Sunday, July 20, 2008

Salam Dunia Blog

Akhirnya saya memiliki blog sendiri.Mudah rupanya. Selama ini saya hanya membaca blog milik tokoh-tokoh hebat, yang mungkin menjadi tatapan jutaan peminat masing-masing. Bagaimana pula dengan blog ini nanti?akan adakah orang yang membacanya?Sejarah telah membuktikan bahawa dunia blog telah berjaya membawa tsunami politik yang dahsyat dalam negara kita. Kerana penangan blog (salah satu sebab) 5 kerajaan negeri tumbang menyembah bumi, termasuklah negeri termaju bernama Selangor. Saya difahamkan, sehingga kini terdapat 500 ribu blog yang aktif dalam negara kita.Kerajaan pun turut mengakui akan kekuatan dunia bloggers ini.Kita membaca di dada-dada akhbar bahawa kerajaan turut akan memperkasa kemudahan internet dalam negara kita.

Terima kasih kepada sahabat yang memberi galakan dalam menulis blog. InsyaAllah semoga dengan dunia maya yang baru ini, akan menjadikan kita insan lebih bermaklumat, bertanggungjawab dan berdisiplin dalam hidup. Apa yang penting kita dapat menjadikan ia sebagai medium dakwah yang berkesan.

Terima Kasih Teman,

1 comment:

Admin said...

semoga berjaya menyampaikan dakwah melalui blog..n find ur own identity and apply to his blog..make it different from others