Friday, August 15, 2008

Sah Anwar Liwat Saiful!! sila baca sampai habes.

Salam pada semua. maaf saya agak lewat komen isu ni. tapi tkpelah.
Semasa saya mengajar tusyen di tronoh pukul 8.20 mlm tadi, saya menerima 2 buah sms. satu dari mak, satu lagi dari adik usrah saya. Dua2 msj adalah atas isu yang sama

msj mak saya " salam mal (mak panggil saya kamal)..saiful dah buat angkat sumpah kat masjid..
baru je klua tv..

msj adik usrah saya pulak (syed haq) "saiful bukhari angkat sumpah diliwat anwar"

terkezut saya baca mesej tu..tiba2 hati jadi risau..macam2 terfikir..saya terfikir..apa rakyat malaysia akan fikir bila lihat pengakuan bersumpah saiful live kt tv3??mesti rakyat akan fikir betullah anwar bersalah meliwat saiful...betul tak andaian saya ni???

ntah la..saya rasa begitulah..betulke anwar betul2 bersalah..?sebelum saya bagi pandangan, biar saya ajukan dulu beberapa perkara yang buat saya musykil.

  • sekarang ni semua orang berani bersumpah. Saiful nak bersumpah (dah sumpah dah tadi), Anwar pun berani bersumpah. Cuma Anwar tidak cepat melatah untuk bersumpah atas nasihat ulama dalam dan luar negara. (Najib pun dah bersumpah yang dia tak pernah bertemu dengan Altantuya).
  • Saiful pernah kata dalam blog dia, dia akan keluar bersumpah sejurus siasatan polis selesai. tapi sisasatan dah berminggu dah selesai, kenapa die pilih harini baru nak bersumpah??? (ingat eh, esok ialah hari penamaan calon)
  • Ulama kata, bersumpah ni bukan boleh suka2 hati, dia adalah langkah akhir. Ada mufti yang kata sumpah guna Quran ni bukanlah selari dengan syara'.
  • Macam mana pula dengan doktor dari Hospital Puswari yang telah mengeluarkan kenyataan akuan bersumpah bahawa rawatannya keatas saiful menunjukkan tiada tanda2 dia di liwat?pun sumpah jugak. ish pening aku.
  • dan banyak lagi andaian2 lain yang anwar ni tak mungkin terlibat dengan kes ni(cth: nape dah diliwat 6 kali baru nk report?nape jumpa najib dulu?ezam tu dah awal2 meramalkan akan ada tuduhan liwat atas anwar..dan mcm2 lagi..)
Banyak sangat teori yang bermain dalam fikiran. Bila timbul isu liwat ni...kita lupa dah isu minyak,isu altantuya,isu harga barang,isu sosial masyarakat,isu rasuah....benar2 perhatian kita di alih ke benda macam ni.

siapa yang salah sebenarnya? Allah je yang tau. Sepatutnya sekarang, biar Anwar jawap tuduhan Saiful tadi dengan sumpah juga. Biar dua2 bersumpah yang mereka adalah dipihak yang benar, jika mereka berdusta maka laknat Allah jatuh keatas mereka sampai kiamat. Selepas itu, isu ini usah diperkatakan lagi....dah kira selesai. Biarlah Allah yang menentukan. (betulkan saya kalau salah)

sekian terima kasih

p/s: masa makan dengan zaiyinul lepas ceramah palestin tadi, terlihat saiful di tv3 nightline sedang bersumpah yang brbunyi lebih kurang "saya bersumpah dengan nama Allah, Dato Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya pada sekian..sekian..kalau saya dusta, Allah laknat saya dan keturunan sampai hari kiamat"

kepada para pembaca, janganlah cepat membuat keputusan. serahkan pada Allah. Dia lebih tahu.

6 comments:

pESAwah said...

salam..abg zaman, kita tak boleh nak terus buat kesimpulan.. Allah lebih tahu mana yg benar..:) wallahu'alam

Servant Of Allah said...

salam..kesimpulan apa yang abang dah buat?

Unknown said...

Salam..kenape tajuknye begitu 'sensasi' dan 'kontrovesi' ??

As Syifa Hair Treatment said...

psal anwar ambk thu...blog anwar baca sokmo..kitab2 nik aziz n haji hadi xnak bace....jgn marahh...

Anonymous said...

siapa anwar?

abanglan said...

Tepuk dada tanya selera....adakah anda sanggup pemimpin anda seorang kaki betina dan kaki lelaki memimpin negara kita?
Kalau sanggup , memang sah tanda akhir dunia nak kiamat dah dekat.
Tanya soalan "mengapa beria ia sangat pihak kerajaan untuk menghentikan kareer Anwar dlm politik?" Cari jawapan nya dengan menggunakan akal dan fikiran yg Allah beri kpd kamu.Jangan gunakan akal dan fikiran orang lain.