Monday, August 10, 2009

TELAH MEMBERI PENJELASAN

Salam

Alhamdulillah hasrat saya untuk belanja sahabat saya makan sudah menjadi kenyataan.
Thanks kepada Din,Muiz,Ain dan Fadhli yang turun sekali malam tadi. Jika anda sume rasa suka saya belanja, saya rasa lebih suka sebab dapat belanja sahabat sahabat saya.

Malam itu hati saya rasa cukup serba salah. kerana Din telah membawa sekali seorang sahabat ni..siapa nama dia?tak usah sebutlah. Tapi apa boleh buat. Din sudah mempelawa. walaupun saya merasakan tidak sesuai, tapi perkara sudah di atur.

saya berterima kasih banyak kepada sdr din yang baik hati. yang telah banyak memberi pertolongan dan bantuan dalam menjernihkan sesuatu persahabatan. Anda sungguh bersungguh sungguh. murni hati anda.

Mulanya saya tidak tahu nak kata apa. Speechless. Din mencuit. suruh bercakap. tapi akhirnya orang itu bercakap, berkata sesuatu. penjelasannya pendek. tapi cukup untukku fahami.

tidak dinafikan saya telah bercakap banyak pada malam itu. menerangkan satu persatu perkara yang ada dalam hati. walaupun sering disampuk oleh Din dan yang lain, tapi alhamdulillah saya sangat berharap mesej itu sampai ke hatinya.

hati saya lega kini. semuanya telah diungkapkan. saya melihat air mukanya sewaktu dia bercakap. Pengorbanannya lebih tinggi dari yang saya sangkakan. Riak wajahnya jelas.

Saya jelaskan, segala isu yang timbul bersabit dengan saya. ia cukup mudah untuk diselesaikan. cukup dengan penjelasan. saya perlukan penjelasan.jika timbul isu, sila jelaskan. itu saja permintaan saya. konflik iu biasa la. salah faham itu lumrah la. itulah ruang untuk kita lebih mengenali satu sama lain. dalam 2 hari ni terdapat ucapan ucapan yang di tujukan khas kepada saya dalam majlis dihadiri orang ramai.
ada kalanya ia berbunyi mahu menghentam saya. tapi saya berdiam diri dan tidak berhasrat untuk respons lebih lebih.

kepada dia, itulah penjelasan saya. harap anda faham sahabat. harap masih ada sinar harapan untuk ukhuwwah kembali bersemi.

No comments: