Tuesday, March 31, 2009

KEMPEN-3

1. Saya telah menjalankan satu survey dikalangan pembaca blog saya berkenaan isu
pilihanraya di Bukit Gantang.

2. Saya bertanyakan siapakah calon pilihan mereka sekiranya diberi peluang mengundi
di sana.Untuk pertama kalinya, antara survey2 yang saya buat selama ini berkenaan
isu politik,ia nyata memihak kepada pakatan rakyat.

3. namun kali ini,survey menunjukkan sokongan ke atas Pakatan berkurangan. apakah
puncanya?Adakah pembaca blog ini sudah 'beralih angin' ke barisan nasional?
ataupun sememanganya pembaca blog ini/warga kampus memiliki persepsi dan pandangan
berbeza dari jutaan rakyat diluar sana?

4. Fenomena ini agak merungsingkan penulis. namun penulis harus akur. Apapun, masih
terlalu awal untuk menilai keputusan undian ini kerana tempoh undian masih berbaki
6 hari lagi.

5. Kepada semua pembaca,sila sebar luaskan undian ini supaya keputusan undian ini lebih
tepat. Terima kasih

KEMPEN HARI KE-2

1. BN menghadapi detik paling sukar berentap dalam pilihan raya kecil di Bukit
Gantang.

2. tidak pernah rakyat sebegini hilang kepercayaan kepada BN atas macam macam isu
yang berlegar dalam parti itu.

3. isu rasuah,isu bahasa melayu, isu rampasan negeri perak,isu perkauman, isu
gantung akhbar pembangkang sewaktu kempen hendak bermula, isu polis ke atas
perhimpunan, isu media berat sebelah. terlalu banyak isu.

4. pakar pakar politik mengatakan, BN berhadapan laluan sukar di Bukit gantang.
walaupun Bukit Gantang adalah kubu kuat BN sebelum ini

5. Walaupun pimpinan UMNO sudah berubah, ditambah dengan kemasukan semula Tun
Mahathir, perkara itu menurut pakar politik seperti Prof Agus, tidak memberi
kesan di Bukit Gantang. itu mungkin setakat reform dalam parti sahaja.

6. Sokongan terhadap Nizar semakin besar. Nizar mendapat simpati rama tidak kira
Melayu, Cina atau India.

7. Cuba lihat latar belakang beliau. beliau adalah ikon dan pemimpin pelapis
PAS yang patut diberi perhatian serius oleh negara.

8. Seorang Engineer hebat, berpengalaman luas dalam projek projek besar negara.
terlibat dengan projek di negara-negara maju diluar. sila lihat keratan akhbar
Berita Harian semalam. boleh menjadi imam, menyampaian khutbah, memebri tafsir
surah.mampu berbahasa Inggeris dengan baik. mampu berbahasa Cina pelbagai
dialek.

9. Beliau ternyata pemimpin yang sangat menonjol saat ini. beliau pemimpin
kesayangan semua kaum.Beliau sungguh mengharumkan nama PAS di persada politik
tanah air.

10. Justeru. tiada pilihan lain. Undilah Ir Nizar. Undilah PAS. undilah PAKATAN

Sunday, March 29, 2009

MARI BANTU NIZAR


Disebabkan hari ini kempen telahpun bermula, jadi penulis zamankini akan menghentikan seketika siri akademik buat sementara waktu. Penulis berasa bertanggung jawap untuk turut sama berkempen secara maya menerusi blog ini.

Buat pengetahuan saudara pembaca, pendirian penulis ialah, Dato Seri Ir Nizar adalah dipihak yang benar. Penulis blog ini akan sedaya upaya membersihkan nama beliau dari segala fitnah jahat musuh yang iri hati dan tamak kuasa dengan merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat.

BN sudah tiada isu. Penulis yakin isu derhaka,isu boneka DAP akan dimainkan oleh BN dalam kempen di Bukit Gantang ini.Pembaca usah tertipu dengan permainan Licik ini. penulis akan cuba menangkis segala tohmahan mereka kepada Dato Seri Ir Nizar.

InsyaAllah, pengundi bukit Gantang bukan bodoh. mereka matang berpolitik. isu derhaka atau apa sahaja isu yang dibawak oleh BN akan dihumban saja ke dalam tong sampah. Tindakan BN melaga lagakan Istana dengan pimpinan Pakatan adalah zalim.

BN tidak akn berjaya walau apa pun jua isunya. Rakyat tahu menilai. Isu liwat dan sumpah laknat saiful gagal di Permatang pauh. Isu hudud gagal di Kuala terengganu dan ISU DERHAKA juga akan gagal di Bukit Gantang.

kepada semua pembaca, marilah sama-sama mempertahankan wira rakyat Dato Seri Ir Nizar. Semoga Allah memberi kemenangan besar kepada beliau. amin

Thursday, March 19, 2009

SIRI KE-5

Sejak dimalukan dalam kelas bahasa Inggeris semasa di Tingkatan 2, saya memberi beberapa kejutan kepada semua warga kelas saya ketika itu. Dengan keazaman yang tinggi, dan berkat usaha yang gigih,Grade bahasa Inggeris saya terus melonjak dari D ke C, kemudian dari C ke B. bukan sekadar itu, lonjakan itu turut berlaku dari B ke A.

Apa yang saya buat?dari dungu english kepada A untuk subjek ini? rahsia saya ialah saya menjadikan kamus teman hidup saya ketika itu. sejak dimalukan tempoh hari, saya memperbanyakkan bacaan dalam bahasa inggeris. bukan buku cerita, bukan surat khabar, cukup sekadar contoh contoh karangan. Setiap perkataan yang saya tak faham saya akan cari dan hafalkan maksudnya. Semua perkataan yang saya cari saya abadikan dalam sebuah buku khas.

kesannya apa? dalam masa yang singkat, saya mencipta kejutan dengan mendapat markah essay tertinggi didalam kelas iaitu 28/30. Puan Linda Leong yang dulunya memerli saya dengan bangganya mengumumkan didalam kelas akan hal ini.Saya menunjukkan peningkatan mendadak dalam tahun terakhir sebelum PMR. Guru-guru semakin hormat kepada saya. Rakan rakan juga begitu. semasa tingkatan tiga, saya muncul juara no 1 dalam kelas 3 baiduri. Rakan-rakan yang dahulunya mengejek saya indon tidak lagi bersuara.

berkat didikan guru2 dan usaha gigih saya, saya berjaya memperoleh 6A dan 2B semasa peperiksaan percubaan PMR. saya dapat B untuk matapelajaran KH dan juga Sains pada ketika itu. Bahasa Inggeris saya sudah dapat A. Alhamdulillah, dengan penuh debar saya menduduki peperiksaan PMR. harapan menggunung dihati. Guru-guru juga berharap.

Apa jadi ye dengan PMR? alhamdulillah, soalan soalan semuanya senang. boleh jawap kecuali sains yang agak susah time tu. Akhirnya pada 27 December 2002, keputusan PMR diumumkan. Saya datang ke sekolah dengan ibu dan adik adik saya.Alhamdulillah saya berjaya mendapat 8A!!takbir!


persoalan:
apa yang terjadi seterusnya?
adakah saya kekal disitu atau berhijrah ke asrama penuh?
tawaran apa yang saya dapati ketika itu?


TUNGGU SIRI SELANJUTNYA....

TO BE CONTINUED...

Wednesday, March 18, 2009

Sejarah Akademik SIRI-4

Atas desakan pembaca, saya akan teruskan siri ini...ehem

nak dijadikan cerita, saya meneruskan pengajian sekolah menengah saya di SMK Khir Johari Beranang. Zaman sekolah menengah ni sangatla panjang. Jadi, saya takkan ulas secara detail. Cukuplah saya nyatakan secara umum saja.

Buat pengetahuan saudara. Selama saya di SMK Khir Johari, iaitu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4, saya sentiasa berada di kelas no 1 iaitu kelas baiduri. Disekolah menengah, kesedaran saya tentang akademik semakin baik. Kemahiran bahasa inggeris saya juga semakin hari semakin baik.

bermula dengan grade D pada tingkatan 1, ia semakin meningkat dari tahun ke tahun.Semasa saya tingkatan 2, satu perkara memalukan telah melanda hidup saya. Tetapi saya bersyukur kerana walaupun saya dimalukan, namun ia menjadi pemangkin untuk saya menguasai bahasa Inggeris dengan baik hingga sekarang.

Macam ni ceritanya. Guru BI saya, Puan Linda Leong suruh saya baca satu sentence dengan kuat dalam kelas. Dengan tidak semena mena, saya tersalah sebut perkataan SHAPED.. Rakan rakan sekelas menertawakan saya. nampak benda ni macam tak dramatik sangat kan..tapi time tu memang malu. Puan Linda Leong bukannya nak memperbaiki suasana, malah buat lawak lagi. saya malu sangat time tu...

then, saya rasa sakit hati dengan cikgu ni. benci kat die. sampai hati die malukan saya dalam kelas. siaplah kau...[hehe]. pada waktu itu, saya TELAH BULATKAN TEKAD, bahawa saya akan buktikan saya akan kuasai bahasa Inggeris dan akan skor dalam PMR.

persoalan:
apa yang saya buat sehingga saya menjadi mahir dalam Bahasa Inggeris?
Kejutan apa yang saya beri waktu peperiksaan pertengahan tahun?
Apakah grade bahasa Inggeris saya time PMR?

sama sama kita tunggukan pada siri selanjutnya............

TO BE CONTINUED.

Monday, March 16, 2009

Sejarah Akademik SIRI ke-3

Haha..geli hati rasanya ada pembaca yang tidak sabar-sabar menantikan siri ke-3 ni. tak sangka pembaca mengikuti siri yang tak best ni..hehe..mari mari kita sambung....

SIRI 3

WALAUPUN terdapat segelintir pihak yang mengejek "indon" sehingga menyebabkan saya kecil hati, tapi takpelah..SEGELINTIR JE PUN..lagipun mereka memang budak budak nakal.

PADA SUATU HARI,Sekolah saya ada menganjurkan Kem Darjah 6 disekolah. Semua murid darjah enam tido disekolah selama 3 hari. kami dibaHagi bahagikan kedalam kumpulan2 kecil. waktu itu, saya berada dalam kumpulan CEMPAKA.

nak dijadikan cerita, lagu kumpulan kami menang no 1. sapa yang reka? sayalah rasanya. then lagi satu, ketika slot persembahan, saya mewakili kumpulan saya untuk menyanyi. waktu itu saya terus nyanyikan lagu Iwan berjudul "tiada bahasa seindah puisi". dengan tidak semena mena,semua peserta beserta guru guru pada waktu itu memberikan tepukan gemuruh. mereka terkejut. (bajet) adakah ini suara saya? atau semuanya hanya ilusi. ternyata itu benar benar suara EMAS saya.

semenjak waktu itu, nama saya mengharum ke seluruh pelusuk SK beranang. Saya terus di risik seorang guru untuk memperkembangkan lagi bakat saya waktu itu. Namanya Cikgu kamal, Guru bahasa inggeris. Saya diberi latihan vokal agar vokal saya betul betul memukau..(wutever). tidak lama selepas itu, saya diamanahkan (tak sesuai) untuk mewakili sekolah ke pertandingan 'SENIRAMA' peringkat daerah bertempat di 'BANDAR ILMU' bandar baru bangi. waktu itu saya berjaya menggondol tempat ke xx (rahsia). Bukan setakat itu, semasa sesi latihan dirumah guru saya, kami mengeluarkan kaset rakaman suara saya dimana saya mempopularkan beberapa buah lagu yang top pada waktu itu.

ada usaha usaha, ada suara suara yang meminta kaset rakaman itu dijual diperingkat sekolah. namun atas percaturan politik sekolah, ia tidak dilaksanakan. namun kerjaya saya sebagai penyanyi (bajet giler) waktu itu terus berkembang. jika ada tetamu yang hadir kesekolah, maka sayalah yang akan menjadi penghibur, menyanyi dipentas. Di sekolah, saya lah juara menyanyi.Persembahan demi persembahan dibuat...bagaimana dengan akademik??????

waktu itu kesedaran akademik saya agak rendah. dah la tak reti English, malas pulak tu.
pada waktu itu, englis saya asyik dapat E je. tetapi matematik saya selalu skor walaupun saya jarang dikelas.Ini kerana Indonesia ajar matematik lebih advance dari Malaysia..Waktu tu saya tak banyak usaha pun. if sekolah buat kelas tusyen, saya datanglah. Sekolah bagi kerja rumah, saya buatlah...ikut jer..

Dengan berbekalkan sedikit ilmu, sayapun menduduki peperiksaan UPSR. terasa asing bagi saya UPSR ini. sebab tak pernah pernah ada peperiksaan macam ni. akhirnya setelah berusaha dengan termampu...saya pun memperoleh......3A, 1B dan 1 C

Bahasa Melayu Pemahaman A
bahasa melayu Penulisan A
Matematik A
Sains B
Bahasa Inggeris C

ada guru yang sangat berharap saya akan dapat 5A. tapi tak logik la harapan sebegitu,kan?
mana cukup mantap lagi...

ok, BERTEMU LAGI DISIRI 4

PERSOALAN:
1. apakah saya kekal jahil dalam bahasa inggeris?
2. bagaimanakah kerjaya nyanyian saya?
3. apakah saya mengalami zaman renaissance?
4. bagaimana pula keputusan PMR saya?


TO BE CONTINUED....

Sunday, March 15, 2009

Sejarah Akademik-Siri 2

bertemu kembali...

sekembalinya ke Malaysia, Perkara pertama yang diusahakan oleh Ibu bapa saya ialah memohon izin Kementrian Pelajaran untuk menyekolahkan saya disekolah kebangsaan. pada wakktu ini, iaitu sekitar bulan Oktober 1998, ibu bapa saya tidak lagi tinggal di estate, tetapi sudah berpindah ke Beranang, Selangor Darul Ehsan. Ekonomi keluarga sudah baik pada waktu ini. Terlalu banyak karenah Kementrian pada waktu itu. Saya tidak mengalami masalah, tetapi adik saya waktu itu dihalang bersekolah semata mata kerana namanya yang tidak kedengaran melayu. Namanya, Dorisman menjadi masalah kepada Kementrian ketika itu yang beribu pejabat di Shah Alam, sedangkan adik saya adalah warganegara Malaysia kerana dia lahir disini.

Dengan penuh emosi ibu saya terpaksa merayu kepada kementrian dan akhirnya saya dan adik saya dibenarkan bersekolah. akhirnya pada JAN 1999, Saya mendaftarkan diri di SEKOLAH KEBANGSAAN BERANANG. Saya darjah 6, adik saya darjah 4. Saya dimasukkan di kelas 6 mekar ketika itu (kelas tercorot). Saya pada waktu itu tiada masalah dengan bahasa melayu, kerana saya sememangnya anak melayu. Saya dahulunya membesar disini. Lagipun, di Indonesia saya sentiasa mengikuti siaran Buletin Utama TV3 melalui pancaran satelit parabola.

Banyak cabaran yang saya terpaksa hadapi ketika itu. Pertama, saya tidak tahu bahasa Inggeris. Saya tiada asas bahasa inggeris sebagaimana pelajar pelajar lain. Kadang-kadang saya diejek rakan rakan kerana membaca dengan pronounciation yang salah. Jadi apa yang saya harus lakukan?UPSR sudah dekat...Cabaran kedua ialah, perbezaan kosa kata bahasa Indonsia dan bahasa Malaysia. Saya seringkali ditegur oleh guru saya kerana kesilapan bahasA dalam karangan. Dan cabaran lain ialah mentaliti murid murid lain. Saya seringkali diejek "indon" oleh mereka. Kurang ajar bukan? tapi itulah yang selalu mereka katakan. Waktu itu saya memang rasa malu dan rendah diri.

Namun disebalik ejekan dan masalah penguasaan Bahasa Inggeris ketika itu, dengan sekelip mata nama saya terus melonjak popular waktu itu. dalam waktu sebegitu singkat, nama saya meniti dibibir bibir murid murid dan juga guru guru. Nak tahu sebab apa? tunggu siri selanjutnya.

persoalan;

apakah yang menjadikan penulis popular tiba tiba di Sk beranang?
Bagaimanakah penulis menghadapi peperiksaan UPSR dengan penguasaan BI yang cetek?
apakah keputusan UPSR penulis?

NANTIKAN SIRI KE-3 TIDAK LAMA LAGI..

TO BE CONTINUED...

Friday, March 13, 2009

SEJARAH AKADEMIK SAYA

*nota: Artikel ini ditujukan khasnya kepada adik adik saya di UTP dikalangan BATCH JULY07 dan BATCH JAN08. Semoga ia dapat memberi sedikit pengajaran.

SIRI SATU [1].....

PERJALANAN AKADEMIK SAYA SEMENJAK KECIL SEHINGGA KINI

1. PRA SEKOLAH

saya semasa kecil tinggal di estate di Port Dickson. Ibu bapa saya adalah buruh di
ladang kelapa sawit. Mereka berdua datang dari Indonesia. Hidup susah waktu itu.
Ketika umur saya 5-6 tahun, saya masuk Tadika. oleh kerana Majoriti penghuni
estate
adalah orang india,maka hanya tadika India yang wujud. Tidak ramai orang melayu
disana. Jadi sayapun bertadika di situ. Kalau tak silap,hanya ada 2 orang anak
melayu (indonesia) bersekolah disana. Saya menjadi murid kesayangan waktu itu.
Guru india saya tu baik dengan saya. Waktu itu apa-apa lagu kanak kanak dalam
bahasa tamil yang diajar akan cepat dan mudah saya ingati. Malah sehingga ke hari
ini,saya masih ingat satu lagu.

2. SEKOLAH RENDAH

1. SEKOLAH DASAR TANJUNG DURIAN, INDONESIA

saya tak sempat habiskan tadika saya di Malaysia. Lantas ibu bapa saya telah
bertekad menghantar saya pulang ke Indonesia untuk tinggal bersama nenek. Bukan
kerana mereka tidak sayang, cuma demi masa depan saya.Mereka waktu itu cukup susah
bagi memastikan saya dapat belajar disekolah,dapat mengaji..maka saya pun pulang
ke Sumatera Barat, Indonesia. Saya masih ingat ketika waktu pagi sebelum van
akan bertolak ke Pelabuhan melaka, Ibu saya mendukung dan menatap muka saya sambil
menangis. Saya masih kecil dan tidak tahu apa apa. Saya tinggal di Indonesia sela
ma 6 tahun lamanya (1992-1998). Saya belajar di Sekolah Dasar Tanjung Durian.

Di Malaysia, ia di panggil sekolah rendah. Sekolah disana agak kecil. hanya dalam
lingkungan 100++ murid.seorang guru akan mengajar semua subjek. pakaian sekolah
adalah seperti yang anda lihat dalam tv tu. bercelana pendek,bertopi dan bertai.
di Indonesia, Bahasa Inggeris diajar mulai Sekolah Menengah. Jadi saya waktu itu
hanya belajar :

Matematika
Bahasa Indonesia
Ilmu Pengetahuan Alam (sains)
Ilmu Pengetahuan Sosial
Sejarah
Pendidikan Islam
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Seni

di Indonesia, suasana saya ketika itu agak lain. lebih banyak bermain dan dirumah
tidak belajar langsung. petang pegi mengaji. waktu tu buku tulis je ada. buku teks
hanya orang kaya je mampu beli. Tiada langsung kesedaran untuk bersungguh sungguh
menuntut Ilmu. setiap kali exam, dapatlah ranking no 7 dalam kelas. Pendidikan
saya terhenti sewaktu darjah 6. tak sempat habis pun. Umur waktu tu sudah hampir
12 tahun. Masa untuk buat Identity Card. Jadi selepas menguruskan Passport ke
Malaysia, saya dan makcik pun bertolak. Alhamdulillah setelah 6 tahun lamanya,
saya kini kembali menjejakkan kaki di Bumi Malaysia..maka bermulalah satu era baru
dalam hidup saya.

apakah nasib saya selepas sampai ke Malaysia?
apa pula karenah Jabatan Pendidikan Ketika itu?
Bagaimana saya menghadapi UPSR tanpa ada ilmu bahasa Inggeris?


TO BE CONTINUED...kisah seterusnya akan menyusul kemudian

Thursday, March 12, 2009

CARA ELAK MENGANTUK DALAM KELAS

Ramai orang mengantuk apabila berada dalam bilik kuliah. Saya yakin kebanyakan mereka
tidak berniat pun untuk tidur, cuma..ntah la..kita memang senang terlelap dalam bilik
kuliah.Proses ini dipercepatkan lagi sekiranya subjek yang di ajar susah difahami dan membosankan.

Bagaimana untuk mengelakkan kejadian ini berlaku? Saya sebenarnya tidak layak langsung nak cakap bab ni, sebab dulupun saya selalu jugak tertido dalam kuliah. Bukan sebab saya tak cukup tidur. Bukan sebab saya malas, tapi....mungkin sebab keadaan terlalu senyap, subjek susah sangat nak faham dan bosan.

Berikut mungkin SEDIKIT TIPS dari orang yang tidak layak seperti saya. InsyaAllah balik UTP bulan 7 ni saya akan praktikkan.InsayAllah ianya mudah nak buat.

TIPS ELAK TIDO

1. Sila BELI GULA2 GETAH dengan kuantiti yang mencukupi. bila lecture start jer,makan
sekaligus 2 biji gula getah serentak. Apabila mulut aktif mengunyah, kita akan
susah nak ngantuk.Saya dikuantan ni sedang mengajar tusyen peribadi. orang kaya la
katakan. baru je nak start tusyen,dia dah menguap. too much sangat. Nak kata saya
boring tak mungkin. Sebab saya guru profesional (huhu). Rupanya dia jenis yang mmg
tido awal, seawal 10 mlm. Saya fikir punya fikir, lantas untuk kelas seterusnya sy
pun beli chewing gum yang bewarna warni. memang berkesan usaha ni. Dia dah tak
ngantuk,bersemangat walaupun tusyen dari pukul 8 hingga 11 mlm.

2. bawaklah SEBOTOL air masak. otak kita ni 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen
kurang ke otak, walaupun hidung korang tak berhenti henti bernafas. bila minum
air,bandalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Berapa
ramai yang sanggup buat tips no 2 ni sila angkat tangan? tengok orang cina, rajin
bawak air.orang melayu ni susah sangat. bajet macho/cantik la. dah..dah..jangan
malu. Beli botol air yang cantik,letak dalam beg. OK?

3. Bila ngantuk dalam kelas, selepas cuba menahannya tapi ternyata gagal, maka sila
keluar dari bilik kuliah dengan serta merta!!bukan untuk balik umah and tido, tapi
untuk ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah tak ngantuk dah.

4. kalau ngantuk suruh kawan sebelah urutkan bahu dan belakang. Jangan urut leher
or belakang kepala sebab ini akan menyebabkan orang tido lebih lena. tips ini
saya dengar waktu kem permata dulu.



cukuplah 4 TIPS. jangan banyak2. simple, bawak chewing gum, ataupun bawak air, or basuh je muka bila ngantuk or kalau dah miskin dan papa kedana sangat, mintalah kawan urutkan. OK. Selamat mencuba.

Wednesday, March 11, 2009

SAHABAT

1. sahabat, teman dan kawan? apa bezanya? saya sendiri tidak pasti. tapi saya ada
takrifan tersendiri. sahabat bagi saya ialah teman yang kita anggap rapat dengan
kita.kita senang dengan kehadirannya dan dia pun senang dengan kehadiran kita.
Biasanya orang yang saya gelar sahabat ini, saya pasti berasa sayang padanya. bila
berjauhan, saya pasti akan merindui mereka. itu sahabat.

2. tetapi saya ada teman dimana, saya gembira bersama mereka, tetapi tidaklah terlalu
rapat. biasa saja. tapi teman sebegini boleh membuat kita gembira. namun ada atau
tiadanya dia, kita tidak akan berasa apa apa. teman jenis ini saya panggil kawan.
kawan boleh jadi sangat membantu kepada kita baik dalam pelajaran dan sebagainya,
namun tidaklah sampai keperingkat sahabat seperti yang saya terangkan seperti
diatas.

3. saya memiliki sahabat yang sangat ramai. saya rasa sahabat saya lebih ramai dari
kawan kawan saya.adakah kita menyayangi sahabat kita? kalau anda tanya saya, saya
kata YA. saya yakin para pembaca juga menyayangi sahabat masing masing. bolehkah
kita mengatakan kepada sahabat kita, bahawa kita menyayanginya? saya rasa tidak
ramai yang buat. bukan apa. ini bukan satu kebiasaan bagi mereka. ramai yang
berpendapat, sayang itu tidak perlu disebut,tidak perlu diucap. cukuplah ianya
terlihat dari sikap kita. adakah ini benar?

4. ia mungkin benar. tapi saya tidak bersikap begini. saya berpendapat sayang itu
perlu diucapkan. Rasulullah dalam hadisnya ada menyebut jika kita merasa sayang
kepada saudara kita (sahabat) maka katakanlah ia. seorang ustaz juga pernah
memberi kuliah beberapa tahun yang lampau. beliau mengatakan adalah ZALIM
seseorang sahabat itu apabila dia sayangkan sahabatnya tapi dia tidak
mengatakannya.

5. namun, terpulanglah kepada anda wahai pembaca. ini hanyalah pandangan peribadi
saya. seperti yang saya katakan ia belum menjadi suatu kebiasaan dalam diri
dan masyarakat kita untuk berbuat begitu. seperti budaya bersalaman,berlaga pipi
ataupun berpelukan apabila bertemu, itu belum menjadi budaya dalam masyarakt kita.
tetapi di negara arab, itu tiada menjadi persoalan.

6. Rasulullah dikhabarkan dalam sirah, apabila sahabatnya orang badwi datang kepada
baginda, baginda akan merasa sangat gembira lalu mencium dahi arab badwi itu
kerana rindu lama tak jumpa. begitu juga dengan satu lagi kisah dimana Rasulullah
mememeluk seorang sahabatnya dari belakang disebuah pasar kerana ingin bergurau.
banyak lagi kisah lain yang saya rasa, para pembaca lebih arif tentangnya.

7. jadi,hargailah sahabat sahabat anda.

Tuesday, March 10, 2009

Ziarah ke UTP

Assalamualaikum w.w

1. Seperkara yang saya sentiasa nanti nantikan semasa sesi praktikal ini ialah bila
saya akan pulang ke UTP. Alhamdulillah selepas 3 bulan berpraktikal, saya dapat
menghirup semula udara UTP. Saya dengan relanya mengorbankan cuti 2 hari beserta
3 hari cuti umum, merentas negeri pahang dengan niat menziarahi sahabat-sahabat
yang dirindui.

2. Saya tiba di UTP pukul 3 pagi jumaat lepas dan solat subuh dimasjid An Nur.
Ramai sungguh sahabat yang turun pagi itu. mereka datang lalu memeluk saya
silih berganti. hati terasa sangat rindu kepada mereka. Saya nampak wajah mereka
gembira. Tetapi sebenarnya sayalah orang yang paling gembira hari itu.

3. Kesempatan yang ada saya gunakan untuk menziarahi bilik bilik sahabat dan bilik
bekas ahli ahli usrah dan juga adik adik yang lain. selain tidur di masjid, saya
juga tidur di bilik sahabat sahabat lain. tiada towel pinjam saja towel mereka,
tiada berus gigi boleh berkongsi. tiada shower boleh pinjam. begitulah ukhuwwah
kami.

4. saya juga berpeluang menemui sahabat saya yang sudah setahun tidak berjumpa. tapi
sayang kami hanya sempat makan malam sahaja. tidak sempat untuk berbual bual
panjang.

5. ada yang kata saya nampak berisi.tapi rata rata yang menemui saya berkata saya
nampak biasa saja (maintain). tiada siapa yang kata saya kelihatan kurus. apapun
jawapan mereka, saya tiada masalah. kami tetap sahabat.

6. sempat juga keluar makan makan bersama kawan kawan. ada makan dimapley, ada makan
di RK, ada makan di cafe v5, ada minum petang di v2, sarapan di USM dan ada juga
makan tengah hari nun di Ipoh!. sedap..

7. Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan ziarah ini. saya boleh kata saya berjumpa
dengan 99% sahabat di UTP. walaupun ada sahabat yang hanya sempat bertemu sebentar
saja (sharifudin,syawal,fadhli) namun saya cukup gembira kerana masih sempat ber
jumpa.

8. minta maaf kepada nik akmal,faidhah,muhamad,fauzi dan hamzah kerana tidak sempat
untuk ke blok anda. saya lupa. tapi apapun kita still dapat jumpa di majlis
majlis
lain.

9. terima kasih kepada semua sahabat sahabat dikampus kerana sudi menerima kedatangan
kami. kepada sahabat se-intern terima kasih banyak dan minta maaf atas salah dan
silap. Jika sesiapa ada menjumpai sweather saya berwarna coklat, sila hubungi
saya yup.

10.tidak kurang juga yang memberi pokok kecil. maaf saya terpaksa tinggalkan di UTP
kerana susah nak bawak balik. nasihatnya saya ambil, tetapi pokoknya saya
wasiatkan kepada syed haq untuk dijaga. saya minta maaf, saya ni jenis yang tak
pandai hargai barang/hadiah yang sahabat/cikgu or sapa2 bagi. lain kali kalau
sapa2 nak bagi hadiah dan nak saya jaga hadiah tu, belilah jam ke, t-shirt ke,
kasut ke...huhu..barulah melekat kat badan.


akhir sekali, insyaAllah kita akan bertemu lagi dalam sedikit masa sahaja lagi.
pesanan kepada adik2, jaga akdemik baik baik. ingat amanah akademik kita.
jangan lupa ya. kepada sahabat-sahabat, sila bantu membantu dalam akademik
especially adik adik yang kat bawah tu.saya minta sangat tolong guide mereka.

k salam

Tuesday, March 3, 2009

SIDANG DUN PERAK SAH

1. hari ini perak sekali lagi mencipta sejarah.
2. tidak pernah berlaku dalam sejarah, sidang dewan undangan negeri dibuat dibawah pokok.

3. Speaker dewan S. Sivakumar telah memanggil sidang tergempar hari ini.
4. BN yang ternyata takut, telah mengerah polis untuk mengepung bangunan SUK.

5. S. Sivakumar bersama-sama dengan pakar perlembagaan telah mengkaji peruntukan dalam
peraturan tetap dewan. mereka mendapati kuasa memanggil sidang tergempar boleh
dibuat tanpa ia perlu merujuk Sultan.
6. ini bukan soal main main. Walaupun ramai orang BN yang kata sivakumar main main.

7. kenal Professor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff?
8. beliau ialah seorang pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik
danStrategiUniversiti
Kebangsaan Malaysia (UKM).

9 beliau berpendapat, sidang Dun perak siang tadi adalah sah walaupun dibawah pokok.
10.bukan sekadar itu, hatta diatas pokok sekalipun ia tetap sah.

11.beliau berkata, ketiga tiga usul yang diluluskan juga adalah sah dan tidak boleh
dicabar dimahkamah.
12.ini ternyata mengejutkan ramai pihak.

13.walaupun ada ahli perlembagaan yang kata ia tidak sah dan tidak mengikut
perlembagaan,namun mereka lupa satu perkara.
14.menurut Profesor Agus, sidang dun perak bukan dihentikan, tetapi hanya ditangguhkan.

15.Justeru, speaker Sivakumar berhak memanggil sidang dewan tanpa perkenan sultan.