Friday, August 1, 2008

Masa untuk Bertukar Kerajaan!

Salam Reformasi buat semua. Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya menulis di sini.

Sebenarnya banyak isu-isu panas yang berlaku yang tidak sempat saya komen dalam blog ini. Masa begitu mencemburui kita. Tapi takpelah, mari kita teruskan. Isu yang saya rasakan sensasi lagi meluas liputannya ketika ini adalah tentang isu DSAI dan juga isu muzakarah UMNO-PAS. hebat sekali media2 pro-UMNO-BN memutar belit isu dan fakta yang menyakitkan hati rakyat sekalian. Namun hari ini telah terjawap sudah. Semua isu itu berkubur. Masa untuk explore isu baru. Yang jelas, PAS menolak sebarang kerjasama politik dengan UMNO meskipun muzakarah atas hal ehwal islam dan orang melayu akan di teruskan. Dan yang kedua, semestinya isu pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Nampaknya gendang pilihan raya kecil ini telahpun di palu. Bunyinya kedengaran ke serata tanah air. Kini mata tertumpu ke satu kawasan kecil di Pulau Pinang yang bernama 'Permatang Pauh', satu kawasan tradisi DSAI. walaupun awalnya DSAI di jangka berentap di Parlimen Bandar Tun Razak ataupun di Kulim Bandar Baharu, namun atas faktor2 tertentu, Kawasan Kubu Kuat PKR itulah yang menjadi pilihan hati. Tahniah diucapkan kepada Dato Seri Wan azizah Wan Ismail di atas tindakan beliau melepaskan kerusi Parlimen bagi memberi laluan untuk DSAI bertanding. Dalam masa 60 hari ini, kita akan melihat satu kejutan besar!!

Pas telahpun mengarahkan seluruh jentera pilihan rayanya untuk turun Mempastikan kemenangan DSAI. Begitu juga dengan DAP dan sudah semestinya juga PKR yang di jangka akan bertempur habis-habisan di sana nanti. Bagaimana pula dengan UMNO-BN? adakah mereka akan hanya mendiamkan diri??


di pihak UMNO, figure yang awal-awal lagi bertempik ialah sdr Ezam. dia kata apa? die kata saya akan lawan Anwar kemana saja dimana saja. Motif nya apa? die kata kalau dia di calonkan untuk melawan DSAI, maka dia akan berentap habis-habisan dengannya. Saya pelik, kenapa Ezam ni beriya2 sangat nak serang Anwar ni? apa kes dia? dulu mati matian perangi rasuah dalam UMNO, mati matian serang UMNO-BN, bersumpah takkan masuk UMNO, siap sampai keluar masuk penjara lagi...saya memang musykil sangat dengan budak Ezam ni. Bersungguh-sungguh benar die nak lawan Anwar. geram tul....

Tapi takpe..sama2 kita tengok. Sama2 kita lihat UMNO, Ezam,BN tersungkur dalam pertandingan itu nanti. Tapi di satu sudut, kita kena sedar bahawa UMNO_BN mesti akan bermati-matian dalam pemilihan ini nanti. Kerana Jika anwar menang, maka ini adalah sangat berbahaya kepada masa depan UMNO_BN..kalau sampai DSAI masuk ke parlimen, maka kita akan saksikan ...apa kesudahannya..

Yang Jelas, Pakatan Rakyat begitu bersungguh-sungguh untuk menjuarai percaturan ini, komited dengan tarikh 16 September untuk menubuhkan kerajaan baru. Di pihak UMNO-BN pun begitu. Mereka juga akan bermati-matian mempertahankan kerajaan mereka ini. jadi pelbagai helah, pelbagai tipu daya mungkin akan di lakukan bagi mematikan terus hasrat PR ini.

mari sama-sama kita berdoa semoga Malaysia ini akan menjadi lebih maju dan aman damai.
mari pakat2 sokong PR..menuju malaysia baru.

Reformasi!! Takbir!!

No comments: