Sunday, August 24, 2008

BILA TAKDE MODAL, PUNGGUNG SAIFUL PUN DIJADIKAN ISU

Salam.

Saya terasa ingin menulis mengenai perkara ini walaupun hari dah lewat.
kempen pilihanraya dah nak masuk ke hari yang terakhir. Pilihanraya tinggal lagi sehari je nak berlangsung.

Apa yang saya nampak, kempen pilihanraya di Permatang Pauh ni sangat2 la kotor dan menjijikkan. Apa tidaknya, bukan setakat isu liwat di manipulasi sehabis-habisnya, tetapi isu2 perkauman yang boleh mencetus ketegangan kaum pun turut di mainkan. Dah takde modal ke?

Televisyen menjadi pecacai dan hamba yang hina dalam kempen pilihanraya. Meburuk-burukkan peribadi orang, mengaibkan orang lain, dan macam2 lagi..bukan sehari.tapi setiap hari dalam masa kempen ni.

Tu baru tv, surat kabar apa cerita? pun sama jer...penuh dengan berita berat sebelah, berita mengampu dan berita yang ntah hape-hape ntah...mengarut. Takde orang lain...Dato Seri Anwar je yang di ceritakan..semua cerita yang tak masuk akal je keluar...bukan setakat tu..di Permatang Pauh,mcm2 yang dibuat..VCD sumpah saiful di edar lah, banner2 berunsur perkauman di naikkan dan mcm2 lagi..jijik aku...ini menunjukkan usaha politik terdesak sesetengah pihak....takde modal dah..so peribadi orang di serang sehabis-habisnya. bukan ke dulu die yang marah sangat dengan kempen yang serang peribadi orang???CAKAP TAK SERUPA BIKIN...sakit ati jer..

macam isu saiful tu..kenapa isu itu yang di mainkan??bukanke BN dah kata BN tiada kaitan dengan saiful (kononnya)..so why perguna isu ni kat sana? Tadi baru tengok najib cakap dalam tv3 soal moral anwar...siapa najib nak berkata soal moral?moral apa yang dia maksudkan? soal liwat ke??dia sedar tak yang isu liwat tu masih dibicarakan??adakah dia hakim yang telah menjatuhkan hukum bersalah pada Anwar?? hakim pun tak kata apa2 lagi..too much.

TV, surat kabar arus perdana memang tak serik2..memang tak pernah belajar dari kesilapan. Jelas dah, salah satu faktor kekalahan teruk BN pada pilihanraya yang lepas ialah kandungan berita yang melampau dan berat sebelah...dia ingat rakyat *ENJOY* agaknya tengok berita mengarut dan mengaibkan tu..tolong la..rakyat makin benci tau tak..kalau tak berubah jugak korang (tv dan paper)...alamat lingkup la korang tak lama lagi..yela..semakin kuat korang mengampu dan mengarut..semakin rakyat beralih ke sumber berita alternatif...(macam blog2 dan paper alternatif).

that's why di permatang pauh, Pakatan Rakyat menaikkan satu Banner khas untuk petugas media. Bunyinya lebih kurang begini "Selamat datang kepada petugas-petugas media. Ingat jangan Beri keluarga anda rezeki yang haram"...faham tak maksudnya apa? meaning jangan buat laporan palsu,fitnah dan mengaibkan peribadi orang dengan niat yang jahat...tapi hendaklah jujur dalam memberi laporan kepada masyarakat..

tapi ramai je orang2 media yang macam ni..pembaca berita,wartawan sanggup bersekongkol menyampaikan isi berita ntah apa-apa ni...sakit hati jer..besarnya kesan fitnah ni...boleh buat huru hara...

kesimpulannya..berkempenlah dengan jujur...tunjukkan apa yang kamu nak buat untuk rakyat..bukan tarik sokongan dengan mengaibkan lawan dengan benda yang berunsur fitnah,aib dan benda yang tidak jelas..jangan buat benda2 bodoh ni..nanti rakyat benci..tolonglah berubah wahai politik malaysia...

k lah..tambah sakit ati fikir semua ni..Aku harap Rakyat tahu menilai. Rakyat permatang Pauh dah matang, bukan senang nak di peralatkan...Apepun semoga Election berjalan lancar....Sama2 kita lihat.

No comments: