Saturday, January 17, 2009

PAS TAWAN KUALA TERENGGANU!



Kuala Terennganu,17 JAN : Parti PAS akhirnya menjadi pilihan rakyat Kuala Terengganu apabila calonnya, Abdul Wahid Endut menang bergaya dengan majoriti cukup besar. Semalam SPR mengumumkan bahawa calon PAS menang dengan memperoleh 32 883 menewaskan calon pilihan BN, Dato Wan Ahmad Farid yang memperoleh undi sebanyak 30 252 undi. Calon bebas pula kalah teruk dengan hanya sekitar 190 lebih undi. Beliau hangus rm 10 ribu wang pertaruhan

Seperti biasa,pemimpin Barisan Nasional (BN) akan memberikan kenyataan penuh pasrah apabila mengalami kekalahan sebagaimana yang kita boleh lihat hari ini dalam akhbar arus perdana. Kalau kita perhatikan, pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini tidak jauh bezanya dari segi strategi kotor BN dalam kepen-kempen mereka. Kalau di Permatang Pauh, isu liwat, isu projek, isu sumpah dan isu2 fitnah bersifat peribadi menjadi bahan kempen BN, di Kuala Terengganu pula isu hudud dan isu pembangunan dijadikan isu.



jika sebelum pilihnaraya, kenyataan akhbar pemimpin BN penuh semangat dan keangkuhan. ebagai contoh 'Pembangkang tiada isu di KT', 'Najib yakin BN menang di KT', ' PAS parti dok rek chetong' dan sebagainya. Tetapi cuba lihat apabila sudah kalah dengan malunya, pimpinan BN akan mengeluarkan kenyataan 'BN akur kehendak rakyat', 'BN hormati perjalanan Demokrasi', 'Khidmat terhadap rakyat akn diteruskan' dan banyak lagi. whatever~~



Saya memerhatikan perjalan pilihanraya di KT secara langsung dan tidak langsung. Jika saudara datang ke KT atau kemana-mana kawasan yang ditandingi BN, maka saudara akan dapat mengganggar bajet yang mereka gunakan. di KT contohnya, dengan poster2, banner2, dengan billboard yand dipacak diserata KT,dengan janji2 projeknya,dan wang2 imbuhan pekerja parti mungkin mencecah puluhan juta ringgit, atau mungkin ratusan juta. dipihak PAS, hanya bendera, banner,pamhplet yang kebanyakannya saya rasa dari sumbangan peribadi para penyokong2 PAS dari seluruh negara berbekalkan pekerja2 parti yang bekerja dengan ikhlas memenangkan Islam.

Persoalannya, dengan janji pembangunan yang banyak, dengan penguasaan media yang berat sebelah, dengan bajet kempen juta juta, mengapa rakyat masih menolak BN sebaliknya memilih PAS yang mereka gelar parti Dok rek chetong dan parti Lok Lek?
jawapannya ialah sentimen kebencian atau sentimen penolakan yang kuat dari rakyat di negara ini terhadap parti itu. Rakyat sudah matang dan tidak bisa lagi diperbodohkan dengan sewenangnya sebagaimana zaman datuk nenek kita dahulu. Janji projek berjuta-juta belum cukup untuk menawan hati pengundi.

Apa yang dinginkan rakyat ialah, pemimpin yang berjiwa rakyat dan selalu berdampingan dengan rakyat. bukan seperti sesetengah pemimpin yang hanya dapat dilihat 'mesra rakyat', 'prihatin' sewaktu pilihan raya sahaja. Calon PAS, Abdul Wahid Endut memang terbukti sangat rapat berdamping dengan rakyat, sangat mesra yang tidak dibuat-buat selama lima penggal penguasaanya ke atas Dun Wakaf Mempelam. PAS tidak punya wang berjuta untuk diketengahkan kepada rakyat, tapi PAS mengutamakan keikhlasan dalam melakukan perubahan dalam membela nasib rakyat dari segala bentuk kezaliman. ini yang menjadi azam bersama parti2 dalam Pakatan Rakyat.

Kalau ingin di analisa, sememangnya Pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini membawa impak yang sangat BESAR bagi parti yang bertanding. Ia menjadi ukur kepada BN dan PR. untuk BN ia menjadi pengukur sama ada rakyat masih benci,masih menolak mereka atau sudah kembali menerima. bagi PR pula, ia menjadi indikasi sama ada rakyat masih bersama agenda perubahan atau tidak, sama ada rakyat masih komited untuk melihat reformasi dalam negara malaysia ini. Hakikatnya, BN sudah kalah dalam Pilihanraya ini. Bukan sekadar kalah sedikit, tapi kalah yang cukup memalukan. Cuba bayangkan, Kuala Terengganu itu adalah milik BN sebelumnya dan terletak dalam kerajaan UMNO terengganu. Namun apakan daya, rakyat menolak mereka.



isu hudud yang hebat dimainkan ternyata menjadi senjata makan tuan. Saya mengucapkan syabas kepada Khairy dan kepada semua media pro BN kerana sudi mengelirukan orang ramai dengan hukum Allah, yakni hudud. InsyaAllah ada ganjaran yang besar dari Allah bagi kalian semua didunia atau pun di akhirat, amin. saya yakin, habis sahaja pilihan raya, saudara-saudara akan rindukan hukum hudud kerana perkara ini tidak akan dibangkitkan lagi oleh mereka dalam akhbar. Selama ini mereka menuduh PAS menggunakan agama untuk kepentingan politik, sekarang terbukti sudah mereka adalah pembohong. merekalah sebenarnya yang sanggup menghina agama untuk keuntungan politik mereka.

pesanan saya kepada seluruh pengundi di Kuala Terengganu, syabas kerana membuat pilihan yang tepat. Terima kasih kerana memilih Islam sebagai wadah perjuangan. Seperti kata Saidina Umar, kita ini mulia kerana Islam. bukan kerana kita melayu, kita kaya atau sebaginaya. tetapi kerana islamlah kita mulia. jadi teruskan perubahan ini. Kini terbukti sudah rakyat Terengganu telah memilih untuk berubah, bagaimana dengan warga terengganu yang lain di Dungun, setiu, kemaman, Gurun dan sebagainya? semoga terengganu kembali semula ke panguan PAS pada pilihanray ke 13 nanti, amin.Takbir!

by
zamankini.blogspot.com

3 comments:

AK 47 said...

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR !!!!

Mr. Right said...

Tahniah kepada petugas Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus menewaskan jentera ala tentera Barisan Nasional.

PAS dah menang. DSAI perlukan 28 lagi kerusi parlimen, kan?

Tolong lah sesiapa sponsor badminton racket kepada semua ahli parlimen BN

Servant Of Allah said...

motif racket badminton? ajal maut di tangan Tuhan. tapi pelik tul, Najib masih lg menafikan kekalahan ni bukti org dah tolak BN..ego dan masih angkuh! nyampah~