Tuesday, June 2, 2009

BERITA TERBARU

berkenaan dengan internship, semalam saya telah menjalani oral presentation. Ia dinilai oleh 2 orang SV, satu dari UTP seorang lagi sv tempat kerja saya. Alhamdulillah segalanya lancar. sekarang saya rasa lega dan boleh relaks. Sekarang yang tinggal hanya final report (insyaAllah 90% siap) dan weekly report untuk beberapa minggu lagi.

Semester depan, saya insyaAllah akan major dalam PE. Saya agak BZ untuk sem depan kerana terpaksa ambil 21 jam kredit, 8 subjek. gila kan. sejak akhir akhir ni saya selalu pergi kuantan.jumaat,sabtu dan ahad ni pulak saya akan ke Kuala Lumpur bertemu sahabat sahabat dan sambil sambil tu nak tengok apa cerita muktamar PAS disana. pemerhati la katakan.

Masa untuk pulang ke kampus semakin hampir.banyak persediaan yang perlu dilakukan. mental dan fizikal. bila dah nak habis praktikal, baru terasa yang waktu praktikal ni best jugak sebenarnya. selain waktu kerja, kita bebas hendak kemana mana, aktiviti
memang seronok. berjalan sakan.

Sekarang saya dah kurang sedih. Maaf post saya banyak yg sedih sebelum ni. Sekarang kesedihan sudah reda, kecewa sudah pergi. Sekarang masa untuk bergembira. Biarlah 'dia' dengan kesibukannya. Biarlah 'mereka semua' tak nak keep in touch pun biarlah.
saya dah tak peduli. memang itu sikap mereka. terpulang pada mereka untuk mahu mengekalkan kemanisan persahabatan atau membiarkannya layu,hambar dan terbang ditiup angin.

walau apapun alasan yang diberi, biarlah..itu keadaan mereka. Saya selama ni insyaallah tak pernah guna alasan 'sibuk' untuk tidak menghubungi mereka yg rpt.
takpelah...maafkanlah mereka.

ok...siap sedia untuk menggantikan UMNO dgn PAS. siap siaga untuk mempertahankan Manik Urai. UMNO jangan mimpi nak menang!!!

No comments: