Tuesday, March 10, 2009

Ziarah ke UTP

Assalamualaikum w.w

1. Seperkara yang saya sentiasa nanti nantikan semasa sesi praktikal ini ialah bila
saya akan pulang ke UTP. Alhamdulillah selepas 3 bulan berpraktikal, saya dapat
menghirup semula udara UTP. Saya dengan relanya mengorbankan cuti 2 hari beserta
3 hari cuti umum, merentas negeri pahang dengan niat menziarahi sahabat-sahabat
yang dirindui.

2. Saya tiba di UTP pukul 3 pagi jumaat lepas dan solat subuh dimasjid An Nur.
Ramai sungguh sahabat yang turun pagi itu. mereka datang lalu memeluk saya
silih berganti. hati terasa sangat rindu kepada mereka. Saya nampak wajah mereka
gembira. Tetapi sebenarnya sayalah orang yang paling gembira hari itu.

3. Kesempatan yang ada saya gunakan untuk menziarahi bilik bilik sahabat dan bilik
bekas ahli ahli usrah dan juga adik adik yang lain. selain tidur di masjid, saya
juga tidur di bilik sahabat sahabat lain. tiada towel pinjam saja towel mereka,
tiada berus gigi boleh berkongsi. tiada shower boleh pinjam. begitulah ukhuwwah
kami.

4. saya juga berpeluang menemui sahabat saya yang sudah setahun tidak berjumpa. tapi
sayang kami hanya sempat makan malam sahaja. tidak sempat untuk berbual bual
panjang.

5. ada yang kata saya nampak berisi.tapi rata rata yang menemui saya berkata saya
nampak biasa saja (maintain). tiada siapa yang kata saya kelihatan kurus. apapun
jawapan mereka, saya tiada masalah. kami tetap sahabat.

6. sempat juga keluar makan makan bersama kawan kawan. ada makan dimapley, ada makan
di RK, ada makan di cafe v5, ada minum petang di v2, sarapan di USM dan ada juga
makan tengah hari nun di Ipoh!. sedap..

7. Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan ziarah ini. saya boleh kata saya berjumpa
dengan 99% sahabat di UTP. walaupun ada sahabat yang hanya sempat bertemu sebentar
saja (sharifudin,syawal,fadhli) namun saya cukup gembira kerana masih sempat ber
jumpa.

8. minta maaf kepada nik akmal,faidhah,muhamad,fauzi dan hamzah kerana tidak sempat
untuk ke blok anda. saya lupa. tapi apapun kita still dapat jumpa di majlis
majlis
lain.

9. terima kasih kepada semua sahabat sahabat dikampus kerana sudi menerima kedatangan
kami. kepada sahabat se-intern terima kasih banyak dan minta maaf atas salah dan
silap. Jika sesiapa ada menjumpai sweather saya berwarna coklat, sila hubungi
saya yup.

10.tidak kurang juga yang memberi pokok kecil. maaf saya terpaksa tinggalkan di UTP
kerana susah nak bawak balik. nasihatnya saya ambil, tetapi pokoknya saya
wasiatkan kepada syed haq untuk dijaga. saya minta maaf, saya ni jenis yang tak
pandai hargai barang/hadiah yang sahabat/cikgu or sapa2 bagi. lain kali kalau
sapa2 nak bagi hadiah dan nak saya jaga hadiah tu, belilah jam ke, t-shirt ke,
kasut ke...huhu..barulah melekat kat badan.


akhir sekali, insyaAllah kita akan bertemu lagi dalam sedikit masa sahaja lagi.
pesanan kepada adik2, jaga akdemik baik baik. ingat amanah akademik kita.
jangan lupa ya. kepada sahabat-sahabat, sila bantu membantu dalam akademik
especially adik adik yang kat bawah tu.saya minta sangat tolong guide mereka.

k salam

No comments: