Inilah sahabatku Muhd Sharifuddin Bin Ahmad Fuad.panggilan dia udin. Seorang yang sgt baik. Dia skarang berada jauh dariku.Jerman. beliau sedang praktikal di sana.Knal tidaklah lama, namun ukhuwwah itu sungguh manis. Pernah bekerja bersama dalam satu event.MAP2007 (BACA: mission awareness program) di Pulau Tuba Langkawi. Kenangan kami sungguh manis. tk tau nak express..Sungguhpun event yang sederhana besar, namun kenangannya tiada tndingan berbanding event2 lain yang aku sertai.
masih segar di telinga bunyi desir ombak. masih segar mata melihat bot-bot beralun-alun di arus laut. Ini semua mengingatkanku pada sahabatku ini. Dia sungguh jauh di jerman, tapi insyaAllah aku ingat padanya.
Aku tidak yakin, penceritaan ini mampu menggambarkan isi hati. Aku yakin pengalamanku tak kan pernah sama dengan apa yang tertulis di sini. hanya aku dan sahabat2 yang akn dapat merasakannya.
Udin, jaga diri dengan baik di rantau orang. Jangan lupa untuk cepat pulang. Sahabatmu rindu untuk berjumpa.
Sekian. Salam.


