Friday, April 10, 2009

Bila DAP membaca al Quran..

1.Penulis rasa terpanggil untuk menukilkan pendapat ke atas isu Setiausaha DAP Perak, Dato Nga Kor Mei berhubung isu bacaan ayat Al Quran oleh beliau dipentas politik Bukit Gantang baru baru ini.Penulis bukanlah ulama,ustaz atau mufti yang mampu menghuraikan isu ini secara ilmiah beserta hujah dan dalil. Namun izinkan penulis melontarkan sedikit pandangan.

2. Penulis merasakan media arus perdana tidak jujur dalam membuat liputan. dalam laman akhbar utusan/berita harian, Dato Nga berkali kali dilabel sebagai menghina Islam,menghina umat Islam,menghina Al Quran. ini adalah pernyataan yang tidak tepat dan penuh emosi. Penulis yang melihat rakaman video tersebut tidak melihat dimana penghinaan yang cuba ditonjolkan.tidak ada.

3. Dato Nga memetik ayat dari Surah Al Anfal yang mesejnya ialah seruan untuk berlaku adil dan ihsan. Itu sahaja. Soal salah sebut,bacaan tak berapa betul itu tidaklah menjadi isu besar.Beliau hanya membacakan ayat dan terjemahannya sahaja. Beliau tidak pula memberi tafsiran yang bukan bukan.

4. Isu ini mesti dilihat dari sudut positif. Dato Nga yang merupakan seorang beragama kristian melihat mesej keadilan Islam ada dalam Kitab AlQuran. Beliau memang banyak bertanya tentang Islam/Quran kepada Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang. Jadi usaha usaha penerangan seperti ini mestilah dipupuk.bukannya dihalang

5. Yang membuatkan UMNO marah ialah kononnya DAP memetik ayat AlQuran untuk mencari sokongan politik semasa kempen tempohari.Saya ingin bertanya apakah Al Quran ini hanya boleh dibaca di masjid dan surau sahaja?Adakah hanya orang Islam sahaja yang boleh membacanya?Adakah politik ini tiada dalam Islam? Mentaliti bahawa politik dan agama mestilah diasingkan ini ternyata masih subur dalam otak ramai orang melayu.pada saya tidak ada salahnya untuk memetik ayat AlQuran tentang Keadilan Islam, kerana sekarang memang banyak berlaku ketidak adilan dalam negara kita.

6. Itulah hikmahnya Pakatan Rakyat. PAS yang Islamist, PKR yang bersifat reformist dan DAP yang dilihat sebagai Sekularist mampu duduk dibawah satu payung. Jika kita lihat sekarang, hanya selepas setahun, dakwah Islam itu sudah tersebar sampai ke dalam kancah DAP.Sekarang keadilan Islam dapat diperjelas hingga ke tokong dan ke kuil. Pimpinan PAS ada yang berbuat begini untuk menerangkan keadilan Islam pada semua. sekarang, berapa puluh ribu masyarakat non muslim di seluruh negara yang menjadi ahli kelab penyokong PAS? sangat ramai sebenarnya. ini hanyalah sebahagian dari masyarakat yang sudah nampak akan corak keadilan Islam dalam pemerintahan.

7. Itu baru setahun. Dakwah berkembang merentasi sempadan politik dan agama. Bagaimana pula dengan UMNO selama 50 tahun? pernah kita dengar MIC dan MCA memetik mana mana ayat Al Quran dalam ucapan mereka? Pernah dengar Sammy Velu memuji keadilan Islam? saya sendiripun jarang mendengar ayat Quran dipetik dalam ucapan pemimpin pemimpin UMNO sendiri.

8. Jadi, Dakwah Islam itu perlulah dikembangkan, bukan dikuncupkan.

No comments: