Sunday, June 28, 2009

ASSALAMUALAIKUM W.W

Apa khabar wahai pembaca sekalian?sehat?saya doakan anda semua sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t. Lama dah rasanya saya tak update blog saya ni. mesti ramai yang tertunggu tunggu post post terbaru. betul tak? (perasan)

Saudara,

kalau saudara nak tau,ini adalah minggu terakhir saya berpraktikal. selepas ni saya akan pulang ke kampus semula. tapi, tulah, dikampus nanti banyak cabaran yang bakal menunggu saya. saya gusar, bimbang kalau kalau saya tidak cukup kuat menempuh semua itu.

MICHAEL JACKSON

saya sungguh terkejut mendengar berita kematian penyanyi ini. saya minat dia. saya selalu teringat ingat lagu dan tariannya. Beliau sudah memeluk Islam tahun lepas atas
bimbingan abangnya yang sudahpun islam selama 2 dekad.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa dosanya. Semoga Allah menerima beliau kedalam lembayung rahmat-Nya.

MANIK URAI

saya tak berapa follow sangat politik nasional untuk dua tiga hari ini, tapi dari apa yang saya baca skrg, bahang pilihanraya kecil MU makin terasa. kedua dua parti sudah menamakan calon mereka. PAS menampilkan seorang pemborong ikan, UMNO pula menampilkan pengerusi KESEDAR.

Sebagai kubu kuat, PAS tidak menghadapi masalah besar untuk menang lagi di situ. lagipun, orang kelantan ini sangat bijak berpolitik. Najib sendiri mengakui laluan UMNO sukar disana, namun masih memberi harapan untuk menang. Good Luck UMNO. (sindir)

DEBAT NIK AZIZ vs NAJIB

bagusnya kalau jadi kenyataan. siar secara langsung di tv9. macam debat minyak yang dulu2 tu. saya boleh jamin satu Malaya akan tengok. tapi saya yakin Najib dan UMNO tak kan berani. caya lah.

JUMPA DIKAMPUS

oklah, sahabat2 pembaca, jumpa anda semua nanti ya dikampus. tata.

1 comment:

civilized said...

aduyai, biese jew post kali nie,
sibukkah anda
(buat tak surat kuning tu, malasnye nak que kat klinik, ekek)