benda2 ni..mana lagi dengan serangan saraf DSAI, belum lagi dengan asakan pertukaran kerajaan pusat..kini BN terpaksa berhadapan pula dengan isu2 dalaman yang parah.

16 september...
time2 macam nilah ahli parlimen BN nak keluar negara? kononnya nak pergi lawatan sambil belajar..tapi rakyat mesti terfikir..ini mungkin usaha terdesak bagi mengelak ahli parlimen BN lompat parti. yela lawatan tu dari 9-17september , tarikh yang sangat kritikal. tapi tak semua yang pegi...tak semua..dalam 70 orang je pegi..antaranya 10 dari sabah..10 dari sarawak..selebihnya dari semenanjung..yang 70 ahli parlimen lain buat apa tak ikut? ada kerja2 lain ke?ke ada apa2 ni...?hehe

ada dua kemungkinan. pertama kemungkinan ahli yang akan meninggalkan BN adalah dari kalangan 70 orang ahli parlimen yang tidak ikut lawatan tersebut..dan mungkin juga mereka yang pergi keluar negara ni..yang 70 orang ini sendiri yang akan lompat parti...saja je berhelah nak keluar negara..ntah2 g luar negara tu nak berjumpa Pakatan Rakyat kot???ada logiknya...

Dari segi Pakatan Rakyat, mereka kini mendakwa cukup2 bersedia untuk tarikh itu. Mereka mendakwa, proses perpindahan ahli parlimen sedang di uruskan dan sedang berjalan lancar..kalau baca paper harini..tajuknya cukup menarik antaranya:

1. Pemimpin Umno panik, larikan ahli parlimen ke luar negara (harakah)
2. List of MPs flying to Taiwan still not finalised (the star)
3. Menuju 16 Sept, pimpinan Pakatan Rakyat adakan mesyuarat hari ini (harakah)
4. BN makin parah, Pemuda MCA Perak gesa keluar parti (harakah)
5. Option of pulling out of BN open (the star)
6.
DAP beri syarat untuk MP BN sertai pakatan pembangkang (bharian)

Thursday, September 4, 2008

Harga Baru Petrol Tak lama lagi : RM 2.40 seliter

Harga minyak mungkin turun lagi 15 sen

ihsan : utusan malaysia

latest news

PUTRAJAYA 4 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga runcit petrol dan diesel boleh diturunkan sebanyak 15 sen menjelang awal bulan depan jika trend harga minyak mentah dunia kekal di bawah paras AS$109 setong.

Wednesday, September 3, 2008

Berita Gembira : Harga Petrol Dijangka Turun lagi Sebelum Raya

ihsan : Utusan Malaysia

Minyak akan turun lagi Sejajar trend penurunan harga global – Shahrir

PUTRAJAYA 3 Sept. – Kerajaan berkemungkinan akan menurunkan lagi harga minyak petrol dan diesel sebelum perayaan Aidilfitri ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Menurutnya, beliau mengharapkan berita gembira itu sepertimana yang diharapkan oleh rakyat sejajar dengan trend penurunan harga minyak global pada masa ini.

‘‘Saya memang seronok melihat harga minyak di pasaran dunia turun walaupun dijangka adanya kekangan berikutan masalah taufan Gustav dan politik di Eropah dan sebagainya.

“Tetapi nampaknya harga minyak di paras yang stabil, dan saya berharap ia akan berterusan stabil dan menurun sedikit sebelum menyambut hari raya nanti, dapat satu berita yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan pelancaran saluran berita internet secara langsung Pertubuhan Berita Nasional, Bernama Web TV oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

Shahrir berkata demikian ketika mengulas mengenai trend harga minyak dunia pada masa ini yang menurun kepada AS$109 setong hari ini berbanding AS$115 setong pada dua minggu lalu.

Ditanya sama ada kerajaan telah menetapkan tarikh untuk mengumumkan harga minyak baru, beliau berkata, daripada segi amalannya, kerajaan telah bersetuju untuk mengambil harga bagi tempoh sebulan.

Bagaimanapun, katanya lagi, pada bulan lalu, kerajaan mengumumkan untuk menurunkan harga minyak lebih awal selepas mengambil kira kenaikan indeks harga pengguna dan sambutan Hari Kemerdekaan pada bulan berkenaan.

“Jadi, Kabinet berasakan mengapa tidak, daripada kita tunggu kerana harga minyak telah turun begitu baik pada paras yang baik, jadi kita memutuskan untuk menurunkan harga minyak pada ketika itu lebih awal daripada sepatutnya.

‘‘Keadaan yang sama dijangka akan berlaku pada bulan ini selepas mengambil kira Hari Raya pun lebih kurang sama tarikhnya (dengan Hari Kemerdekaan),” katanya.

UTP vs UiTM Seri Iskandar malam esok ISU ; RnR

Sama2 turun ke UiTM Seri Iskandar esok malam bagi melihat forum anjuran UiTM
yang bakal mengetengahkan Presiden Rakan Masjid kita, sdr Mohd Hakim sebagai salah seorang ahli panel. Ikuti kepetahan saudara Hakim esok malam, 4 September 2008 bertempat di UiTM Seri Iskandar.
Hadirlah. forum di adakan selepas tarawih.

Isu : RnR = Remaja Dan Ramadhan.

Bila lagi nak turun UiTM, jum turun ramai!!

Tuesday, September 2, 2008

16 SEPTEMBER, JANJI ANWAR UNTUK MALAYSIA BARU

Ihsan : harakah daily

PERMATANG PAUH, 2 Sept (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya akan menurunkan harga petroleum serta membebaskan kesemua mereka yang merengkok dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sekiranya kepimpinan kerajaan bertukar tangan pada 16 September ini.

ULASAN : Pembangkang merancang dengan rapi untuk peralihan ini. Namun kita tidak boleh 100% yakin ia benar2 akan berlaku pada tarikh tersebut. Sebab mereka hanya merancang, Allah menentukan. Mungkin berlaku pada 16 september, atau mungkin delay jika BN bertindak balas. Sama2 tunggu.

Menurutnya, tarikh keramat itu diambil sempena kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Pakatan rakyat memerlukan 30 ahli parlimen berhijrah daripada Barisan Nasional (BN) ke gagasan baru untuk membentuk 'Malaysia Baru' yang lebih bergaya.

Ulasan:

seperti yang dicanangkan kepada kita,pertemuan2 telah dijalankan dengan ahli2 parlimen terbabit. soal beli ahli parlimen tidak timbul kerana perubahan ini adalah untuk kebaikan rakyat,bukan untuk kepentingan peribadi.

"16 September akan tercipta satu lagi lingkaran sejarah negara apabila Malaysia baru dibentuk dengan kemasukan Ahli Parlimen daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Ulasan :

Anwar seolah2 yakin dengan kata2nya, harap ia bukan sekadar omong kosong. Ini dilihat sebagai langkah provokasi untuk mnggusarkan Barisan Nasional.

"Matlamat itu penting demi maruah negara yang telah berkecai ekoran tangan kotor kepimpinan negara yang berkuasa, " jelasnya lantang dalam majlis makan malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

Ulasan :

Adakah matlamat ini matlamat demi kebaikan rakyat? Anwar dilihat begitu bersungguh membantu rakyat. Jika dia benar, moga perjalanan nya di permudahkan.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man dan ramai lagi kepimpinan parti peringkat negeri.

Beliau membidas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta beliau tidak merampas proses demokrasi bagi penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Ulasan :

Adakah demokrasi yang ada sekarang boleh di panggil demokrasi?

Kata Anwar, bagi Abdullah, demokrasi yang ada sudah cukup menyelamatkan negara daripada dijajah kembali.

"Sekarang kita bercakap soal demokrasi yang tempang bukan dijajah. Demokrasi yang ada kini bukan membela rakyat pertengahan dan bawahan tapi saudagar atau kroni terdekat lagipun jika benar demokrasi menjadi teras negara kenapa ramai lagi di bawah ISA, " terang beliau.

Di mana letaknya demokrasi yang dimaksudkan, suara rakyat di sekat, kebebasan akhbar dan kepada individu yang rajin membatu Pakatan Rakyat ditakut-takutkan.

Ulasan :

Saya sokong kenyataan ini

Bagaimana pun bagi rakyat Permatang Pauh segala dakwaan atau fitnah tidak langsung memberi kesan sebaliknya mereka menghadiahkan keputusan yang mengejutkan.

"Umno memang terkejut bilamana mendapati keputusan sebaliknya berlaku. Saya terhutang budi pada pengundi di Permatang Pauh kerana mereka sanggup memberi ruang kepada saya untuk mengubah langskap politik Malaysia," ujarnya. - mr_

Ulasan :

Penduduk permatang pauh bijak politik

CUTI UMUM DI SEMUA NEGERI PAKATAN RAKYAT 16 SEPTEMBER INI

KOTA BHARU, 2 Sept (Hrkh) - Cadangan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya negeri-negeri diterajui Pakatan Rakyat menjadikan 16 September ini sebagai cuti umum turut mendapat sokongan kerajaan Kelantan.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong cadangan supaya dijadikan cuti umum pada tarikh berkenaan di lima negeri Pakatan Rakyat.

Menurutnya, cuti umum wajar diadakan di lima negeri terbabit iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang sebagai menghargai perubahan pemikiran rakyat yang sebelum ini ketagih Barisan Nasional (BN) kepada kerajaan baru.

Menurutnya, cuti berkenaan boleh diterima memandangkan suatu perubahan baru telah diterima rakyat, di mana mereka dapat menerima kehadiran PAS yang memperjuangkan Islam.

"Dulu rakyat ketagih dengan Umno dan BN walau pun rasuah, penculikan dan rogol, bunuh manusia sehingga ada yang menggunakan bom. Ini berlaku di sekeliling mereka. Akhirnya sekarang mereka mulai berubah.

"Lama kelamaan mereka faham dan Permatang Pauh merupakan medan perubahan rakyat kepada perubahan itu," ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti Negeri Kelantan di Dewan Teratai hari ini.

Semalam Anwar yang juga Ketua Umum KeADILan mencadangkan supaya cuti umum diisytiharkan di lima negeri Pakatan Rakyat pada 16 September setiap tahun.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, untuk mengubah fikiran rakyat bukan sesuatu perkara yang mudah kerana ia memerlukan masa yang lama.

"Kita nak ubah pokok kayu boleh, nak ubah bukit pun boleh, tetapi nak ubah pemikiran manusia alang-alang. Jadi saya boleh terima sesuatu benda baru iaitu cuti pada tarikh berkenaan," ujarnya.

Katanya, sebelum ini pelbagai cuti diberi antaranya Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha dan sebagainya, namun dalam masa yang sama perlu juga diwujudkan cuti berhubung perubahan pemikiran rakyat.

Sehubungan itu, beliau berharap pemimpin Pakatan Rakyat di negeri lain juga disaran menyambut baik cadangan tersebut sebagai menghargai perubahan pemikiran rakyat yang kini semakin positif bagi membela nasib mereka. - mj _

ihsan : Harakah Daily

Monday, September 1, 2008

DAP TIADA ALASAN TOLAK GAGASAN NEGARA ISLAM PAS

Salam sejahtera,

sebelum ini kita biasa mendengar bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan memerintah Pulau Pinang dengan adil sebagaimana adilnya khalifah Umar Abdul Aziz. Kata2 begini begitu menarik hati ramai golongan pencinta Islam PAS. Jarang2 kita mendengar kata2 sebegini keluar dari mulut seseorang yang beragama bukan Islam.

Dan Baru2 ini, sempena sambutan Bulan Ramadhan, beliau sekali lagi telah mengeluarkan kata2 manis berkenaan dengan agenda penting Umat Islam dalam dunia ini iaitu : AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR.

beliau dipetik sebagai berkata :

"Sempena bulan puasa ini saya menyeru semua pihak tidak kira apa bangsa dan agama sekali pun marilah kita bersama-sama mengamal ' Amal Makruf Nahi Mungkar' sebagai jalan terbaik untuk atasi gejala moral di negara ini, " tegasnya sewaktu memberikan ucapan sempena Makan Malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang meraikan kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

ULASAN :
1.Amal Makruf Nahi Mungkar adalah tugas utama umat Islam yang dituntut di dalam Alquran yakni dalam Surah Al Imran ayat 104.
2.Kita membuat kesimpulan Lim Guan Eng MENGAKUI bahawa hanya dengan AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR krisis moral dapat dikurangkan.
3.Pemimpin Besar DAP ini telahpun memahami akan prinsip2 utama Islam dan berkemungkinan beliau ada membuat study mengenai Islam kerana tidak pernah mana2 pemimpin DAP yang menyetujui dan akur denga prinsip Islam (setahu saya la..), yang menentang tu banyak la.

Namun yang mengejutkan saya, dalam blog Naib ketua Pemuda PAS pusat,
Us. Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi, beliau memuatkan satu artikel berkenaan ucapan Lim Guan Eng semasa kongres DAP baru2 ini...ringkasan ucapan beliau adalah lebih kurang seperti berikut:

petikan dari blog ustaz nasrudin

Saya tidak hairan apabila Lim Guan Eng kembali menegaskan dasar perjuangan partinya DAP, bahawa mereka menentang keras siapa sahaja yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam sewaktu merasmikan Kongres parti itu baru - baru ini .

Kita sedia maklum sikap DAP dan sikap itulah yang membuatkan DAP memilih untuk keluar dari Barisan Alternatif seketika dahulu

dipetik lagi :

Tapi apa yang menghairankan saya ialah apabila Lim Guan Eng sewaktu merasmikan Kongres Kebangsaan DAP bagi kali ke 15 pada 24 ogos yang lalu telah mengeluarkan kenyataan yang sangat mengelirukan malah menggusarkan saya . Saya tidak tahulah orang lain , apakah mereka juga turut gusar dan bimbang . Tetapi saya terasa kegusarannya .

Bukan kerana ucapannya yang ingin menentang usaha untuk menegakkan Negara Islam oleh mana - mana pihak dan bukan juga kerana sikap anti Negara Islam yang kembali mereka luahkan dalam Kongres baru - baru ini . Kerana itu adalah Kongres mereka dan mereka berhak untuk bercakap apa sahaja tanpa kita berhak untuk campur tangan . Yang ini memang saya sedia maklum dan sedia mengambil langkah berhati - hati sejak dulu .

Tetapi yang menggusarkan saya ialah apabila Lim Guan Eng menyebut dalam sidang akhbarnya selepas itu , bahawa DAP Komited memegang 4 prinsip yang disepakati komponen PAKATAN iaitu salah satunya mengakui Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara sekular .



kita tidak tahu sejauh mana kebenaran kenyataan beliau ini.Kerana PAS tidak pernah dan tidak akan pernah bersetuju dengan the so called prinsip ini.tidak pula kita ada mendengar PKR membuat kenyataan sedemikan rupa. Justeru ust Nasrudin telah menulis dalam ruangan beliau:

Namun saya sangat - sangat berharap agar kenyataan akhbar Lim Guan Eng itu tidak benar dan palsu semata - mata .

Saya sebagai penulis Blog ini, menyeru LIM GUAN ENg agar tidak berdolak dalik dalam hal prinsip ini. Jangan hanya pandai menggula-gulakan umat Islam dengan kenyataan beliau tentang Umar Abdul Aziz ataupun hal Amal Makruf Nahi Mungkar. Apa lagi alasan DAP untuk menolak prinsip negara Islam? bukankah dia sendiri sudah mengakui bahawa Islam adalah penyelesai masalah?bukankah Islam itu adil untuk semua?adakah DAP akan terjejas sekiranya Islam dijadikan asas pemerintahan Malaysia?Adakah masyarakat bukan ISlam akan di aniaya sekiranya Islam di teraju kuasa?

fikir2kanlah............

UMNO DIJANGKA PIKAT GOLONGAN MUDA

di petik dari Utusan Malaysia:

Beliau berkata (Ketua Puteri UMNO Perak, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin)UMNO dan BN perlu berubah pendekatan konservatifnya daripada menggunakan media cetak dan elektronik kepada pendekatan siber untuk mendekatkan diri dengan golongan remaja.

ULASAN :
penggunaan media cetak adalah jauh lebih baik, kerana media cetak mempunyai jangkauan lebih besar dan meluas kepada masyarakat seluruhnya. Namun, kerajaan sendiri telah memusnahkan integriti media cetak dengan membiarkan penyiaran berita berat sebelah yang menyakitkan hati pembaca sehingga mereka beralih kepada media2 alternatif dan blog2.

''Kita perlu menggunakan pendekatan baru ini terutama di era siber ini dan blog merupakan satu lagi media alternatif dalam mendekatkan diri kepada generasi muda.

ULASAN:
blog digunakan secara meluas di Malaysia, terdapat lebih 1/2 juta blog yang aktif di Malaysia, dijangka bilangan itu semakin bertambah sekarang.

''Kita dapati, penggunaan blog-blog ini kini telah dimonopoli oleh pembangkang kerana mungkin memahami kehendak dan keperluan yang mahukan jawapan atau interaksi secara terus," katanya.

ULASAN:
Pihak kerajaan mengakui akn penguasaan pembangkang dalam hal ehwal berblog ini. Rakyat kini dah beralih kepada blog kerana berita yang di sajikan lebih seimbang. Tidak seperti surat kabar dan televisyen

UMNO juga katanya, perlu membentuk sistem 'Kawan-Kawan UMNO' bagi menarik lebih ramai generasi muda terutama di kalangan profesional memahami situasi dan keadaan negara yang berlaku sekarang.

ULASAN: Sistem kawan2 UMNO?? nama ini tak sesuai, kelakar dan tidak matang bunyinya. Macam mana nak tarik minat golongan muda???target golongan profesional pulak tu??saya rasa la, UMNO kini mengalami satu krisis ketidak pecayaan dari golongan muda. Saya merasakan dengan landskap politik negara yang dah berubah ni, adalah terlalu sukar untuk UMNO mengembalikan kepercayaan golongan muda kepadanya. Kecuali jika UMNO benar2 berubah dari segi prinsip dan gerak kerja serta amalan media mereka.

''Sebagai contoh melalui sistem 'Kawan-Kawan UMNO' daripada seorang mungkin boleh menarik 20 kawannya yang lain dan daripada 20 orang ini mungkin boleh menarik 200 orang lain untuk bersimpati dengan parti,'' katanya.

ULASAN: UMNO sekarang menagih simpati golongan muda macam kita. selagi UMNO tak berubah dari segi prinsip perjuangan, daya kempimpinan, amalan demokrasi sihat, keadilan pada semua pihak jangan harap golongan muda akan datang dekat.

RAKYAT MALAYSIA DIMINTA BERSEDIA UNTUK HARGA MINYAK LEBIH MAHAL

Minyak melonjak kembali?

ihsan : utusan malaysia


Sebuah pelantar minyak beroperasi (gambar hiasan).
- Reuters

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Kenaikan harga minyak dunia dijangka kembali menghantui pasaran saham tempatan kerana penurunan yang berlaku lebih sebulan lalu hanya bersifat sementara.

Sehubungan itu, kelegaan yang dirasai oleh rakyat Malaysia, selepas kerajaan mengumumkan pengurangan harga minyak tidak akan berkekalan, kata Pengarah Eksekutif Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazarry Rosli.

Beliau berkata, pasaran meramalkan harga minyak akan melambung semula pada bila-bila masa selepas mengalami pembetulan teknikal.

Katanya, berdasarkan trend penurunan itu, harga bahan bakar itu telah merosot daripada 33 peratus pada awalnya kepada 55 peratus dalam tempoh lebih sebulan lalu.

''Selepas mencecah kejatuhan harga sebanyak 55 peratus, ia dijangka akan naik atau kalau jatuh lagi pun ia hanya akan merosot pada tahap 68 peratus.

''Selepas itu (kejatuhan 68 peratus), harga minyak tidak mungkin susut lagi,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata, kejatuhan harga minyak akibat pembetulan teknikal itu begitu ketara dan sangat tinggi.

Rekod tertinggi harga minyak mentah dunia yang dicatatkan setakat ini ialah AS$147.21 (RM476.96) iaitu pada 11 Julai lalu sebelum menjunam dan berada pada harga semasa sekitar AS$112 (RM379.68) hingga AS$120 (RM406.08) setong.

Mengulas mengenai jangkaan harga minyak apabila bahan api itu kembali melonjak, Nazarry berkata: ''Kemungkinan besar ia mampu mencecah paras AS$147, harga sebelum kejatuhannya''.

Sebelum ini, bank pelaburan, Goldman Sachs meramalkan harga minyak berada di sekitar AS$150 (RM508.50) hingga AS$200 (RM678) setong dalam tempoh 24 bulan selepas berlaku pembetulan teknikal.

Beliau berkata, pasaran tempatan juga tidak menolak harga minyak berupaya melonjak ke paras tersebut kerana spekulasi kenaikan harga komoditi emas hitam itu tetap kukuh.

Saturday, August 30, 2008

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA

Assalamualaikum w.w

Kepada semua muslimin dan muslimat semua, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa di Bulan mulia Ramadhan. semoga kehadiran bulan ini akan memberi seribu satu peluang bagi kita untuk memperbaiki diri seterusnya beramal demi mencari redha Allah.

Saya ingin memohon maaf kepada semua shbt2, kawan2, dan seluruh pembaca andai saya pernah mengguris hati anda semua.

InsyaAllah bertemu lagi dalam waktu yang lain.

sekian.

Friday, August 29, 2008

Anwar mahu sertai semula UMNO - Mahathir

ihsan :http://www.utusan.com.my/

ini adalah buah fikiran dan assumption Tun Dr Mahathir seperti di laporkan surat kbr paling bersih dalam Malaysia.

KLANG 29 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyimpan hasrat untuk menyertai semula UMNO.

Beliau berkata, Anwar berbuat demikian semata-mata mahu memenuhi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

"Saya fikir dia hendak sertai UMNO semula tetapi sama ada UMNO hendak terima dia atau tidak, itu soal lain.

"Kalau hendak sertai UMNO, dia hendak menjadi Perdana Menteri. Kalau hendak menjadi Perdana Menteri, menteri-menteri lain semua kena pergi la (berundur), dengan (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) semua, tidak dapatlah (jadi Perdana Menteri)," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan Ahli Permatang Pauh itu akan menyertai UMNO semula.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Derma Darah Pra-Ramadan anjuran AEON Co. (M) Bhd., Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (Ansara), Utusan Malaysia dan Pusat Darah Negara di sini hari ini

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hasrat Anwar menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir berkata, Anwar tidak akan mencapai cita-citanya itu.

Katanya: "Nauzubillah, minta dijauhkan Allah."

Bagaimanapun secara sinis beliau ingin melihat bagaimana Anwar mahu membentuk kerajaan baru pada 16 September ini.

Dr. Mahathir mengulangi kesediaan menganggotai semula parti itu bagi membantu memulihkan UMNO dengan membawa bersama pemimpin dan ahli yang tersisih selama ini.

Bagaimanapun beliau hanya akan berbuat demikian selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi memegang jawatan itu.

Mengenai pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi Anwar, beliau berkata, mesej rakyat kepada pucuk pimpinan negara begitu jelas.

"Ini termasuk bilangan ahli UMNO yang keluar mengundi adalah amat kecil sekali, ahli UMNO sendiri tidak mengundi," jelasnya.