Wednesday, January 28, 2009

Sejarah Di Kesan Semula


1. Aku sememangnya gemar membaca surat kabar. itu adalah hobiku yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa. Aku membaca semua surat kabar tidak kiralah yang Pro BN seperti Utusan Malaysia mahupun yang pro Pas seperti Harakah.

2. aku baca semua. jadi mudah untuk kita membuat perbandingan. tapi aku tahu, Utusan kalau cakap bab politik memang tak boleh dipercaya. tapi kalau soal hiburan dan berita lain mungkin boleh dipertimbangkan.

3. Walaupun aku secara prinsipnya tidak menerima akhbar Utusan malaysia kerana fitnah dan sikap membodek dan mengampu yang melampau, namun aku tidak lupa jasa akhbar Utusan pada hidup aku.

4. sebentar tadi semasa aku membaca Utusan Online aku pun terlihat satu ikon disebelah kanan iaitu 'ARKIB'. setahu aku arkib bermaksud segala keluaran Utusan yang sebelum ini akan disimpan di situ. maka aku pun search untuk keluaran 11 Mac 2005.

5. ingatkah saudara (batch jan 05 dan july 05) tarikh 10 Mac 2005? itu adalah tarikh kita mengambil result SPM. aku didatangi wartawan Utusan pada hari itu. dan keesokan harinya, wajahku terpampang di muka hadapan akhbar Utusan yang sekarang ini sudah kubenci.

6. aku tak nak POST dekat sini. cukuplah aku bagi link. indah betul memori waktu tu. tapi masuk paper pun korang sume bukan kenal aku pun time tu. aku tak popular pun.

7. this is the link :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

note : kuruskan aku waktu tu? 60 kg time tu. ingin kembali ke saiz itu..

1 comment:

Bukhari Razali said...

salam..wahhh..abangku ini merupqakan scorer yerkk..ana terharu ngan ketabhan abang..takbir!