Tuesday, April 28, 2009

Buat z._.i_i_._.l

Dikau..
Membuat hidupku ceria
Dengan senyumanmu ku memuja kebesaran
Tuhan yang Maha Esa

Bahagia
ku rasa bila bersamamu
tiada apa yang dapat digambarkan
membawa sinar baru..

Janjimu kepadaku
Sentiasa disisi ku selalu
mana mungkin segalanya
Namun kini kau tiada lagi

mungkin kitakan bertemu
takdir penentu

Sukar untuk ku temui lagi
insan mulia yang sejati
suka dan duka bersama kita lalui

Namunku..
kan teruskan
walau kau tiada di sisiku lagi
menempuhi segalanya
kan ku teruskan jua

mungkin kita kan bertemu
takdir penentu

Sunday, April 26, 2009

JARANG BEGINI

1. salam. kpd yg berkenaan.
2. Saya pernah cakap dulu, saya tak pernah berkecil hati dengan anda. tapi itu dulu.
3. Mmg tidak di nafikan beberapa bulan yg lepas saya mmg ada terasa hati dgn anda. atas
sebab apa,anda tak perlu tahu.
4. Tapi saya dah lupakan. Buat apa saya nak fikirkan lama-lama. tahu la saya nak cakap
pujuk diri sendiri.
5. Kuatkanlah diri.Saya sarankan anda menghayati kisah rampasan kuasa di Perak tempoh
hari.Cuba selami ketabahan dan kekuatan Dato Seri Ir Nizar
6. Saya banyak menulis pasal politik. Dan saya banyak belajar dari ketabahan ahli ahli
politik dalam menjaga kerajaan mereka.
7. Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor. Ir Nizar di Perak. Lim Guan Eng di Pulau Pinang.
Tuan Guru di Kelantan.
8. Belajar dari ketabahan Dato Seri Anwar Ibrahim mengharungi ujian getir 10 tahun
yang lepas.
9. Bagi saya,apa yang saya alami dalam hidup,dengan shbt, di tempat kerja itu semua
politik. dalam politik ada yang menyokong kita, ada yang mencerca,ada yang salah
faham,ada yang mencari kesalahan dengan sengaja. ramai yg memerhati.
10. biasa la tu.

SELALU BEGINI 2

1. Semalam, saya menerima msg dari seorang shbt dikampus.
bukan shbt, tapi adik saya.

2. Saya hargai mesej nya. walaupun beliau tdak berkredit, tapi masih mampu menghantar
pesanan lewat henset sahabtnya.

3. Katanya, dia teringatkan saya. lalu terus capai henset kawan utk msj saya.

4. terima kasih atas msj itu.

5. Berani saya kata, dikalangan anda, andalah
satu satunya yang memberi pesanan sebegini berharga.

Thursday, April 23, 2009

SELALU BEGINI

1. Ia selalu begini.
2. Ia tentang sahabat/adik2 yg berada dikampus.
3. Hingga ke hari ni, takde sorangpun dikalangn mereka yg menghubungi (call or at
least msg)
4. Melainkanlah kalau saya yg msg dulu. barulah mereka akan reply.
5. Mungkin ramai yg akan kata, sabar..usnuzan..diorang bizi tu..diorang ingt
tu..mungkin bz agaknya..
6. Saya kdg2 terfikir yg saya rasa tiada harganya.
7. terima kasih shbt2 sekalian.

Sunday, April 19, 2009

akademik Siri 6

1. Salam. maaf kepada semua pembaca kerana kelewatan mengupdate blog ini. sejak kemenangan PRK Bukit Gantang tempohari, blog ini dilihat sepi dari sebarang update. seperti yang dijanjikan,penulis akan meneruskan siri akademik kali ke 6.

2. Alhamdulillah buat pertama kali saya memperoleh keputusan A dalam semua matapelajaran. ramai yang mengucapkan tahniah. ramai juga yang memberi hadiah. Buat kali pertama,4 orang rakan termasuk saya memeroleh keputusan 8A dalam PMR.

3. Apa selanjutnya?saya bersekolah seperti biasa di SMK Khir Johari di tingkatan 4 baiduri. beberapa ketika selepas itu, saya memperoleh 2 tawaran. Pertama ke Sekolah Teknik Tuanku Jaafar,Seremban dan juga Sekolah Menengan Sains Muar (SAMURA). Akhirnya saya membuat keputusan untuk ke SAMURA.

4. Saya bukanlah berasal dari keluarga senang. Pada waktu itu,keluarga mengalami sedikit masalah kewangan,sedangkan persiapan kelengkapan dan yuran perlu disediakan. Saya masih ingat keluarga hanya dapat meminjam sejumlah wang dari seorang rakan sehari sebelum pendaftaran.

5. Akhirnya saya mendaftarkan diri di SAMURA.semuanya berjalan lancar.di SAMURA hanya ada tingkatan 4 dan 5. Semua orang kelihatan baik. Ketika masuk ke dalam dorm, senior semuanya ramah ramah belaka. Jadi takdelah rasa tak senang.

6. Tetapi, bila mak ayah dan nak balik, saya mula rasa lain. Tak tau kenapa,saya rasa sedih. betul betul sedih.saya pun apa lagi, nangis puas puas. (masa ni tgh f4,bukan f1,huhu).masa tu memang tak rasa malu la. walaupun mak ayah dah balik, tapi still sedih and nangis nangis lagi. semua orang nampak.

7. balik dorm nangis, nak pegi riadah pun sedih sedih lagi.Sampai KP pun cakap 'janganlah sedih,biasala tu, lama lama nanti ok la'.

8.Kawan kawan semua baik. Senior senior pun boleh kata majoriti menyenangkan hati la. guru guru baik baik belaka.Saya pun lama lama semakin kurang sedih. yela, tengan orientasi kan, seminggu pulak tu. So bila semua orang asyik nyanyi nyanyi sebab nak buat persembahan, practise punya practise so sedikit sebanyak kuranglah rasa 'homesick' kat famili.

9.orientasi berakhir. group kami dapat naib johan persembahan malam kebudayaan.kemudian bermulalah siri akademik di asrama....

10. asrama ni lain sangat.semua orang nampak kaya kaya, cantik cantik dan hensem hensem semua. lain dari sekolah biasa. saya masa ni berada di tingkatan 4 cekal. memang cekal habislah..haha.

11. Jujur saya katakan,walaupun orientasi dah habis, walaupun semua orang dah start belajar,namun hati saya semakin tak tenteram duduk di SAMURA. ntah la, memang saya rasa sangatttttt homesick, tapi lama kelamaan...hari berganti hari..minggu berganti minggu..bulan berganti bulan..saya perasan ada satu perkara lain yang sebenarnya sedang saya alami...

12. ianya jauh lebih pahit dari rasa homesick. sepatutnya semakin lama perasan homesick itu semakin hilang, namun saya rasakan jiwa saya semakin sakit dan rosak di SAMURA?apa sebenarnya yang berlaku??

saya akan beritahu dalam edisi yang akan datang..

persoalan
1.apakah yang saya alami sebenarnya?
2.adakah saya kekal di SAMURA?

TO BE CONTINUED.........

Friday, April 10, 2009

Bila DAP membaca al Quran..

1.Penulis rasa terpanggil untuk menukilkan pendapat ke atas isu Setiausaha DAP Perak, Dato Nga Kor Mei berhubung isu bacaan ayat Al Quran oleh beliau dipentas politik Bukit Gantang baru baru ini.Penulis bukanlah ulama,ustaz atau mufti yang mampu menghuraikan isu ini secara ilmiah beserta hujah dan dalil. Namun izinkan penulis melontarkan sedikit pandangan.

2. Penulis merasakan media arus perdana tidak jujur dalam membuat liputan. dalam laman akhbar utusan/berita harian, Dato Nga berkali kali dilabel sebagai menghina Islam,menghina umat Islam,menghina Al Quran. ini adalah pernyataan yang tidak tepat dan penuh emosi. Penulis yang melihat rakaman video tersebut tidak melihat dimana penghinaan yang cuba ditonjolkan.tidak ada.

3. Dato Nga memetik ayat dari Surah Al Anfal yang mesejnya ialah seruan untuk berlaku adil dan ihsan. Itu sahaja. Soal salah sebut,bacaan tak berapa betul itu tidaklah menjadi isu besar.Beliau hanya membacakan ayat dan terjemahannya sahaja. Beliau tidak pula memberi tafsiran yang bukan bukan.

4. Isu ini mesti dilihat dari sudut positif. Dato Nga yang merupakan seorang beragama kristian melihat mesej keadilan Islam ada dalam Kitab AlQuran. Beliau memang banyak bertanya tentang Islam/Quran kepada Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang. Jadi usaha usaha penerangan seperti ini mestilah dipupuk.bukannya dihalang

5. Yang membuatkan UMNO marah ialah kononnya DAP memetik ayat AlQuran untuk mencari sokongan politik semasa kempen tempohari.Saya ingin bertanya apakah Al Quran ini hanya boleh dibaca di masjid dan surau sahaja?Adakah hanya orang Islam sahaja yang boleh membacanya?Adakah politik ini tiada dalam Islam? Mentaliti bahawa politik dan agama mestilah diasingkan ini ternyata masih subur dalam otak ramai orang melayu.pada saya tidak ada salahnya untuk memetik ayat AlQuran tentang Keadilan Islam, kerana sekarang memang banyak berlaku ketidak adilan dalam negara kita.

6. Itulah hikmahnya Pakatan Rakyat. PAS yang Islamist, PKR yang bersifat reformist dan DAP yang dilihat sebagai Sekularist mampu duduk dibawah satu payung. Jika kita lihat sekarang, hanya selepas setahun, dakwah Islam itu sudah tersebar sampai ke dalam kancah DAP.Sekarang keadilan Islam dapat diperjelas hingga ke tokong dan ke kuil. Pimpinan PAS ada yang berbuat begini untuk menerangkan keadilan Islam pada semua. sekarang, berapa puluh ribu masyarakat non muslim di seluruh negara yang menjadi ahli kelab penyokong PAS? sangat ramai sebenarnya. ini hanyalah sebahagian dari masyarakat yang sudah nampak akan corak keadilan Islam dalam pemerintahan.

7. Itu baru setahun. Dakwah berkembang merentasi sempadan politik dan agama. Bagaimana pula dengan UMNO selama 50 tahun? pernah kita dengar MIC dan MCA memetik mana mana ayat Al Quran dalam ucapan mereka? Pernah dengar Sammy Velu memuji keadilan Islam? saya sendiripun jarang mendengar ayat Quran dipetik dalam ucapan pemimpin pemimpin UMNO sendiri.

8. Jadi, Dakwah Islam itu perlulah dikembangkan, bukan dikuncupkan.

Tuesday, April 7, 2009

TAHNIAH Ir NIZAR!

1. Saya mengucapkan tahniah kepada Dato Seri Ir Nizar atas kemenangan beliau di P059 Bukit Gantang. Tahniah juga kepada PAS dan seluruh jentera parti dan juga jentera rakan rakan pakatan rakyat yang bekerja siang dan malam untuk memenangkan calon.

2. Kemenangan ini sudah dijangka. Ir nizar memperoleh undi sebanyak 21,860 jauh meninggalkan calon BN, Ismail Saffian dengan undi sebanyak 19,071. Calon bebas pula hilang wang pertaruhan.

3. Seperti biasa, Menteri2 akan kata ini keputusan rakyat,kami terima, kami akan cuba kaji punca kekalahan..bla bla bla..muak sudah kita mendengarnya. Ismail Saffian pada sebelah pagi hari mengundi berkata bahawa beliau yakin menang.haha..

4. Ismail Saffian sepatutnya menang disana atas beberapa sebab. Pertama akbar,radio dan tv semua berkempen untuk beliau. Kedua menteri menteri, Bekas Perdana Menteri [Tun Mahathir] turun menggempur Bukit Gantang. Ketiga, Nizar kan "derhaka" so mesti rakyat akan tolak dia. Keempat, nizar kan "boneka" DAP,sepatutnya orang melayu yang mewakili 60% pengundi mesti menolak dia. Tambahan pula, Ismail Saffian anak tempatan, mesti orang lagi suka.Lagipun, Bukit Gntang adalah "KUBU KUAT" umno. PAS baru saja berjaya merampasnya mac 2008 yang lalu.

5. Tapi sayang, semua kelebihan itu tidak berguna bagi Ismail Saffian. Seperti yang saya kata dulu, Isu derhaka berkubur bersama sama UMNO di BUkit Gantang. Isu boneka DAP juga berkubur sama.

6. Wahai BN, berubahlah. Janganlah menganngap rakyat kita bodoh. Ini zaman moden. mereka tidak boleh ditipu dengan berita bohong.Semakin banyak kamu berbohong,semakin banyak kamu ada penyakit "syndrom of denial", semakin rakyat akan menjauhi kamu.

7. Kini "kerajaan Sah" BN dibawah Dr Zambry dalam tekanan yang sangat hebat.Keputusan Pilihanraya Bukit Gantang adalah isyarat jelas rakyat "MENOLAK MENTAH MENTAH" kerajaan BN Perak.

8. Penganilisis politik dari Merdeka Center berkata, Jika pilihan raya seluruh Perak diadakan, maka keputusannya adalah akn lebih kurang sama dengan apa yang berlaku di Bukit Gantang.

9. Ir Nizar seperti yang kita tahu, berazam untuk memastikan DUN perak dibubarkan tidak lama lagi bagi memberu laluan kepada Pilihanraya Kecil Seluruh perak. Hanya dengan cara ini kestabilan politik dan ekonomi dapat dikembalikan ke Negeri Perak.

to be continued

Thursday, April 2, 2009

15 bukti Penderhakaan UMNO pada Institusi Raja

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan 15 bukti secara fakta bahawa Umno menjadi petualang dan penderhaka sebenarnya kepada institusi raja di negara ini.

Beliau membuat pendedahan itu semasa melancarkan Gerak Kerja Jentera Pilihan Raya Bukit Gantang baru-baru ini.

Antaranya termasuk:

1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di buang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau.

2. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asalnya beliau hanya mahu memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja. Sampai masa beliau mungkir janji menyebabkan Sultan Idris murka. Baginda bernazar tidak mahu bercukur jambang selagi Ghazali tidak mahu melepaskan jawatannya. Bukan ini derhaka namanya. Tiba-tiba sahaja Tajol Rosli berkata Umno tidak pernah derhaka. Kalau begitu apa tafsiran tindakan bapanya itu?

3. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik Sultan secara terbuka.

4. Pada 1983 Umno mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan tersebut Umno membelasah institusi raja melalui media kawalannya.

5. Semasa Perhimpunan Agung Umno pada 1991 Sultan Kelantan dikritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan Umno di Kelantan.

6. Dalam Perhimpunan Agung Umno itu juga perwakilan Umno meminta supaya harta raja-raja Melayu disiasat. Laporan ini disiarkan oleh utusan Malaysia pada muka surat depan. Tidakkah ini derhaka namanya?

7. Satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas pemedih mata serta menangkap penderhaka-penderhaka Umno?

8. Pada 18 Januari 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. Apabila raja-raja Melayu meminta menangguhkan pindaan tersebut Umno melancarkan kritikan terbuka terhadap salah laku raja-raja.

9. Pada tahun yang sama juga beberapa siri rapat umum haram Umno dibuat di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad dan mengecam raja-raja Melayu.

10. Tengku Razaleigh Hamzah dengan sinis mengatakan mana satulah yang lebih merbahaya: Pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 Februari 2009? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah tetapi beliau juga menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan tahun 1993. Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno pun kena buat demonstrasi depan pejabat Umno kerana pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh diheret ke mahkamah kata Tengku Razaleigh.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di bawah pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh Datuk Seri Annuar Musa. Kalau ini bukan sesuatu yang amat memalukan atau derhaka dan kurang ajar, apa namanya?

12. Kenyataan biadap Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta.

13. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "derhaka". Lupakah dia siapa yang melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sampai baginda murka? Tidakkah ini perbuatan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun Terengganu mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah datuk Ahmad said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Manakala penyokong Umno pula mengatakan Sultan sebagai binatang pada kain rentang. Kenapa polis menangkap mereka yang hanya berdemontrasi di hadapan istana Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 sahaja?

15. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis, bukankah ini derhaka namanya?

Sekarang jelas siapa penderhaka sebenarnya, jelas Menteri Besar Kelantan itu lagi

http://perak.pas.org.my/

SITI HORMATI TUAN GURU NIK AZIZ




Tiada apa yang menjadi halangan untuk penyanyi no satu Malaysia, Dato Siti Nurhaliza untuk bertemu dengan Ulama no satu Malaysia, Dato Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

kedua duanya bergelar Datuk. Namun kedua duanya dari latar berbeza. Seorang penyanyi terkenal, seorang lagi Ulama disegani.

Siti kelihatan teruja bertemu Tuan Guru. Menurut Siti, Siti memang teringin nak jumpa Tuan Guru dan memang menghormati tokoh tersebut secara Peribadi.

Walaupun kita tahu sebelum ini, Siti membantu jentera BN berkempen, namun BN tak boleh nak halang Siti dari bertemu idolanya itu.

Walaupun menurut sumber tertentu, siti masih belum mendaftar sebagai pengundi,namun kita berharap Siti akan mengundi PAS suatu masa nanti.

Semoga Berkat Islam yang terpamer dari wajah Tuan Guru akan membawa sinar Islam yang gemilang dalam hidup Siti. amin

PAS FOR ALL

ihsan: Harakah