Tuesday, October 7, 2008

kurang 2 bulan dari sekarang

Salam buat semua shabat pembaca sekalian.

jika di renungkan,tidak sampai 2 bulan untuk saya berada dikampus ini. selepas balik berhari raya, macam-macam perkara yang menunggu di sini. presentation ETP, test-test, assigmnent2, kuiz,project dan pelajaran yang masih banyak tidak difahami.

pada masa yang sama, saya sangat kesuntukan masa untuk bersama sahabat2 saya di sini. masa yang cukup genting ini saya cuba gunakan sebaik mungkin untuk ziarah sahabat2. raya baru sahaja berlalu. bila berada di sini, terasa ingin pulang ke rumah. tetapi bila berada di rumah, rindu sungguh pada sahabat2 dan adik2 di sini.

beberapa hari di UTP ini, alhamdulillah saya dapat ziarah, dan menghabiskan masa bersama2 beberapa orang ahli usrah, yang sememangnya sangat rapat dengan saya. setiap masa yang ada saya gunakan untuk berbicara, untuk bergurau, makan bersama,menyingkap semula kenangan-kenangan lalu, dan mengungkapkan rasa kasih sayang pada mereka..

bagi saya. rasa kasih dan sayang ini sungguh besar ertinya. Betapa agungnya Tuhan, kerana dengan satu rahmat yang dicampakkannya ke alam ini, menyebabkan seluruh makhluk berkasih sayang. bagi saya, sahabat2 adalah anugerah yang cukup BESAR maknanya. Saya bersyukur kepadaNya atas anugerah ini.

saya kadang2 bertanya kepada sahabat, sekiranya Allah mengizinkan ke syurga, sudikah untuk tinggal bersama-sama? kerana saya merasakan, hidup ini penuh dengan pertemuan dan perpisahan. saya sejujurnya tidak sanggup berada jauh dari mereka. kerana mereka adalah satu kebahagiaan bagi saya. sakit sungguh rasanya bila perasaan rindu itu berada dalam hati.

sebab itu saya tidak pernah malu, untuk mengatakan saya rindu,tidak pernah malu untuk berkata sayang. Siapa yang dapat memahami semua ini, jika bukan mereka sendiri. siapa yang mungkin mampu membayangkan kebahagiaan yang ada dalam hati saya.

sahabat, percayalah, apa yang saya ucapkan selama ini adalah benar. percayalah.

anda dihati saya dan akan terus berada di situ.semoga persahabatan terus mewangi.

No comments: