Wednesday, November 4, 2009

IT'S NOT TIME FOR CHANGE, IT'S NOW TIME TO WALK THE TALK


Masanya sudah tiba untuk kita semua bangkit berubah.Kita semua sudah ada kesedaran untuk mencipta kejutan pada kali ini.Dalam keadaan course work mark yang tidak menentu,prestasi test yang tidak menentu,adalah sukar untuk meramalkan keputusan rasmi untuk peperiksaan kali ini.


saya sendiripun tidak pasti grade setiap subjek yang bakal saya bakal pungut, kerana segalanya tidak ketahuan,coursework tidak keluar,markah test tidak diketahui sampai ke hari ini,jadi macam macam kemungkinan boleh berlaku.


apa tindakan kita?ya!! buat sahaja apa yg terbaik untuk final ini. masa yang seminggu ni jangan di sia-siakan. buat persediaan terbaik.baca buku.buat latihan,buat soklan final,jumpa lecturer.


keputusan kali ini akan menjadi kayu ukur pada kita semua. sejauh mana usaha kita selama ini berjaya. sejauh mana semangat kita telah pulih dari semester lepas,dan sejauh mana agenda perubahan itu diterjemah dalam bentuk tindakan.

mari buktikan.cukuplah sekadar kita berteori semata mata,buktikan kepada saya sejauh mana perubahan yg anda mampu lakukan.berubah mungkin bukan dalam masa sehari. Tapi anda sudah diberi masa 1 semester untuk berbuat demikian.

EXAM KALI INI AKAN MENJADI KAYU UKURNYA.