sebelum ini kita biasa mendengar bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan memerintah Pulau Pinang dengan adil sebagaimana adilnya khalifah Umar Abdul Aziz. Kata2 begini begitu menarik hati ramai golongan pencinta Islam PAS. Jarang2 kita mendengar kata2 sebegini keluar dari mulut seseorang yang beragama bukan Islam.
Dan Baru2 ini, sempena sambutan Bulan Ramadhan, beliau sekali lagi telah mengeluarkan kata2 manis berkenaan dengan agenda penting Umat Islam dalam dunia ini iaitu : AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR.
beliau dipetik sebagai berkata :
"Sempena bulan puasa ini saya menyeru semua pihak tidak kira apa bangsa dan agama sekali pun marilah kita bersama-sama mengamal ' Amal Makruf Nahi Mungkar' sebagai jalan terbaik untuk atasi gejala moral di negara ini, " tegasnya sewaktu memberikan ucapan sempena Makan Malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang meraikan kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.
ULASAN :
1.Amal Makruf Nahi Mungkar adalah tugas utama umat Islam yang dituntut di dalam Alquran yakni dalam Surah Al Imran ayat 104.
2.Kita membuat kesimpulan Lim Guan Eng MENGAKUI bahawa hanya dengan AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR krisis moral dapat dikurangkan.
3.Pemimpin Besar DAP ini telahpun memahami akan prinsip2 utama Islam dan berkemungkinan beliau ada membuat study mengenai Islam kerana tidak pernah mana2 pemimpin DAP yang menyetujui dan akur denga prinsip Islam (setahu saya la..), yang menentang tu banyak la.
Namun yang mengejutkan saya, dalam blog Naib ketua Pemuda PAS pusat,Us. Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi, beliau memuatkan satu artikel berkenaan ucapan Lim Guan Eng semasa kongres DAP baru2 ini...ringkasan ucapan beliau adalah lebih kurang seperti berikut:
petikan dari blog ustaz nasrudin
Saya tidak hairan apabila Lim Guan Eng kembali menegaskan dasar perjuangan partinya DAP, bahawa mereka menentang keras siapa sahaja yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam sewaktu merasmikan Kongres parti itu baru - baru ini .
dipetik lagi :
Tapi apa yang menghairankan saya ialah apabila Lim Guan Eng sewaktu merasmikan Kongres Kebangsaan DAP bagi kali ke 15 pada 24 ogos yang lalu telah mengeluarkan kenyataan yang sangat mengelirukan malah menggusarkan saya . Saya tidak tahulah orang lain , apakah mereka juga turut gusar dan bimbang . Tetapi saya terasa kegusarannya .
Bukan kerana ucapannya yang ingin menentang usaha untuk menegakkan Negara Islam oleh mana - mana pihak dan bukan juga kerana sikap anti Negara Islam yang kembali mereka luahkan dalam Kongres baru - baru ini . Kerana itu adalah Kongres mereka dan mereka berhak untuk bercakap apa sahaja tanpa kita berhak untuk campur tangan . Yang ini memang saya sedia maklum dan sedia mengambil langkah berhati - hati sejak dulu .
Tetapi yang menggusarkan saya ialah apabila Lim Guan Eng menyebut dalam sidang akhbarnya selepas itu , bahawa DAP Komited memegang 4 prinsip yang disepakati komponen PAKATAN iaitu salah satunya mengakui Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara sekular .
kita tidak tahu sejauh mana kebenaran kenyataan beliau ini.Kerana PAS tidak pernah dan tidak akan pernah bersetuju dengan the so called prinsip ini.tidak pula kita ada mendengar PKR membuat kenyataan sedemikan rupa. Justeru ust Nasrudin telah menulis dalam ruangan beliau:
Namun saya sangat - sangat berharap agar kenyataan akhbar Lim Guan Eng itu tidak benar dan palsu semata - mata .
Saya sebagai penulis Blog ini, menyeru LIM GUAN ENg agar tidak berdolak dalik dalam hal prinsip ini. Jangan hanya pandai menggula-gulakan umat Islam dengan kenyataan beliau tentang Umar Abdul Aziz ataupun hal Amal Makruf Nahi Mungkar. Apa lagi alasan DAP untuk menolak prinsip negara Islam? bukankah dia sendiri sudah mengakui bahawa Islam adalah penyelesai masalah?bukankah Islam itu adil untuk semua?adakah DAP akan terjejas sekiranya Islam dijadikan asas pemerintahan Malaysia?Adakah masyarakat bukan ISlam akan di aniaya sekiranya Islam di teraju kuasa?
fikir2kanlah............
7 comments:
now u come out with this topic...
Tu la, sape suruh undi DAP. Pastu si anwar liwat tu bole plak setuju.
si abu berkata:
*si anwar liwat tu*
jg lidah anda. kalau tak suka pun jgn panggil orang dgn gelaran yg buruk. Buruk padahnya
bak kata pepatah:
kerana pulut antan binasa, kerana mulut badan binasa.
sedara abu...
jage kata2 tu..
biar brlapis...
ssguhnya islam pon x suke sesama umat mggelarkan ssuatu yg buruk sesama sndiri...
laen kali berhati2 ble nk kuar kan sesuatu.~
saudara abu?
sapa suruh undi DAP? awak ni kata awak ni penyokong PAS, tapi masih lagi bertanya2 kenapa undi DAP.sebagai penyokong dan pendokong PAS, awak faham tak apa itu tahalluf siyasi?awak mesti tahu.
g tnya ustaz pasal tahalluf siyasi tu apa?
saya malas nk terang panjang2
Ek ele.. Anwar blom lagi pun dibuktikan x bersalah.. So die dlm tuduhan liwat.. Suspek "LIWAT!!"..sokong la org ni.. sokong...
wahai saudara abu... kadang2 diam lebih baik dri berkata2.. kan dah kata tak selesai lagi kes nie... kite blom tahu lagi btul kew die buat keje tu.. kata2 anta itu boleh mnjadi fitnah... lainlah kalau anta yakin DSAI ini peliwat...
Post a Comment