Sunday, August 17, 2008

Gempar!!Cubaan Menghina Ramadhan Discovery

salam
tarikh:17ogos2008
masa:10.15malam
tempat:laluan ke LH

pd detail2 tersebut, ana n 2 org sahabat ana tlh melihat sesuatu yg
mengaibkan event kite...

pd poster RD( susunan huruf Ramadhan Discovery) tlh berlaku perubahn yg
menyebabkan ktorg naik marah...of kos klu korang sume tgk,msti marah
gak...
ps;mtak maaf cz xdpt amik gambar....

ape yg berlaku?
de pihak yg xbtgjwb telah memperlekeh kewibaan bulan mulia(bulan Ramadhan)
dgn menukar words RAMADHAN DISCOVERY kepada RAMADHAN VERY
DISCO...istighfar...

so, event kte sbnrnye sedang diperhatikan...moga kte sume warga RD
berhati2...dan MT amik tindakan...ini mungkin satu tindakan provokasi pihak2 tertentu. Masih ingat apa yang berlaku kepada Event H4i? janganlah perkara bodoh ini berlaku lagi...

sape le manusia tuuu...
sampai bgtu skali...

so,akhir kata ana nk mtak maaf skirenye de terkasar bhs n perbuatan..
salam

ps:
knape le event y islamik n mbawa kearah kebaikan mjadi sasaran...?
wallahualam...
sori cz xdpt amik gambar...

ihsan dari:

juniorcat for RamadhanCrew.

Harga minyak dijangka jatuh. Anwar tak perlu susah2 turunkan harga minyak??

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Harga minyak mentah global yang mencatatkan trend penurunan hampir sebulan diramalkan terus susut sebanyak 10 peratus untuk berada pada harga antara AS$90 (RM300) hingga AS$100 (RM334) setong dalam tempoh terdekat ini.

Ketua Penyelidikan Jupiter Securities Sdn. Bhd., Pong Teng Siew berkata, punca utama penurunan harga minyak global itu disebabkan oleh kelembapan ekonomi di Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan China.

So, if minyak turun dan kerajaan Malaysia turunkan harga minyak, nampaknya Dato Seri Anwar kena cari POINT lain lah ni untuk ambil alih pemerintahan Malaysia...heheh


Ihsan dari :Utusan Malaysia

Duit Saya Hilang Rm 10 Ribu.....

Pernah kehilangan wang rm 10 ribu? kalau tanya saya..saya tak pernah lagi..MEMILIKI duit sebanyak itu pun belum ada..
Kalaulah ada duit banyak tu, then hilang...alamat menangis siang malam tak henti2 la jawapnyer..yelah..banyak tu..2tahun keje di pusat tusyen baru boleh dapat banyak tu..huhu

Tapi demi mempertahankan yang hak dan mengelakkan penipuan pihak musuh, seorang hamba Allah bernama Dr Mansor Othman, yang merupakan ahli majlis tertinggi Parti keadilan mendaftar diri sebagai calon bebas dalam penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam. Ini merupakan satu strategi KeADILan dalam menghadapi taktik jahat Umno.




"Sebab pihak parti bimbang percalonan Dato' Seri Anwar akan ditolak kerana kita tahu Umno akan menggunakan pelbagai cara bagi membatalkan percalonan beliau," kata Dr Mansor dalam sidang media bersama Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar di Yayasan Aman sebentar tadi.

Jika Dato' Seri Anwar ditolak percalonannya semalam, Dr Mansor akan bertanding sebagai calon bebas dan ini dapat mengelak daripada memberi kemenangan percuma kepada pihak Barisan Nasional (BN).

Dalam proses penamaan calon semalam, pihak penyokong dan ahli Pakatan Rakyat terutama dari KeADILan terkejut dengan tindakan Dr Mansor yang juga merupakan ahli KeADILan turut sama mengemukakan permohonan sebagai calon yang menentang Dato' Seri Anwar.

Namun, Dr Mansor menarik semula percalonannya selepas proses penamaan calon tamat sekitar pukul 10 pagi. ini menyebabkan beliau kehilangan wang deposit RM10 ribu dengan serta merta.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Dato' Seri Anwar dari Parti KeADILan Rakyat, Dato' Arif Shah dari BN dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Islam Malaysia.

ihsan dari:

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016496&Itemid=100


Saturday, August 16, 2008

Pandangan Ulama /tokoh tentang Sumpah Laknat Saiful

YB Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang (ulama)
  • seorang ulama yang dipanggil Tuan Guru.
  • Beliau mengangap tindakan Saiful Bersumpah sebagai satu kebodohan. beliau berkata “Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini".
  • Beliau berkata, sumpah hanya terpakai bila mana kes melibatkan pasangan suami isteri yang saling menuduh akan zina tetapi tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi. Hukum yang disebut sebagai li’an dalam perundangan Islam ini, jelasnya tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai hubungan perkahwinan seperti dalam kes liwat Saiful.
  • beliau berpandangan sumpah laknat itu bermotifkan politik.beliau berkata pada media “Kita lihat, bagaimana Saiful Bukhari mengangkat sumpah sehari sebelum Anwar dinamakan sebagai calon.“Maka tidak syak lagi ia sememangnya bermotifkan politik kotor dan tidak bermoral,” tegasnya.
  • Beliau menegaskan , Anwar tidak perlu melakukan sumpah laknat seperti itu. Itu bukan keputusan yag wajar.
Mufti Besar Perlis, Ustaz Asri (pakar hadis)

  • merupakan individu yang mencadangkan sumpah laknat.
  • Beliau berpendapat Anwar perlu juga bersumpah untuk meyakinkan rakyat.
  • Adalah satu risiko yang besar jika Saiful bersumpah palsu.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Mohd Daud Iraqi (ketua dewan ulama PAS)
  • beliau berkata pertuduhan liwat memerlukan empat orang saksi yang adil.“Sekiranya terbukti berlaku pembohongan maka kesaksian individu tersebut sudah tidak dapat digunakan sampai bila-bila,” katanya.elas beliau, bukan sebarang kenyataan dapat dibuat oleh saksi yang mahu membuktikan kes liwat ini.
  • beliau turut mengatakan mengangkat sumpah dengan quran ini bukan dalam amalan islam,Sumpah menggunakan kitab suci ini juga menurutnya menyerupai amalan golongan kristian.-
Tun Dr Mahathir (tokoh besar)

  • beliau juga berpendapat Anwar perlu bersumpah dengan lafaz wallahi,wabillahi,watallahi bagi membuktikan beliau tidak bersalah disamping menjunjung Al Quran.
  • Kemudian ujian2 seperti DNA perlulah dilakukan.
Dr. Haron Din,seorang ulama terkenal (ulama,pakar perubatan timbalan mursyidul Am PAS)
  • pada pandangan sangsi knp sumpah di buat tatkala hari penamaan calon hendak bermula.
  • Saiful hendaklah kemukakan 4 orang saksi,bukan bersumpah dalam masjid.
  • kes ini sepatutnya di bawa ke mahkamah syariah, adalah salah menghebahkan kepada dunia.
  • Beliau kesal kenapa Dalam sumpah diminta supaya Allah melkanat beliau dan keturunannya..sedangkan keturunnya kelak tidak berdosa.
  • di zaman Rasulullah dulu, siti Aishah di fitnah menpunyai hubungan zulit dengan safwan. Perkara ini menyebabkan Rasulullah tertekan selama 30 hari sehingga turunnya ayat Allah meyatakan Aishah tidak bersalah. Rasulullah dalam hal ini tidak pernah meminta mereka bersumpah.
  • Sepatutnya kes ini di siasat di mahkamah syariah, tertuduh boleh membela diri, tetapi sekiranya TERTUDUH tidak mampu memberikan bukti ,maka barulah bersumpah.
YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. (ulama,mursyidul Am PAS)

  • Bagi beliau sumpah Saiful adalah tidak bertepatan dengan Islam.
  • Cara sumpah berkenaan mirip budaya orang kristian.
  • Kalau bersumpah ikut kaedah Islam, cukup dengan lafaz wallahi,wabillahi, watallahi.
Sumber : Harakah Daily
Utusan Malaysia
AnwarIbrahim Blog



Friday, August 15, 2008

AUKU : wujud atau tidak?

Salam Sejahtera.

Sedikit kupasan tentang AUKU dan Mahasiswa universiti. Beberapa harini kita di
'hidangkan 'dengan berita perhimpunan aman budak2 UiTM. Motif mereka berdemo adalah
kerana membantah 'cadangan' (cadangan je,tidak lebih dari itu) agar 10% kuota diberi pada
non-bumi dan warga asing bagi membolehkan UiTM lebih berdaya saing.

Saya bukan nak menyokong Tan Sri Khalid tu. cadangan die tu mungkin ada buruknya dan mungkin juga ada baiknya. Yang saya nak kritik ni ialah SIKAP DOUBLE STANDARD sesetengah pihak ke atas isu 'perhimpunan aman'.

Kita dah baca bagaimana pelajar ini dibenarkan berhimpun bermula selasa lepas (mesti ada lecture,lab,tutor haritu). 5000 orang berhimpun di Shah Alam. bukan setakat berhenti di situ, perhimpunan merebak sampai ke utara (permatang pauh) dan turut menjalar ke Selatan tanah air (segamat).

beribu-ribu mahasiswa keluar membantah bagi membela nasib orang melayu. Ini semua berlaku hanya kerana Cadangan seorang tokoh pembangkang yang bagi saya boleh diabaikan kalau tak suka. Saya melihat terlalu banyak campur tangan dan manipulasi politik dalam hal ini. Kenapa saya kata begitu:

  1. Kerajaan seolah2 menghalalkan perhimpunan-perhimpunan yang dibuat.Bukti tiada pun waran,amaran atau apa2 halangan untuk berhimpun.
  2. takde pulak FRU kalini, polis pun tak nampak dalam surat kabar (setakat yg saya nampak).
  3. Utusan Malaysia nampaknya menyokong perhimpunan ni. buktinya semua perhimpuanan ni di beri reaksi positif oleh media.
  4. AUKU seolah2 takde guna dah. sekadar penyedap mulut. kalau macam ni aku pun nak buat DEMO gak lepas ni. yelah, tak de fungsi pun AUKU ni.Menteri pengajian tinggi senyap. semua menteri2 takde komen.
Cuba lihat isu2 lain pulak

  1. Perhimpunan bersih: FRU dikerah, jalan2 raya disekat di seluruh KL dan negeri,LRTdi hentikan,amaran keras polis dikeluarkan,ancaman tangkap pada penganjur perhimpunan.
  2. Media: akhbar arus perdana semua kutuk, kata ini perhimpunan haram,bukan budaya kita, cetus ketegangan,ganggu lalu lintas,merosak ketenteraman awam.
  3. Menteri2: mereka kata ini bukan budaya kita, kata yang berhimpun macam beruk di jalan raya (sapa cakap??),sengaja cari publisiti,ganggu lalulintas,dsb.
  4. pimpinan dan penganjur ditangkap,digari,diangkut dengan trak polis.mahasiswa dalam mana2 perhimpunan lain ada yang ditangkap dan sebagainya.reasonnya adalah AUKU. tapi kenapa AUKU tidak di kenakan kepada pelajar UiTM?adakah sebab aksi mereka ini selari dengan kehendak Kerajaan?
persoalannya sekarang ialah dimana keadilan?dimana demokrasi?bila orang yang kita tak suka buat demo,kita marah macam nak rak,kerah polis,media,tv,surat kbr untuk halang. tapi bila benda yang akan bagi kredit kat kita, kita biar jer,tak ada apa2 tindakan.Ini yang dinamakan " DOUBLE STANDARD".

Harap2 semua pihak akan dapat berubah. Be profesional. Jangan jadi Paku Talam Paku Serpih,mengata orang dia yang lebih. Mari sama2 jaga etika,profesionalism dalam hidup.


Sah Anwar Liwat Saiful!! sila baca sampai habes.

Salam pada semua. maaf saya agak lewat komen isu ni. tapi tkpelah.
Semasa saya mengajar tusyen di tronoh pukul 8.20 mlm tadi, saya menerima 2 buah sms. satu dari mak, satu lagi dari adik usrah saya. Dua2 msj adalah atas isu yang sama

msj mak saya " salam mal (mak panggil saya kamal)..saiful dah buat angkat sumpah kat masjid..
baru je klua tv..

msj adik usrah saya pulak (syed haq) "saiful bukhari angkat sumpah diliwat anwar"

terkezut saya baca mesej tu..tiba2 hati jadi risau..macam2 terfikir..saya terfikir..apa rakyat malaysia akan fikir bila lihat pengakuan bersumpah saiful live kt tv3??mesti rakyat akan fikir betullah anwar bersalah meliwat saiful...betul tak andaian saya ni???

ntah la..saya rasa begitulah..betulke anwar betul2 bersalah..?sebelum saya bagi pandangan, biar saya ajukan dulu beberapa perkara yang buat saya musykil.

  • sekarang ni semua orang berani bersumpah. Saiful nak bersumpah (dah sumpah dah tadi), Anwar pun berani bersumpah. Cuma Anwar tidak cepat melatah untuk bersumpah atas nasihat ulama dalam dan luar negara. (Najib pun dah bersumpah yang dia tak pernah bertemu dengan Altantuya).
  • Saiful pernah kata dalam blog dia, dia akan keluar bersumpah sejurus siasatan polis selesai. tapi sisasatan dah berminggu dah selesai, kenapa die pilih harini baru nak bersumpah??? (ingat eh, esok ialah hari penamaan calon)
  • Ulama kata, bersumpah ni bukan boleh suka2 hati, dia adalah langkah akhir. Ada mufti yang kata sumpah guna Quran ni bukanlah selari dengan syara'.
  • Macam mana pula dengan doktor dari Hospital Puswari yang telah mengeluarkan kenyataan akuan bersumpah bahawa rawatannya keatas saiful menunjukkan tiada tanda2 dia di liwat?pun sumpah jugak. ish pening aku.
  • dan banyak lagi andaian2 lain yang anwar ni tak mungkin terlibat dengan kes ni(cth: nape dah diliwat 6 kali baru nk report?nape jumpa najib dulu?ezam tu dah awal2 meramalkan akan ada tuduhan liwat atas anwar..dan mcm2 lagi..)
Banyak sangat teori yang bermain dalam fikiran. Bila timbul isu liwat ni...kita lupa dah isu minyak,isu altantuya,isu harga barang,isu sosial masyarakat,isu rasuah....benar2 perhatian kita di alih ke benda macam ni.

siapa yang salah sebenarnya? Allah je yang tau. Sepatutnya sekarang, biar Anwar jawap tuduhan Saiful tadi dengan sumpah juga. Biar dua2 bersumpah yang mereka adalah dipihak yang benar, jika mereka berdusta maka laknat Allah jatuh keatas mereka sampai kiamat. Selepas itu, isu ini usah diperkatakan lagi....dah kira selesai. Biarlah Allah yang menentukan. (betulkan saya kalau salah)

sekian terima kasih

p/s: masa makan dengan zaiyinul lepas ceramah palestin tadi, terlihat saiful di tv3 nightline sedang bersumpah yang brbunyi lebih kurang "saya bersumpah dengan nama Allah, Dato Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya pada sekian..sekian..kalau saya dusta, Allah laknat saya dan keturunan sampai hari kiamat"

kepada para pembaca, janganlah cepat membuat keputusan. serahkan pada Allah. Dia lebih tahu.

Thursday, August 14, 2008

CERAMAH UMUM DI LH1 MALAM INI


Kepada Semua pembaca,

Malam ini sama2 kita menghadiri satu ceramah khas bertajuk *KEKEJAMAN ISRAEL DI BUMI PALESTIN* . penceramah khas dari AMAN PALESTIN akan menyampaikan isi ucapannya malam ini.
tempat : LH1 (ratusan manusia boleh muat)
Jam : 9 mlm.

Ajak seluruh warga kampus!

sila layari http://21-8.blogspot.com/ & http://www.palestinkini.info/