Friday, August 29, 2008

Anwar mahu sertai semula UMNO - Mahathir

ihsan :http://www.utusan.com.my/

ini adalah buah fikiran dan assumption Tun Dr Mahathir seperti di laporkan surat kbr paling bersih dalam Malaysia.

KLANG 29 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyimpan hasrat untuk menyertai semula UMNO.

Beliau berkata, Anwar berbuat demikian semata-mata mahu memenuhi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

"Saya fikir dia hendak sertai UMNO semula tetapi sama ada UMNO hendak terima dia atau tidak, itu soal lain.

"Kalau hendak sertai UMNO, dia hendak menjadi Perdana Menteri. Kalau hendak menjadi Perdana Menteri, menteri-menteri lain semua kena pergi la (berundur), dengan (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) semua, tidak dapatlah (jadi Perdana Menteri)," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan Ahli Permatang Pauh itu akan menyertai UMNO semula.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Derma Darah Pra-Ramadan anjuran AEON Co. (M) Bhd., Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (Ansara), Utusan Malaysia dan Pusat Darah Negara di sini hari ini

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hasrat Anwar menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir berkata, Anwar tidak akan mencapai cita-citanya itu.

Katanya: "Nauzubillah, minta dijauhkan Allah."

Bagaimanapun secara sinis beliau ingin melihat bagaimana Anwar mahu membentuk kerajaan baru pada 16 September ini.

Dr. Mahathir mengulangi kesediaan menganggotai semula parti itu bagi membantu memulihkan UMNO dengan membawa bersama pemimpin dan ahli yang tersisih selama ini.

Bagaimanapun beliau hanya akan berbuat demikian selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi memegang jawatan itu.

Mengenai pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi Anwar, beliau berkata, mesej rakyat kepada pucuk pimpinan negara begitu jelas.

"Ini termasuk bilangan ahli UMNO yang keluar mengundi adalah amat kecil sekali, ahli UMNO sendiri tidak mengundi," jelasnya.

No comments: