Tuesday, September 2, 2008

16 SEPTEMBER, JANJI ANWAR UNTUK MALAYSIA BARU

Ihsan : harakah daily

PERMATANG PAUH, 2 Sept (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya akan menurunkan harga petroleum serta membebaskan kesemua mereka yang merengkok dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sekiranya kepimpinan kerajaan bertukar tangan pada 16 September ini.

ULASAN : Pembangkang merancang dengan rapi untuk peralihan ini. Namun kita tidak boleh 100% yakin ia benar2 akan berlaku pada tarikh tersebut. Sebab mereka hanya merancang, Allah menentukan. Mungkin berlaku pada 16 september, atau mungkin delay jika BN bertindak balas. Sama2 tunggu.

Menurutnya, tarikh keramat itu diambil sempena kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Pakatan rakyat memerlukan 30 ahli parlimen berhijrah daripada Barisan Nasional (BN) ke gagasan baru untuk membentuk 'Malaysia Baru' yang lebih bergaya.

Ulasan:

seperti yang dicanangkan kepada kita,pertemuan2 telah dijalankan dengan ahli2 parlimen terbabit. soal beli ahli parlimen tidak timbul kerana perubahan ini adalah untuk kebaikan rakyat,bukan untuk kepentingan peribadi.

"16 September akan tercipta satu lagi lingkaran sejarah negara apabila Malaysia baru dibentuk dengan kemasukan Ahli Parlimen daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Ulasan :

Anwar seolah2 yakin dengan kata2nya, harap ia bukan sekadar omong kosong. Ini dilihat sebagai langkah provokasi untuk mnggusarkan Barisan Nasional.

"Matlamat itu penting demi maruah negara yang telah berkecai ekoran tangan kotor kepimpinan negara yang berkuasa, " jelasnya lantang dalam majlis makan malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

Ulasan :

Adakah matlamat ini matlamat demi kebaikan rakyat? Anwar dilihat begitu bersungguh membantu rakyat. Jika dia benar, moga perjalanan nya di permudahkan.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man dan ramai lagi kepimpinan parti peringkat negeri.

Beliau membidas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta beliau tidak merampas proses demokrasi bagi penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Ulasan :

Adakah demokrasi yang ada sekarang boleh di panggil demokrasi?

Kata Anwar, bagi Abdullah, demokrasi yang ada sudah cukup menyelamatkan negara daripada dijajah kembali.

"Sekarang kita bercakap soal demokrasi yang tempang bukan dijajah. Demokrasi yang ada kini bukan membela rakyat pertengahan dan bawahan tapi saudagar atau kroni terdekat lagipun jika benar demokrasi menjadi teras negara kenapa ramai lagi di bawah ISA, " terang beliau.

Di mana letaknya demokrasi yang dimaksudkan, suara rakyat di sekat, kebebasan akhbar dan kepada individu yang rajin membatu Pakatan Rakyat ditakut-takutkan.

Ulasan :

Saya sokong kenyataan ini

Bagaimana pun bagi rakyat Permatang Pauh segala dakwaan atau fitnah tidak langsung memberi kesan sebaliknya mereka menghadiahkan keputusan yang mengejutkan.

"Umno memang terkejut bilamana mendapati keputusan sebaliknya berlaku. Saya terhutang budi pada pengundi di Permatang Pauh kerana mereka sanggup memberi ruang kepada saya untuk mengubah langskap politik Malaysia," ujarnya. - mr_

Ulasan :

Penduduk permatang pauh bijak politik

6 comments:

Hakim Mohd Nor said...

Sesungguhnya, Janji Allah lagi tepat dan benar

muhakim.blogspot.com

Rausyanfikir said...

Sombong a zaman.tak dtg lawat blog aku pun. Ko minat anwar ke? Mehla dtg lawat blog aku.

Servant Of Allah said...

mana sombong. mana blog ko pacak. em. tipula kalau kata ana tak suka anwar.suka tu suka.petah bercakap. bg la address. ana mmg tunggu2 nk baca blog nta.

Abu umar said...

anwar retorik. bina kerajaan gune cara lompat parti. Murahan

Servant Of Allah said...

lompat parti untuk kebaikan rakyat tkpe. Jgn lompat kerana kepentingan peribadi. sapa yang mulakan budaya2 lompat ni sume kalau bukan BN? Dulu kerajaan PAS terengganu 1960-an tumbang sbb ada org lompat ke BN, kerajaa Kelantan hampir tumbang dek kerja2 lompat ni dan kerajaan PBS sabah juga tumbang dahulu tahun 90-an. Siapa yang mulakan? siapa yang murahan?BN atau sapa? kalau BN lompat, anwar pun nk buat sama....sama2 senyap sudahlah...abes criter

Abu umar said...

Tu dia. main ungkit-ungkit...kalo nk ikut kan main ungkit2.. saidina omar pernah bunuh anak die. Hindun pernah makan hati saidina hamzah. Anwar Umno bwk perangai Umno. Main lompat2 sampai tuka kerajaan, tu bukan demokrasi. Bole pulak tuka kerajaan setiap 3 bulan ke 4 bulan ke..kalo mcmtu, dimana kuasa rakyat?????????Anwar da terdesak sgt nk jd PM sampai sanggup menggadai prinsip demokrasi dan meraih simpat non-malay.. Lepas tu kate bukan utk kepentingan peribadi.. ape cite bro...satu family die conquer.. same je mcm pak lah...