Tuesday, September 16, 2008

Anwar Tiada Pilihan

17 September, Tronoh: Penasihat PKR sudah tiada pilihan melainkan mendedahkan nama 31 MP yang dikatakan bakal berhijrah ke Pakatan Rakyat.Penulis blog sdr zaman berkata, Perdana Menteri telah menyatakan keengganan untuk bertemu dengan beliau selagi Anwar tidak mendedahkan kepada umum tentang MP tebabit.

" Anwar tiada pilihan lain" kata beliau sewaktu di temuramah di kediamannya sebentar tadi. "Anwar mungkin ingin memastikan pelan peralihan tersebut berlaku dengan aman tanpa adanya tindak balas ganas seperti penahanan MP dibawah ISA,ugutan dan sebagainya. Namun akhbar telahpun melaporkan bahawa Pak Lah telahpun menafikan bahawa beliau akan menggunakan ISA untuk menghalang penghijrahan ahli parlimen tersebut" tambah beliau lagi.

Semalam Dato Seri Anwar telahpun menghantar surat kepada Perdana Menteri bertujuan untuk berjumpa membincangkan pelan peralihan secara aman. Pak Lah mengakui beliau telah menerima surat tersebut namun ia hanya berkisar hal semasa dalam negara.

Saudara Zaman meminta Dato Seri Anwar untuk memikirkan cara yang terbaik untuk peralihan kuasa tersebut. Walaupun ramai rakyat Malaysia menanti-nantikan perubahan,namun beliau yakin isu-isu peralihan kuasa ini banyak menganggu rakyat bawahan."ekonomi kita terjejas kerana perebutan kuasa ini. Jika ternyata ini lebih banyak membawa keburukan kepada negara,adalah lebih baik anwar tunggu saja pilihan raya yang ke-13 nanti" ujarnya ringkas.

Beliau menggesa Dato Seri Anwar perlu memperkasa suara pembangkang di parlimen demi membela nasib rakyat. BN pula mestilah berusaha bersungguh sungguh demi rakyat jika masih berdegil untuk terus berkuasa. Beliau mengulangi pandangan beliau bahawa, jika BN tidak juga mahu berubah, maka telah tiba masanya kuasa itu di serahkan pada mereka yang mampu.

"banyak perubahan yang perlu dilakukan oleh BN. rakyat sudah hilang keyakinan dengannya. Susah rasanya rakyat hendak percaya kembali dengan parti ini melainkan berlaku reformasi besar-besaran dalam BN ke arah yang lebih diyakini rakyat" ujarnya yakin.

No comments: