Thursday, December 31, 2009

Mesej dari Tan Sri Khalid


Beberapa hari yang lepas,saya telah memulakan akaun facebook saya. diruangan ini saya telah berpeluang berinteraksi dengan ramai orang. saya juga telah add beberapa figure nasional seperti pemimpin pemimpin diperingkat negeri dan pusat.

dua hari yang lepas saya telah menghantar mesej kepada Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung laporan berita mengatakan 500 ahli PKR di kawasan Dun Ijok (kawasan beliau sendiri)telah bertindak keluar parti dan menyerahkan borang keahlian UMNO mereka kepada menteri Dato Noh Omar.berikut adalah petikan mesej saya:

Kamarul Nasib December 29 at 11:59am
Salam, Tan Sri Khalid, baru baru ini saya mendengar berita sekitar 500 orang ahali PKR DUN ijok keluar parti.Mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Dato Noh Omar selaku timb pesuruh jaya BN Selangor. Adakah ini berita benar?Apa tindakan Tan Sri?

harap boleh reply.

sebentar tadi beliau telah reply mesej saya dan mendedahkan perkara sebenar seperti dibawah:

Khalid Ibrahim December 31 at 4:19pm Report

Salam En Kamarul,

Terima kasih atas keprihatinan saudara. Kita dapat tahu yang bukan 500 orang yang keluar parti tetapi 5 orang. Saya rasa adalah lebih baik jika orang yang sebigini keluar dari parti sekarang daripada kemudian. Saya sedang berusaha untuk membentuk satu pasukan yang jujur dan rajin di DUN Ijok. Jika mereka bersama kita untuk mendapatkan habuan, ternyata mereka tersalah parti politik. Saya kejadian ini akan memberi peluang kepada ramai anak muda, terutama mereka dari golongan professional, yang ingin menabur bakti untuk menyertai PKR.

Terima kasih.


p/s : first time dapat reply jawapan dari pemimpin.

Sunday, December 27, 2009

TAHUN BARU 2010

Tidak lama lagi tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya.Anak anak muda sedang berkira kira untuk ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan COUNTDOWN dan juga konsert Tahun Baru yang sudah menjadi acara wajib setiap tahun.

Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tahun ini.Dari segi politik Malaysia,peristiwa peristiwa dibawah banyak memberi impak kepada arus politik nasional dan juga angin sokongan rakyat.

-Sembilan buah PRK bermula dari Parlimen Kuala Terengganu berakhir dengan Dun Bagan Pinang
-Rampasan Kuasa Perak.
-Persidangan Bawah pokok.
-Isu penangkapan ISA ke atas Raja Petra,Teresa Kok,Wartawan Akbar bahasa Cina
-Peletakan Jawatan Zaid Ibrahim sebagai Menteri,seterusnya masuk PKR.
-Perlantikan Najib selaku Perdana Menteri.
-Isu Elizabeth Wong,Isu penjualan Arak di Selangor,Isu Selcat,Isu perarakan kepala lembu,
-isu pemindahan kuil di Selangor.
-Isu kematian Teoh Beng Hock.
-Isu DAP keluar Pakatan Kedah kemudian masuk balik
-Isu rumah penyembelihan kandang babi di Kedah.
-Perhimpunan Agong UMNO di Mana Ali Rustam didakwa Rasuah.
-Muktamar PAS dengan Isu Ulama-Profesionalnya.
-Isu Kerajaan Perpaduan.
-Demonstrasi Bantah ISA.
-Kemasukan Dato Seri CHua Jui Meng dan tokoh penting ke dalam PKR.
-Isu Dana masjid dan isu baca Quran oleh Nga Kor Meng
-Isu Baiah PAS.
-Isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)
-Isu Royalti minyak Kelantan
-Isu Karpal Singh marahkan Anwar.
-Isu bajet 2010 lulus tipis 66-63 yg hampir menumbangkan BN.
-Isu Doa Dato Nik Aziz
-Isu Biro tata negara.
-Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama.
-Isu kehilangan Enjin pesawat tempur

dan banyak lagi isu lain...isu isu ini sedikit sebanyk meresahkan rakyat yang berada dibawah.namun perkembangan tersebut sebenarnya mematangkan lagi minda rakyat Malaysia tentang politik dan kempimpinan negara.

Kita berharap semoga tahun 2010 yang mendatang menjanjikan Malaysia yang lebih aman, dan tenteram serta lebih stabil ekonominya.

Sunday, December 13, 2009

LOGO BARU PAKATAN RAKYAT


Pada 19 Disember 2009 ini, satu konvensyen Pakatan Rakyat akan diadakan di Stadium MBSA Shah Alam. Dua perkara penting yang akan mengambil tempat pada hari itu ialah PELANCARAN LOGO BERSAMA PAKATAN RAKYAT dan pembentangan kerta kerja bertajuk DASAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT.

berkenaan dengan logo baru ini, apabila ia dilancarkan kelak maka ia akan dijadikan logo rasmi Pakatan Rakyat dalam Piliharaya Umum yang ke-13 kelak.Penerangan mengenai logo baru ini adalah seperti berikut:

1.Logo Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama menggambarkan ketiga-tiga entiti, iaitu Parti Keadilan Rakyat(PKR), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (Democratic Action Party/DAP) berpakat dan bermusyawarah dalam semangat bersepakatan untuk memperjuang, menjaga dan memelihara konsep kenegaraan Malaysia yang termaktub dalam perlembagaan 1957.

2.Bunga raya berkelopakkan lima kumpulan bangsa menjunjung perlembagaan berteraskan lima prinsip Rukun Negara.

3.Warna oren melambangkan api dan semangat juang yang sentiasa membara sesama ahli parti dalam Pakatan Rakyat.


Pakatan Rakyat telahpun selamat didaftarkan secara rasminya sebagai sebuah gabungan yang sah dan ia bukan lai sekadar gabungan menghadapi pilihanraya sahaja.Kini, rakyat Malaysia akan mempunyai pilihan yang jelas, BN yang sudah lebih 50 tahun memerintah negara atau Pakatan Rakyat yang memberikan tawaran untuk menjadi parti alternatif rasmi kepada mereka.

p/s:pembaca sila beri pendapat tentang logo baru ini diruangan komen.