Tuesday, July 29, 2008

Kau sahabatku kau teman Sejati

Inilah sahabatku Muhd Sharifuddin Bin Ahmad Fuad.panggilan dia udin. Seorang yang sgt baik. Dia skarang berada jauh dariku.Jerman. beliau sedang praktikal di sana.
Knal tidaklah lama, namun ukhuwwah itu sungguh manis. Pernah bekerja bersama dalam satu event.MAP2007 (BACA: mission awareness program) di Pulau Tuba Langkawi. Kenangan kami sungguh manis. tk tau nak express..Sungguhpun event yang sederhana besar, namun kenangannya tiada tndingan berbanding event2 lain yang aku sertai.


Inilah Pulau Tuba. Di sinilah program MAP2007 berlangsung. Pulau ini seakan2 memanggilku kembali kesana..Setiap inci ingatan di Pulau ini sungguh bermakna. Selalu terbayang-bayang masa bersama sahabat di sini.



masih segar di telinga bunyi desir ombak. masih segar mata melihat bot-bot beralun-alun di arus laut. Ini semua mengingatkanku pada sahabatku ini. Dia sungguh jauh di jerman, tapi insyaAllah aku ingat padanya.

Aku tidak yakin, penceritaan ini mampu menggambarkan isi hati. Aku yakin pengalamanku tak kan pernah sama dengan apa yang tertulis di sini. hanya aku dan sahabat2 yang akn dapat merasakannya.

Udin, jaga diri dengan baik di rantau orang. Jangan lupa untuk cepat pulang. Sahabatmu rindu untuk berjumpa.

Sekian. Salam.

Thursday, July 24, 2008

Mari Bina Biah Solehah




Assalamualaikum ww.

sahabat2 sekalian. saya di sini begitu bersemangat sekali untuk membawa biah (suasana) islam di bumi UTP ini. kerana dengan adanya biah yang sebegini, maka gerak kerja dakwah itu akan lebih mudah. para pencinta islam di sini kerap kali menyembunyikan identiti islam (maafkan saya kalau pandangan ini meleset) mereka kerana khuatir akan cakap-cakap orang lain. Perlu di ingat bahawa biah solehah ini merupakan satu faktor penting ke arah kejayaan sesuatu gerak kerja dakwah. jika biah itu tiada, jika kita masih enggan untuk islah, bagaimana proses2 dakwah itu akan bergerak lancar?

Saya masih ingat akan satu artikel, semasa zaman kegemilangan ABIM (angkatan belia islam malaysia) dahulu, kampus berada dalam suasana "DEMAM DAKWAH". boleh anda semua bayangkan jika sejarah ini di lakar semula di bumi UTP ini..di mana semua orang ghairah dengan kerja2 islam, dengan majlis2 ilmu. MasyaAllah...

Harap nukilan ini akan memberi sedikit sebanyak inspirasi kepada kita semua..insyaAllah.

Harapan Baru Rakyat Malaysia


Salam Reformasi kepada semua.
saya di sini bukanlah untuk mempromosi diri untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Mungkin itu lambat lagi. cuma saya ingin mengajak pembaca-pembaca blog untuk sama-sama mengupas isu2 yang berlaku dalam persekitaran kita. Dalam blog saya ini, saya akan cuba mengupas isu2 politik tanah air (mengikut perspektif saya sendiri), isu2 berkaitan ilmu2 perbandingan agama, isu2 dalam kampus (pelbagai) dan sebagainya. Saya mengharapkan komen-komen yang positif dari semua.

perlu saya ingatkan bahawa isu2 yang dibincangkan dalam blog ini akan pelbagai. Dari hal berbentuk peribadi hinggalah kepada isu2 nasional.Saya harap akan ada kelapangan untuk saya sentiasa menulis dalam ruangan ini.

Mari sama-sama kita menuju ke arah Malaysia baru yang lebih progresif dan dinamik.
tunggukan post saya yang selanjutnya.
Salam.

Monday, July 21, 2008

Is My Life Busy?

Alhamdulilllah, Praise be to Allah for giving me strength up unto this day. Today is my 1st lecture day for this 3rd year 1st sem of mine. I attended every lecture of the day and met all my friends.
I am taking 6 courses this semester which are CPDC (chemical process dynamics and control), PPD (process plant design), PCS (profesional and communication skill), EE (engineering economics), ETP( engineering team project) and TP (transport phenomena). I add no courses this semester, though I haven't taken up one more co-curricular activities.

This semester, I involve in one event which is called Ramadhan Discovery 2008. This is indeed the same as MPR (minggu penghayatan ramadhan), but has been given a new fresh touch on it.Activities are more and less the same, but this time it is internationalised. We emphasise the participant of our international muslim brother and sister. Hope the readers will find out what are those activities being held.

I get new usrah this semester from the July2008 Intake..and will remain holding the Jan2008 intake. I see this as an oppurtunity to share and to care about my new little brothers who need guidance,knowlwdge and company.

This semester, i have decided to do part- time job. I join the nearby tuition center and teach several subjects over there, including PMR and SPM subjects. I will be teaching them an hour for a day, except for saturday and sunday. The reason i do this is not because running out of money, but because I love teaching and wish to get some pocket money for saving.InsyaAllah i really hope that this will make me more alert and discipline about time and at the same time, I can widen my knowledge (I love teaching!)

Hope to pass this semester, better than the past. Many things to do, but this is a tarbiyyah for me to be a better person in the future.

Sunday, July 20, 2008

Salam Dunia Blog

Akhirnya saya memiliki blog sendiri.Mudah rupanya. Selama ini saya hanya membaca blog milik tokoh-tokoh hebat, yang mungkin menjadi tatapan jutaan peminat masing-masing. Bagaimana pula dengan blog ini nanti?akan adakah orang yang membacanya?Sejarah telah membuktikan bahawa dunia blog telah berjaya membawa tsunami politik yang dahsyat dalam negara kita. Kerana penangan blog (salah satu sebab) 5 kerajaan negeri tumbang menyembah bumi, termasuklah negeri termaju bernama Selangor. Saya difahamkan, sehingga kini terdapat 500 ribu blog yang aktif dalam negara kita.Kerajaan pun turut mengakui akan kekuatan dunia bloggers ini.Kita membaca di dada-dada akhbar bahawa kerajaan turut akan memperkasa kemudahan internet dalam negara kita.

Terima kasih kepada sahabat yang memberi galakan dalam menulis blog. InsyaAllah semoga dengan dunia maya yang baru ini, akan menjadikan kita insan lebih bermaklumat, bertanggungjawab dan berdisiplin dalam hidup. Apa yang penting kita dapat menjadikan ia sebagai medium dakwah yang berkesan.

Terima Kasih Teman,