Tuesday, June 9, 2009

MAMPUKAH UNTUK KU MEMAAFKANNYA?

Hp ku tiba2 bergetar. ada satu mesej diterima.Aku rasa aku kenal siapa penghantarnya.
mesej ini berisi ungkapan maaf. walaupun sudah "bertahun tahun" lamanya dia tak mengirim sebarang berita. akhirnya malam ini dia "terlintas" untuk berbuat demikian.

maaf dan kesal. inilah yang biasa diungkapkan oleh manusia. hakikatnya hatiku telah lama mati kerananya.dia insan yg paling istimewa buatku. tapi itu dulu. ingatan padanya memenuhi setiap inci ruang hatiku ini.

tidakkah dia tahu hatiku sudah hancur.aku tidak pernah merasa kecewa seperti ini. bkn kecewa kerana dia tidak menghantar pesanan padaku. hatiku hancur kerana diriku dibiarkan mati menunggu jawapan. hatiku kecewa kerana dalam hidupnya yg sangat "sibuk" itu, tidak wujud langsung satu ruang utk berkata "nnti sy msj balik".

berminggu minggu aku hidup kecewa. hatiku kosong.berminggu minggu aku bertarung melawan fikiran jahatku. berminggu aku memujuk hatiku. berminggu aku hidup tertunggu tunggu. tidakkah dia sedar semua ini.

ye. dia sibuk mungkin. sibuk melayani pelajar2 baru. sibuk bekerja untuk memenangi hati2 adik adik baru. aku harap dia berjaya memenangi hati ramai orang disana. aku rasa itu berbaloi. dia menang hati ramai orang dan hanya perlu hilang hati seorang manusia sahaja. itulah aku.

maaf. aku tak tahu apa harus aku lakukan. aku tidak marah padanya. hatiku kecewa. tidak prnah rasa kecewa seperti ini. maafkan aku.aku tidak pernah membenci. cuma apa yang berlaku telah mengikis segala rasa yg ada dalam hatiku.

jika dulu aku rindu, kini aku tak mampu lagi.
jika dulu aku sayang, kini ia tiada lagi.

1 comment:

sarah.sofea said...
This comment has been removed by the author.