Tuesday, November 4, 2008

Lama Tak Menulis : Berita Terbaru

Salam sejahtera.

lama rasanya tak menulis di sini. baru habis test Econ tadi petang. susah sangat rasanya. sakit kepala nak jawap. tak apalah. dah lepas dah pun. sekarang menunjukkan pukul 3 pagi. saya baru sahaja balik dari menyiapkan projek PPD bersama teman-teman group. Mizah,Kudah,Mawi dan amar..memang best group kami..tak kering gusi di buatnya..

mungkin ramai yg ingin tahu perkembangan terbaru saya. sebenarnya tidak ada apa2 yg penting.
cuma sejak dua tiga hari ni, rasa sedikit tidak dipedulikan oleh shbt2/adik2..saya sejak dua tiga hari ni rasa agak sedih sedikit. bukan sedikit..banyak..

saya dapat rasakan saya seolah2 tidak dipedulikan. saya tak nak sebut siapa..tapi besar kemungkinan shbt/adik saya tu tak kan baca post ni..dia tak kan tahu. die shbt,kenalan jan08 yang sangat rapat dengan saya..lebih rapat berbanding sesetengah ahli usrah saya...ada diantara sahabat mungkin mengenalinya..saya hanya berjumpa dengan dia di masjid..disitulah ukhuwwah bertamu..disitulah ukhuwwah terbina..waktu selepas subuh, secebis waktu selepas asar itulah yang saya gunakan untuk bercakap2 dengan beliau.

tapi entah mengapa..semenjak qiyyam jumaat lepas, saya merasakan (tak taulah mungkin ini hanya perasaan saya)..saya merasakan dia mcm tak suka saya lagi..iyalah..sejak beberapa minggu,dia tak balas dah mesej bila saya ada mesej..kadang2 jumpa dimasjid rasa mcm saya tak dihiraukan sangat.

saya rindu kt adik saya tu. nak sangat jumpa..nak sangat cakap. tapi sejak saya rasa diketepikan, saya rasa cukup sedih dan cuba mengelak berjumpa dengan dia..saya ada luahkan rasa sedih saya pada adik2 saya yang lain..yang kebetulan shbt2 dia juga..dengan harapan akan sampai ke pengetahuannya. tapi ntah kenapa..tiada apa2 yang berlaku sampai hari ini..

saya sebenarnya ramai sahabat2 dan adik2 usrah atau kenalan yang saya sgt rapat di UTP ni..alhamdulillah ukhuwwah kami baik.mesra. shbt2 saya mesti tahu makna kata2 saya..tapi jika saya mengalami masalah seperti ini..saya rasa cukup sedih..seolah2 saya tidak ada sesiapa dah dalam UTP ni..walaupun hakikatnya saya masih ramai shbt2 karib untuk menjadi tempat mengadu..

rasa cukup sunyi..bila dtg masjid..saya nampak dia solat. tapi saya tak mampu nak dtg dekat dan mesra seperti dulu. hati rindu..tapi apa daya..sudah ada rasa malu untuk bertemu dia. siang tadi, saya bermimpi dia. dia hanya berkata "maaf". itu saja.

saya rasa tak puas dengan hanya perkataan "maaf". saya perlukan penjelasan panjang lebar kenapa ini berlaku.

tak sampai lagi sebulan berada disini..tak tahulah, mungkin ini 'hadiah' untuk saya sebelum meninggalkan UTP.

No comments: