Sunday, March 15, 2009

Sejarah Akademik-Siri 2

bertemu kembali...

sekembalinya ke Malaysia, Perkara pertama yang diusahakan oleh Ibu bapa saya ialah memohon izin Kementrian Pelajaran untuk menyekolahkan saya disekolah kebangsaan. pada wakktu ini, iaitu sekitar bulan Oktober 1998, ibu bapa saya tidak lagi tinggal di estate, tetapi sudah berpindah ke Beranang, Selangor Darul Ehsan. Ekonomi keluarga sudah baik pada waktu ini. Terlalu banyak karenah Kementrian pada waktu itu. Saya tidak mengalami masalah, tetapi adik saya waktu itu dihalang bersekolah semata mata kerana namanya yang tidak kedengaran melayu. Namanya, Dorisman menjadi masalah kepada Kementrian ketika itu yang beribu pejabat di Shah Alam, sedangkan adik saya adalah warganegara Malaysia kerana dia lahir disini.

Dengan penuh emosi ibu saya terpaksa merayu kepada kementrian dan akhirnya saya dan adik saya dibenarkan bersekolah. akhirnya pada JAN 1999, Saya mendaftarkan diri di SEKOLAH KEBANGSAAN BERANANG. Saya darjah 6, adik saya darjah 4. Saya dimasukkan di kelas 6 mekar ketika itu (kelas tercorot). Saya pada waktu itu tiada masalah dengan bahasa melayu, kerana saya sememangnya anak melayu. Saya dahulunya membesar disini. Lagipun, di Indonesia saya sentiasa mengikuti siaran Buletin Utama TV3 melalui pancaran satelit parabola.

Banyak cabaran yang saya terpaksa hadapi ketika itu. Pertama, saya tidak tahu bahasa Inggeris. Saya tiada asas bahasa inggeris sebagaimana pelajar pelajar lain. Kadang-kadang saya diejek rakan rakan kerana membaca dengan pronounciation yang salah. Jadi apa yang saya harus lakukan?UPSR sudah dekat...Cabaran kedua ialah, perbezaan kosa kata bahasa Indonsia dan bahasa Malaysia. Saya seringkali ditegur oleh guru saya kerana kesilapan bahasA dalam karangan. Dan cabaran lain ialah mentaliti murid murid lain. Saya seringkali diejek "indon" oleh mereka. Kurang ajar bukan? tapi itulah yang selalu mereka katakan. Waktu itu saya memang rasa malu dan rendah diri.

Namun disebalik ejekan dan masalah penguasaan Bahasa Inggeris ketika itu, dengan sekelip mata nama saya terus melonjak popular waktu itu. dalam waktu sebegitu singkat, nama saya meniti dibibir bibir murid murid dan juga guru guru. Nak tahu sebab apa? tunggu siri selanjutnya.

persoalan;

apakah yang menjadikan penulis popular tiba tiba di Sk beranang?
Bagaimanakah penulis menghadapi peperiksaan UPSR dengan penguasaan BI yang cetek?
apakah keputusan UPSR penulis?

NANTIKAN SIRI KE-3 TIDAK LAMA LAGI..

TO BE CONTINUED...

No comments: