Sunday, January 4, 2009

Kepada Sahabat yang berkenaan..

Pertamanya, aku ingin mengucapkan terima kasih kerana selama ini, engkau sudi bersahabat dengan aku. Engkau sahabat yang baik. Aku mengakuinya.Namun sungguh malang engkau mendapat teman yang tidak begitu baik. itulah aku.

aku tahu,engkau banyak bersabar dengan sikap aku. dan aku tahu engkau kadang2 malu. aku tahu engkau banyak mengalah atas sebarang masalah yang timbul dengan aku.bila konflik berlaku,engkau banyak mengalah. aku tidak berlapang dada. aku diam dan terus diam.

cuma kadang2 aku kecewa. engkau sahabat baik aku. sudah lama kenal. tapi engkau tidak faham aku. mungkin aku juga tidak faham engkau.

tetapi hari ini, aku ingin menyalahkan diriku SEPENUHNYA atas apa yang berlaku. engkau sudah berubah. aku tahu engkau telah BANYAK KALI beralah, dan memberi ruang untuk berbaik. tapi aku lupa. perhubungan kita banyak konflik. masing2 ada ego yang cuba dipertahankan.

aku mengaku, aku terganggu dengan apa yang engkau beritahu aku (msg). hati aku hancur. tapi kemudian aku berfikir. aku tidak boleh memaksa.

jadi aku terpaksa menerima, apa yang kau beritahu aku. aku sudah hilang engkau sebagai sahabat. maaf jika aku berubah kelak. kita tak mungkin seperti dulu (itu yang engkau mahukan ,bukan?).

jadi kelak, jika aku bersikap lain, abaikan aku. beri aku masa untuk melupakan semua ini. semua yang berlaku. aku ingin mengikis sesuatu dari hati aku. engkau tahu sikap aku bila aku kecewa. jadi abaikan aku kelak jika engkau melihat aku begini.

aku minta maaf andai semua ini adalah kesalahanku.

No comments: