Thursday, August 13, 2009

APA NAK JADI DENGAN UTP

Saya terpanggil untuk respons dengan keputusan pihak universiti menggugurkan
keberadaan minggu study week utk semester ini. Saya tidak bersetuju dan
berpendirian bahawa keputusan ini adalah keputusan yang paling tidak bijak
pernah dibuat oleh universiti.

study week adalah waktu bertenang yang sangat diperlukan oleh semua warga kampus.
inilah masa untuk recap segala macam hal. waktu inilah tahap kerajinan student meningkat tinggi. dan tidak boleh dinafikan study week adalah waktu yg meriah bagi
seluruh warga mentelaah pelajaran.

pihak pentadbiran universiti sepatutnya berfikir selari dengan kehendak dan keperluan
student. cuba letakkan kaki mereka dalam kasut kasut kita semua.banyak lagi option lain yg boleh diguna pakai oleh mereka. saya mencadangkan agar cuti akhir sem dikurangkan seminggu.

cuti akhir sem kita terlalu lama. 6 minggu. cuti lama lama sangat pun tak bagus. ramai yang saya rasa akan bosan. kalau tidakpun, minta lecturer buat kelas ganti sebagaimana biasanya. bukannya banyak sangat.

bg pelajar2 tahun akhir, waktu waktu menjelang study week adalah waktu paling horror utk menyiapkan segala project fyp, fydp dan macam macam presentation. stdy week lah masa yang paling sesuai utk bertenang dan mengulangkaji.

dah la dengar ceriternya cm akan dinaikkan ke 3.0. ini adalah dari sumber sumber yang dekat dengan management. bukankah tindakan meniadakan study week ini satu tindakan yang zalim? apa akan jadi pada student student ini nanti?mampukan student yang cm untuk recover sem ini?

banyak kesan buruk yang dijangka berlaku dengan tiadanya study week. justeru saya mendesak MPP membuat desakan kepada pihak pengurusan kampus untuk memikirkan semula keputusan ini.

Kami sebagai pengundi yang telah memberi undi kepada kalian menuntut supaya hak student dikembalikan semula. Jika perkara ini pun tidak mampu dilakukan oleh MPP, kami akan berfikir dua kali untuk mengundi kalian semula.

penulis