Saturday, August 8, 2009

Yang ikhlas vs yang takut kecik hati

Satu persoalan yang ditimbulkan seorang sahabat saya dalam perjalanan pulang dari KL
ke Perak sebentar tadi. Isu bahawa mungkin wujudnya sahabat sahabat yang sebenarnya berbuat baik dan mesra kerana takut saya kecik hati/merajuk.

ntah la, sama ada dia bergurau atau bersahaja. sama ada itu ungkapan selamba atau serius.apapun, kata kata nya itu betul betul buat saya terdiam. saya tidak mampu berkata apa apa sepanjang perjalanan dari KL-Perak.

namun tiada siapa yang dapat menangkap punca saya diam. saya mengambil peluang menghubungi beberapa shbt terdekat bertanya sendiri pada mereka. Alhamdulillah tidak ada yang negatif. cuma masih ada 2 shbt yang masih belum membalas.

saya menggesa *PEMANDU KERETA ITU SENDIRI* untuk menyatakan pendiriannya. Yang mana satukah dirinya,
shbtku yang betul2 ikhlas atau shbt yg mesra sekadar mahu mengelakkanku kecil hati?

-penulis-

No comments: