Sunday, June 28, 2009

ASSALAMUALAIKUM W.W

Apa khabar wahai pembaca sekalian?sehat?saya doakan anda semua sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t. Lama dah rasanya saya tak update blog saya ni. mesti ramai yang tertunggu tunggu post post terbaru. betul tak? (perasan)

Saudara,

kalau saudara nak tau,ini adalah minggu terakhir saya berpraktikal. selepas ni saya akan pulang ke kampus semula. tapi, tulah, dikampus nanti banyak cabaran yang bakal menunggu saya. saya gusar, bimbang kalau kalau saya tidak cukup kuat menempuh semua itu.

MICHAEL JACKSON

saya sungguh terkejut mendengar berita kematian penyanyi ini. saya minat dia. saya selalu teringat ingat lagu dan tariannya. Beliau sudah memeluk Islam tahun lepas atas
bimbingan abangnya yang sudahpun islam selama 2 dekad.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa dosanya. Semoga Allah menerima beliau kedalam lembayung rahmat-Nya.

MANIK URAI

saya tak berapa follow sangat politik nasional untuk dua tiga hari ini, tapi dari apa yang saya baca skrg, bahang pilihanraya kecil MU makin terasa. kedua dua parti sudah menamakan calon mereka. PAS menampilkan seorang pemborong ikan, UMNO pula menampilkan pengerusi KESEDAR.

Sebagai kubu kuat, PAS tidak menghadapi masalah besar untuk menang lagi di situ. lagipun, orang kelantan ini sangat bijak berpolitik. Najib sendiri mengakui laluan UMNO sukar disana, namun masih memberi harapan untuk menang. Good Luck UMNO. (sindir)

DEBAT NIK AZIZ vs NAJIB

bagusnya kalau jadi kenyataan. siar secara langsung di tv9. macam debat minyak yang dulu2 tu. saya boleh jamin satu Malaya akan tengok. tapi saya yakin Najib dan UMNO tak kan berani. caya lah.

JUMPA DIKAMPUS

oklah, sahabat2 pembaca, jumpa anda semua nanti ya dikampus. tata.

Monday, June 22, 2009

PAKATAN SAYS 'NO TO UNITY GOVERNMENT'

hari ini, majlis tertinggi pakatan rakyat telah bermesyuarat bagi membincangkan
dengan panjang lebar desas desus 'kerajaan perpaduan' yang digembar gemburkan
media beberapa minggu ini.

pimpinan Pas, Dap dan Keadilan sebulat suara 'menolak' idea kerajaan perpaduan
ini. idea ini dianggap sebagai 'fitnah' yang bertujuan meretakkan hubungan parti
pakatan pembangkang.

justerus, pakatan rakyat akan terus memperkukuh barisan mereka dan membuat perse
diaan untuk pilihanraya ke-13 seterusnya menawan kerajaan pusat. seluruh penyokong
dan pendokong Pas dan juga pakatan pembangkang kini boleh menarik nafas lega kerana
isu unity government ini dianggap 'sudah selesai'

penulis

Thursday, June 18, 2009

PERKEMBANGAN KINI

MAAF

penulis memohon maaf kerana membiarkan blog ini tanpa update. bukan sibuk
mungkin tiada hasrat untuk menulis sebelum ini.

INTERNSHIP

insyaAllah, penulis akan tamat sesi praktikal pada 6 july depan, kira kira 1/2
bulan dari sekarang. penulis berhasrat untuk pulang awal ke kampus, seawal 11 july
bagi mempersiapkan diri untuk semester depan. Kepada semua kenalan, selamat bertemu
kembali.

KERAJAAN PERPADUAN

penulis tiada kapasiti bercakap soal ini. tiada hasrat untuk menghentam mana mana
pihak. memang isu ini sedang hangat diperkatakan. namun, adakah rakyat benar benar
faham dengan lontaran idea ini?
Mungkin idea ini sebenarnya bagus. tapi biasalah, benda baru mmg orang susah nak
fhm. mungkin kebencian rakyat pada umno masih kuat, sebab itulah sebarang usaha
perundingan dengan umno, walaupun tidak bermaksud apa apa, akan di kira macam nak
bergabung.
jadi mungkin rakyat belum bersedia. apapun. pesanan penulis yang daif ini, sama sama
lah kita berwaspada dengan musuh yang cuba merosak dan memecah kesatuan dalam Pas
mahupun Pakatan.

Wednesday, June 10, 2009

ku Maafkan

Manusia dan kesilapan, itu adalah biasa. Melakukan kesalahan itulah yang membezakan kita dengan Tuhan yang mencipta. kita siapa untuk sentiasa betul? Atas dasar ini, aku perlu rasional dalam menilai manusia. Justeru, aku memilih untuk melupakan apa yang berlaku. Walaupun ia perit namun itu lebih baik.

Harap apa yang berlaku akan menjadi pengajaran kepada diri sendiri dan orang lain. harapanku agar ini akan mengeratkan lagi ukhuwwah yang ada. Walaupun hati masih luka, harapanku ia akan beransur baik.

semua ini telahku harungi,
kepahitan rasa bukan untuk selamanya,
kesabaran menguatkan jiwaku,
demi menempuh hidup,
ke akhir waktu....

Tuesday, June 9, 2009

MAMPUKAH UNTUK KU MEMAAFKANNYA?

Hp ku tiba2 bergetar. ada satu mesej diterima.Aku rasa aku kenal siapa penghantarnya.
mesej ini berisi ungkapan maaf. walaupun sudah "bertahun tahun" lamanya dia tak mengirim sebarang berita. akhirnya malam ini dia "terlintas" untuk berbuat demikian.

maaf dan kesal. inilah yang biasa diungkapkan oleh manusia. hakikatnya hatiku telah lama mati kerananya.dia insan yg paling istimewa buatku. tapi itu dulu. ingatan padanya memenuhi setiap inci ruang hatiku ini.

tidakkah dia tahu hatiku sudah hancur.aku tidak pernah merasa kecewa seperti ini. bkn kecewa kerana dia tidak menghantar pesanan padaku. hatiku hancur kerana diriku dibiarkan mati menunggu jawapan. hatiku kecewa kerana dalam hidupnya yg sangat "sibuk" itu, tidak wujud langsung satu ruang utk berkata "nnti sy msj balik".

berminggu minggu aku hidup kecewa. hatiku kosong.berminggu minggu aku bertarung melawan fikiran jahatku. berminggu aku memujuk hatiku. berminggu aku hidup tertunggu tunggu. tidakkah dia sedar semua ini.

ye. dia sibuk mungkin. sibuk melayani pelajar2 baru. sibuk bekerja untuk memenangi hati2 adik adik baru. aku harap dia berjaya memenangi hati ramai orang disana. aku rasa itu berbaloi. dia menang hati ramai orang dan hanya perlu hilang hati seorang manusia sahaja. itulah aku.

maaf. aku tak tahu apa harus aku lakukan. aku tidak marah padanya. hatiku kecewa. tidak prnah rasa kecewa seperti ini. maafkan aku.aku tidak pernah membenci. cuma apa yang berlaku telah mengikis segala rasa yg ada dalam hatiku.

jika dulu aku rindu, kini aku tak mampu lagi.
jika dulu aku sayang, kini ia tiada lagi.

Tuesday, June 2, 2009

BERITA TERBARU

berkenaan dengan internship, semalam saya telah menjalani oral presentation. Ia dinilai oleh 2 orang SV, satu dari UTP seorang lagi sv tempat kerja saya. Alhamdulillah segalanya lancar. sekarang saya rasa lega dan boleh relaks. Sekarang yang tinggal hanya final report (insyaAllah 90% siap) dan weekly report untuk beberapa minggu lagi.

Semester depan, saya insyaAllah akan major dalam PE. Saya agak BZ untuk sem depan kerana terpaksa ambil 21 jam kredit, 8 subjek. gila kan. sejak akhir akhir ni saya selalu pergi kuantan.jumaat,sabtu dan ahad ni pulak saya akan ke Kuala Lumpur bertemu sahabat sahabat dan sambil sambil tu nak tengok apa cerita muktamar PAS disana. pemerhati la katakan.

Masa untuk pulang ke kampus semakin hampir.banyak persediaan yang perlu dilakukan. mental dan fizikal. bila dah nak habis praktikal, baru terasa yang waktu praktikal ni best jugak sebenarnya. selain waktu kerja, kita bebas hendak kemana mana, aktiviti
memang seronok. berjalan sakan.

Sekarang saya dah kurang sedih. Maaf post saya banyak yg sedih sebelum ni. Sekarang kesedihan sudah reda, kecewa sudah pergi. Sekarang masa untuk bergembira. Biarlah 'dia' dengan kesibukannya. Biarlah 'mereka semua' tak nak keep in touch pun biarlah.
saya dah tak peduli. memang itu sikap mereka. terpulang pada mereka untuk mahu mengekalkan kemanisan persahabatan atau membiarkannya layu,hambar dan terbang ditiup angin.

walau apapun alasan yang diberi, biarlah..itu keadaan mereka. Saya selama ni insyaallah tak pernah guna alasan 'sibuk' untuk tidak menghubungi mereka yg rpt.
takpelah...maafkanlah mereka.

ok...siap sedia untuk menggantikan UMNO dgn PAS. siap siaga untuk mempertahankan Manik Urai. UMNO jangan mimpi nak menang!!!

Monday, June 1, 2009

Samson - BUKAN DIRIKU

Setelah kupahami ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu
Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah yang mengerti kamu
Bukanlah diriku ..

Kini maafkanlah aku
Bila aku menjadi bisu kepada dirimu
Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas ‘tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku..

Chorus :
Walau ku masih mencintaimu
Ku harus meninggalkanmu
Ku harus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Ku harus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku

Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang ramah menyentuhmu
Bukanlah diriku..