Wednesday, January 28, 2009

Sejarah Di Kesan Semula


1. Aku sememangnya gemar membaca surat kabar. itu adalah hobiku yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa. Aku membaca semua surat kabar tidak kiralah yang Pro BN seperti Utusan Malaysia mahupun yang pro Pas seperti Harakah.

2. aku baca semua. jadi mudah untuk kita membuat perbandingan. tapi aku tahu, Utusan kalau cakap bab politik memang tak boleh dipercaya. tapi kalau soal hiburan dan berita lain mungkin boleh dipertimbangkan.

3. Walaupun aku secara prinsipnya tidak menerima akhbar Utusan malaysia kerana fitnah dan sikap membodek dan mengampu yang melampau, namun aku tidak lupa jasa akhbar Utusan pada hidup aku.

4. sebentar tadi semasa aku membaca Utusan Online aku pun terlihat satu ikon disebelah kanan iaitu 'ARKIB'. setahu aku arkib bermaksud segala keluaran Utusan yang sebelum ini akan disimpan di situ. maka aku pun search untuk keluaran 11 Mac 2005.

5. ingatkah saudara (batch jan 05 dan july 05) tarikh 10 Mac 2005? itu adalah tarikh kita mengambil result SPM. aku didatangi wartawan Utusan pada hari itu. dan keesokan harinya, wajahku terpampang di muka hadapan akhbar Utusan yang sekarang ini sudah kubenci.

6. aku tak nak POST dekat sini. cukuplah aku bagi link. indah betul memori waktu tu. tapi masuk paper pun korang sume bukan kenal aku pun time tu. aku tak popular pun.

7. this is the link :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

note : kuruskan aku waktu tu? 60 kg time tu. ingin kembali ke saiz itu..

Tuesday, January 20, 2009

KEHIDUPAN PRAKTIKAL

Salam,

mungkin sahabat2 ingin tahu lebih lanjut mengenai syarikat PETRONAS tempat saya berpraktikal. Berikut saya paparkan gambar2 yang sebenarnya sudah lama ingin saya postkan. mari lihat sama2..


0. saya berada dirumah sewa yang terletak di Taman Balok Jaya 2, Kampung cengal lempong























0.5 ini gambar housemate saya. dari kiri amin, daus dan amar.

















1.ini adalah tempat dimana saya sedang berpraktikal sekarang ini, MTBE Malaysia Sdn Bhd. ia terletak di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan.

















2. Ini pula ialah Polypropylene Malaysia Sdn Bhd. Sebenarnya MTBE ada 3 plant berasingan, iaitu MTBE sendiri, Polypropylene plant dan juga PDH plant (propane dehydrogenation plant). MTBE dan PP sebelah menyebelah jer. PDH agak jauh dari MTBE.
















3. ini adalah kaunter pertanyaan dalam bangunan pentadbiran MTBE




















4. Ini adalah bangunan pentadbiran MTBE dari pandangan luar. Di dalamnya terletak ofis CEO, ofis HRM, ofis Finance, ofis HSE dan sebagainya. ofis saya terletak jauh ke dalam plant. tak dapat nak ambil gambar sebab henset tidak dibenarkan untuk dibwa masuk.

























5. Ini adalah pemandangan plant dari jauh. Column yang paling tinggi itu ialah P-P splitter yang fungsinya mengasingkan propane dari propylene
















6. pandangan plant



Saturday, January 17, 2009

GAMBAR BERSAMA ORANG KENAMAAN

Salam.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu bukan sahaja medan untuk berkempen memenangi hati pengundi, namun juga menjadi tempat bertemu pemimpin pemimpin politik, sama ada pembangkang mahupun pemerintah.

Penulis Blog Kontreversi, Raja Petra



Penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus



Timb Ketua Pemuda Pas Pusat, Ust Nasaruddin Tantawi




Justeru, seluruh pemimpin utama parti yang bertanding akan turun ke Pilihan raya kecil ini.BN menampilkan Perdana Menteri, Timbalan perdana menteri sehinggalah menteri2 kabinet dan sampai ke peringkat ketua2 cawangan. Bagi Pakatan Rakyat, mereka menampilkan pemimpin pemimpin tersohor dari parti2 PAS, DAP dan keadilan bermula dari ketua pembangkangnya, mursyidul am Pasnya, menteri2 besarnya dan ramai lagi.

Dato Hasan Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor



Dato Paduka Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan (note: individu paling popular dengan isu hudud)






YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu merangkap Ketua Penerangan PKR



YAB, Dato Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Negeri Selangor



Azhan Atan, Pemenang Akademi Nasyid






Jadi kesempatan ini saya gunakan untuk beramah mesra dengan para pemimpin ini. atas permintaan salah seorang sahabat saya akan post kan gambar2 mereka di sini. ramai lagi yang saya temui. antaranya:

Dato Shafie Afdal, menteri budaya,kesenian dan warisan
Dato Taib Mahmud, ketua menteri Sabah
Tuan Guru Haji Hadi Awang
Timb Menteri Pulau Pinang
Calon Pas Parlimen KT, Abdul Wahid Endut
Mustafa Ali
melihat dari dekat MB Kelantan, Dato Seri Anwar
Kapten Zahar
Lim Kit Siang

Namun agak terkilan kerana tidak dapat bertemu Perdana Menteri Dan Timbalan beserta menteri kabinet2 yang lain. Dato Wan Ahmad Farid pun tak sempat jumpa

PAS TAWAN KUALA TERENGGANU!



Kuala Terennganu,17 JAN : Parti PAS akhirnya menjadi pilihan rakyat Kuala Terengganu apabila calonnya, Abdul Wahid Endut menang bergaya dengan majoriti cukup besar. Semalam SPR mengumumkan bahawa calon PAS menang dengan memperoleh 32 883 menewaskan calon pilihan BN, Dato Wan Ahmad Farid yang memperoleh undi sebanyak 30 252 undi. Calon bebas pula kalah teruk dengan hanya sekitar 190 lebih undi. Beliau hangus rm 10 ribu wang pertaruhan

Seperti biasa,pemimpin Barisan Nasional (BN) akan memberikan kenyataan penuh pasrah apabila mengalami kekalahan sebagaimana yang kita boleh lihat hari ini dalam akhbar arus perdana. Kalau kita perhatikan, pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini tidak jauh bezanya dari segi strategi kotor BN dalam kepen-kempen mereka. Kalau di Permatang Pauh, isu liwat, isu projek, isu sumpah dan isu2 fitnah bersifat peribadi menjadi bahan kempen BN, di Kuala Terengganu pula isu hudud dan isu pembangunan dijadikan isu.



jika sebelum pilihnaraya, kenyataan akhbar pemimpin BN penuh semangat dan keangkuhan. ebagai contoh 'Pembangkang tiada isu di KT', 'Najib yakin BN menang di KT', ' PAS parti dok rek chetong' dan sebagainya. Tetapi cuba lihat apabila sudah kalah dengan malunya, pimpinan BN akan mengeluarkan kenyataan 'BN akur kehendak rakyat', 'BN hormati perjalanan Demokrasi', 'Khidmat terhadap rakyat akn diteruskan' dan banyak lagi. whatever~~



Saya memerhatikan perjalan pilihanraya di KT secara langsung dan tidak langsung. Jika saudara datang ke KT atau kemana-mana kawasan yang ditandingi BN, maka saudara akan dapat mengganggar bajet yang mereka gunakan. di KT contohnya, dengan poster2, banner2, dengan billboard yand dipacak diserata KT,dengan janji2 projeknya,dan wang2 imbuhan pekerja parti mungkin mencecah puluhan juta ringgit, atau mungkin ratusan juta. dipihak PAS, hanya bendera, banner,pamhplet yang kebanyakannya saya rasa dari sumbangan peribadi para penyokong2 PAS dari seluruh negara berbekalkan pekerja2 parti yang bekerja dengan ikhlas memenangkan Islam.

Persoalannya, dengan janji pembangunan yang banyak, dengan penguasaan media yang berat sebelah, dengan bajet kempen juta juta, mengapa rakyat masih menolak BN sebaliknya memilih PAS yang mereka gelar parti Dok rek chetong dan parti Lok Lek?
jawapannya ialah sentimen kebencian atau sentimen penolakan yang kuat dari rakyat di negara ini terhadap parti itu. Rakyat sudah matang dan tidak bisa lagi diperbodohkan dengan sewenangnya sebagaimana zaman datuk nenek kita dahulu. Janji projek berjuta-juta belum cukup untuk menawan hati pengundi.

Apa yang dinginkan rakyat ialah, pemimpin yang berjiwa rakyat dan selalu berdampingan dengan rakyat. bukan seperti sesetengah pemimpin yang hanya dapat dilihat 'mesra rakyat', 'prihatin' sewaktu pilihan raya sahaja. Calon PAS, Abdul Wahid Endut memang terbukti sangat rapat berdamping dengan rakyat, sangat mesra yang tidak dibuat-buat selama lima penggal penguasaanya ke atas Dun Wakaf Mempelam. PAS tidak punya wang berjuta untuk diketengahkan kepada rakyat, tapi PAS mengutamakan keikhlasan dalam melakukan perubahan dalam membela nasib rakyat dari segala bentuk kezaliman. ini yang menjadi azam bersama parti2 dalam Pakatan Rakyat.

Kalau ingin di analisa, sememangnya Pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini membawa impak yang sangat BESAR bagi parti yang bertanding. Ia menjadi ukur kepada BN dan PR. untuk BN ia menjadi pengukur sama ada rakyat masih benci,masih menolak mereka atau sudah kembali menerima. bagi PR pula, ia menjadi indikasi sama ada rakyat masih bersama agenda perubahan atau tidak, sama ada rakyat masih komited untuk melihat reformasi dalam negara malaysia ini. Hakikatnya, BN sudah kalah dalam Pilihanraya ini. Bukan sekadar kalah sedikit, tapi kalah yang cukup memalukan. Cuba bayangkan, Kuala Terengganu itu adalah milik BN sebelumnya dan terletak dalam kerajaan UMNO terengganu. Namun apakan daya, rakyat menolak mereka.



isu hudud yang hebat dimainkan ternyata menjadi senjata makan tuan. Saya mengucapkan syabas kepada Khairy dan kepada semua media pro BN kerana sudi mengelirukan orang ramai dengan hukum Allah, yakni hudud. InsyaAllah ada ganjaran yang besar dari Allah bagi kalian semua didunia atau pun di akhirat, amin. saya yakin, habis sahaja pilihan raya, saudara-saudara akan rindukan hukum hudud kerana perkara ini tidak akan dibangkitkan lagi oleh mereka dalam akhbar. Selama ini mereka menuduh PAS menggunakan agama untuk kepentingan politik, sekarang terbukti sudah mereka adalah pembohong. merekalah sebenarnya yang sanggup menghina agama untuk keuntungan politik mereka.

pesanan saya kepada seluruh pengundi di Kuala Terengganu, syabas kerana membuat pilihan yang tepat. Terima kasih kerana memilih Islam sebagai wadah perjuangan. Seperti kata Saidina Umar, kita ini mulia kerana Islam. bukan kerana kita melayu, kita kaya atau sebaginaya. tetapi kerana islamlah kita mulia. jadi teruskan perubahan ini. Kini terbukti sudah rakyat Terengganu telah memilih untuk berubah, bagaimana dengan warga terengganu yang lain di Dungun, setiu, kemaman, Gurun dan sebagainya? semoga terengganu kembali semula ke panguan PAS pada pilihanray ke 13 nanti, amin.Takbir!

by
zamankini.blogspot.com

Thursday, January 15, 2009

Ghazza..Kami bersamamu..

Assalamualaikum.

Pagi tadi saya bersama 4 orang lagi pegawai MTBE malaysia Sdn Bhd menghadiri satu majlis bertemakan Ghazza..kami bersamamu. majlis ini diadakan di dewan Seri Intan, di Petronas Carigali Kertih. Wakil-wakil OPU telah diminta hadir bagi menjayakan majlis ini.

Majlis ini menampilkan seorang tokoh yakni seorang Profesor madya bagi memberikan ceramah berkenaan Palestin.Ceramah beliau bukanlah semata-mata 'mengupdate' bilangan mereka yang telah syahid mahupun yang tercedera, tetapi lebih daripada itu.

Antara yang disentuh ialah seruan berjihad kepada Umat Islam seluruhnya untuk mempertahankan kesucian tanah Palestin. beliau menegaskan fatwa yang dikeluarkan oleh Dr Yusof Al Qardawi tentang wajibnya umat Islam melakukan sesuatu bagi membela nasib Palestin.Kewajipan ini adalah kepada seluruh umat Islam, tidak kira yang kaya mahupun yang miskin. Mereka diminta melakukan sesuatu mengikut kadar kemampuan masing-masing.

beliau telah menyeru untuk semua umat islam di sini untuk bersegera berjihad menentang musuh Islam, yakni penggsanas israel dan amerika. Jihad yang dimaksudkan beliau ialah menghulurkan/mengeluarkan harta atau wang ringgit bagi membantu mereka yang dianiaya di bumi Palestin.

Beliau telah memetik maksud ayat Al Quran surah As-saff ayat yang ke 10-11 yang menceritakan tentang jual beli yang ditawarkan Allah berhubung tuntutan jihad. ayat tersebut bermaksud

' Wahai orang-orang yang beriman, sudikah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang bisa menghindarkan kamu dari azab yang pedih? iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasul, dan kamu berjihad dengan harta dan jiwa kamu....'

kepada seluruh pembaca, marilah sama2 kita melakukan sesuatu untuk membantu saudara kita di Palestin. Penceramah tadi telah menegaskan, orang2 palestin tidak berhutang apa2 dengan kita tetapi kita yang berhutang sesuatu dengan mereka.Lakukanlah apa sahaja seperti menderma, menyedarkan masyarakat, boikot, demonstrasi bagi menunjukkan rasa sokongan kita pada mereka dan rasa benci kita pada yahudi pengganas.

sekian wasalam

Wednesday, January 14, 2009

PEMBACA SILA KOMEN INI

Press Statement by Karpal Singh in Kuala Lumpur on Sunday, 11th January 2009:

Civil law for all Malaysians

It appears that both PAS and PKR are for the introduction of hudud laws in the country. Yesterday in Kuching, PKR adviser, Datuk Seri Anwar Ibrahim, said, “If the Muslims want to have their own Islamic laws, there is no need for the Christians to be unhappy. The same goes for the Muslims, they should not get angry if the Christians want to do thing their way.”

I find it extremely difficult to comprehend what Anwar means by the phrase “Muslims should not get angry if the Christians want to do things their way”. He does not say that Muslims should not get angry if Christians wanted to have their own Christian laws.

PAS president, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, says hudud laws would be for Muslims and non-Muslims could opt to be tried by hudud law or civil law. This argument is illogical. What would happen if there are two co-accused, a Muslim and a non-Muslim, with the Muslim opting for hudud law and the non-Muslim for civil law? How would the courts get out of this dilemma?

But the point which ought not to be missed, which has been missed by both Anwar and Hadi Awang is that the Federal Constitution provides for one uniform law, namely, civil law for both Muslims and non-Muslims across the board.

The framers of the Federal Constitution did not envisage parallel criminal laws for Muslims and non-Muslims. What was intended was a uniform criminal law on both Muslims and non-Muslims with that jurisdiction conferred on the courts in the country by Federal law. It should not be forgotten that the framers of the Federal Constitution included two eminent Muslim jurists, namely, Hakim B. Malik of India and Hakim Abdul Hamid of Pakistan with Lord William Reid together with Sir Ivor Jennings of Britain and Sir William McKell of Australia. The Constitution, therefore, was a product of the best brains in the Commonwealth who were not solely Christians. Both the Muslim jurists who worked on what was to be included in the Constitution were well aware of the multi-religious set up of the country in 1957 with the paramount need to have Islam as the official religion of the country not forgetting that the basic structure of the Constitution had to be secular in nature.

The Federal Constitution is required to be amended only through a two-third majority in Parliament. An amendment cannot include destruction of the basic structure of the Constitution. That would go beyond amendment. The framers of the Constitution did not have in mind a complete substitution of the basic structure of that sacred document even by a two-third majority in Parliament.

The call by both PAS and PKR to have hudud laws applicable to Muslims with an option given to non-Muslims to choose between hudud law and civil law would, and must, mean the introduction of an Islamic state which would mean destruction of the basic structure of the Constitution. That eventuality cannot come about even with any party having a two-third majority in Parliament.

The political statement by Dr Mahathir Mohammad, when he was Prime Minister in September 2001, that Malaysia was an Islamic state is devoid of any meaning or substance and cannot withstand close scrutiny. Dr Mahathir is obviously ignorant of the provisions relating to Malaysia being a secular state.

After 51 years of independences, secular law has been accepted by both Muslims and non-Muslims in the country. Any attempt by any quarter to bring about a change in that equation would mean a defiance of the Constitution.

I call upon both PAS and PKR to cease and desist from further clamouring for the impossible and accept that hudud laws have no place in our statute books. The peace and harmony among the races of different faiths in the country should not be threatened by attempts to emasculate the Federal Constitution.

The DAP is prepared to cooperate with PAS and the Pakatan Rakyat subject to the caveat that both PAS and PKR do not attempt to destroy the Federal Constitution by insisting on introduction of hudud laws, the prerequisite of which is the setting up of an Islamic state, which is unacceptable to the DAP as a matter of principle. It has been said in politics there are no permanent enemies or friends, but the need to have permanent principles must remain sacrosanct for any political party worth its name to be acceptable to the rakyat.


* Karpal Singh, DAP National Chairman & MP for Bukit Gelugor

Monday, January 12, 2009

WARKAH BUAT PAKATAN RAKYAT



Salam.

saya tertarik untuk memberi sedikit peringatan kepada seluruh penyokong dan pendokong pakatan rakyat berkenaan isu hudud yang digembar gemburkan media akhir-akhir ini. tidakkah kita sedar bahawa ini adalah propaganda murahan media arus perdana? saya terkilan, alangkah teganya mereka menggunakan isu hudud untuk meraih keuntungan politik mereka.Bukan hendak menjernihkan, tetapi mengusutkan. Bukan hendak memahamkan masyarakat, malah menambahkan lagi keliru rakyat!!



kita,sebagai penyokong kepada perubahan dalam negara ini, hendaklah berhati-hati. kita mesti imbas kembali sejarah. sejak Pilihanraya umum ke-12 berlalu, pelbagai isu datang mendepani pakatan rakyat.sewaktu timbul fitnah larangan azan di Selangor, Teresa Kok ataupun DAP diserang sehabis-habisnya. PAS tidak pula diserang waktu itu. Sewaktu Anwar ingin bertanding di Permatang Pauh, anwar dan PKR diserang sehabis-habisnya. PAS dan DAP tidak pula disentuh. Kini bila sampai saatnya PAS bertanding, PAS pula diserang sehebat-hebatnya. tidak ada lagi kedengaran isu liwat,isu babi dan isu azan.....



saudara dapat lihat bukan, buasnya media arus perdana kita!!jadi kita harus berhati-hati dengan segala kekotoran ini. berhubung isu hudud, saya meminta agar pemimpin-pemimpin pakatan rakyat,terutamanya pemimpin DAP untuk berhenti memberi kenyataan akhbar kepada media.cukuplah. anda bukan tidak tahu niat sesetengah media ini. Biarlah perbincangan itu berlegar dikalangan pemimpin pakatan sahaja.saya yakin pemimpin-pemimpin PAS,DAP dan Keadilan cukup matang untuk membicarakan hal ini.






kepada seluruh pengundi Parlimen Kuala Terengganu, lakukanlah perubahan. Saya yakin, isu hudud bukanlah isu bagi anda semua,kerana pengundi Kuala Terengganu, tidak kira Cina,melayu atau India sudahpun memahami akan hakikat hudud itu. Jadi tunggu apa lagi?Mari pakat-pakat undi PAS.

Can the boycott really effect the Israeli economy?




Israel's economy is on the verge of total collapse with no sign of recovery despite cash injections from uncle Sam. Just last month (Oct 2002) Sharon begged Washington for $10 billion in emergency aid. Inflation is sky rocketing - even the official figure is over 4 times the government target. VAT has just been raised as have fuel bills and all basic living costs like food and rents. Unemployment is soaring and salary cuts are the order of the day.

This has resulted in a series of crippling general strikes - the last one bringing the country to a standstill - flight in and out of Israel had to be suspended, radio and television broadcasts stopped and health workers only dealt with emergencies. The streets are piling up with uncollected garbage.

Foreign investment, a life-line for the zionist state, has also dried up. Figures reveal that investors have lost $5 billion of the $6.5 billion invested in Israel between 1999-2001. No one is prepared to invest any more.



The Israeli government is so short of money that its cost cutting includes shutting down several embassies and consulates around the world!

At this critical time, the importance of the global boycott of Israel and of the collaborating companies that give it its life-line cannot be overemphasised. Israel is counting every penny - every penny matters - ensure yours don't go to Israel!

source :http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html

DOES BOYCOTT WORKS?



Oh yes! For example, one of the companies hardest hit by the boycott is McDonalds.

McDonalds is a "major corporate partner" of the Jewish United Fund. In its own words, the Jewish United Fund "works to maintain American military, economic and diplomatic support for Israel; monitors and, when necessary, responds to media coverage of Israel." Also, McDonalds chairman and CEO Jack M. Greenberg is a honorary director of the American-Israel Chamber of Commerce and Industry.


McDonalds has 80 resturants in israel,
providing employment to 3000 israelis.

McDonalds has just announced it is closing down its operation in the middle east due to loss of revenue as a direct result of the boycott (Oct 2002), and is replacing Greenberg as its chairman and CEO (Dec 2002). Since the launch of the boycott campaign, two of Jordan's six McDonald's franchises have closed due to lack of business. In Egypt, McDonald's decided to change its brand name to Manfoods this past March, in an attempt to dodge the boycott. It had no effect and Egyptian police forces were ordered to guard the entrances to McDonald's restaurants, after stone throwing incidents took place. A total of 175 restaurants will be closed at a loss of $350 million.

In the face of giants like McDonalds crumbling under the pressure of the boycott, smaller companies are weary of supporting Israel and are steering clear in fear of being boycotted.

Amidst calls for a boycott of Amazon.com, the internet bookstore Amazon.com terminated its association with the Jerusalem Post (Nov 2002). It was revealed that the Jerusalem Post was donating its slice of the profits derived from the amazon.com partnership to Israeli soldiers returning home after committing massacres and other abuses of human rights on the occupied territories.



Their advert, which appeared on most of their pages, read "Buy Amazon.com & Support Israel". Inundated with complaints, amazon.com severed its ties to the Jerusalem Post, demanding they remove all the adverts and vowed not to hand over any more profits.
Other companies, disgusted by Israel's treatment of the Palestinians have themselves actively joined the boycott.

In May 2002 a US auto part export company refused to do business with Israel.

In a reply to a purchase order from Israel, John Harris, representing Texas Automotive Export wrote:

"We must inform you that Texas Export will not do business with Israeli citizens at this time. We urge you to rein in your military and stop your oppression of the Palestinian people," the letter said. "Your country has lost the respect of the civilised world," it concluded.



The success of the boycott has so worried the US government and Israel, both afraid that companies will abandon Israel, that just last week the US threatened to fine US companies that take part in the boycott. The Department of Commerce has already issued more than $26m in fines and turned down export licences to those companies found supporting the boycott - so much for democracy and a right to choose who to do business with!

Sunday, January 11, 2009

AMARAN BUAT PAS!! PARTI BARU MUNCUL DI KT!!

Salam,

Harap anda sudah mendengar satu berita hangat tentang satu parti baru yang bertanding di kawasan Kuala Terengganu nih.. Jangan terkejut pulak!

Pukul 7 pagi tadi dengar kat radio ERA, semasa saya bertolak ke tempat kerja, satu parti baru bertanding untuk pilihanraya di Kuala Terengganu akan datang ni telah diumumkan. Agak mengejutkan kerana parti baru nih diwakili oleh orang yang hebat juga dan mungkin boleh menang.

Serentak dengan itu, Wakil Radio ERA pun menemubual seorang lelaki (tetapi suara macam perempuan!) bernama Embung.

Pakcik @ makcik tu berkata :

" Ambe akang menyokong PARTI BARISANG ni... PARTI BARISANG ni yang beri ambe duit mase anok nok gi skoloh... mase raya pong, dia beri duit kat ambe... Memang doh takdok parti laing doh... PARTI BARISANG je lah.... "...

Adakah mungkin pasti politik baru bernama PARTI BARISANG ini boleh memenangi pilihanraya ini.. Kita tunggu dang lihat....

Kua kua kua...

:)

IHSAN http://drazwan.blogspot.com

APALAH NASIB PALESTIN....

Salam,

Apa dah jadi?

900 orang sudah terkorban.

3000 orang tercedera.

40% daripada 3000 orang cedera parah dan dijangka menghadapi maut.

20,000 kehilangan tempat tinggal.

Sempadan Mesir-Gaza hanya dibuka sekali sehari dan itupun untuk tujuan perubatan.

Hanya satu ambulan dibenarkan masuk dalam sehari.

Bantuan UN diberhentikan selepas kenderaan mereka di bom Israel.

Hospital mengalami keputusan bekalan ubat-ubatan, darah dan semua pekerja perubatan bekerja berhari- hari tanpa henti.

Hosni Mubarak dan Mahmoud Abas sedang berjabat tangan dan tersenyum.

Orang Israel melihat tragedi pengeboman di Genting Gaza seperti permainan bunga api dan bersorak riang.

Apa yang anda dapat simpulkan sekiranya, satu kawasan seperti di genting Gaza, semua sempadan ditutup utara selatan barat dan timur, termasuk lorong tikus dan semua penduduknya di bom dengan senjata perang termasuk senjata kimia yang paling canggih di tengah-tengah. Selepas itu media barat mencanang bahawa yang menjadi mangsa adalah masyarakat Israel.

Bukankah ini dipanggil pembersihan etnik? Atau pembunuhan besar-besaran? Adakah ia tidak sama dengan cerita orang serbia bunuh bosnia?

Hamas tak boleh dibunuh. Sebab Hamas adalah inspirasi penduduk Palestin. Anak-anak yang membesar di dalam kegilaan pembunuhan ibu dan ayah mereka di Palestin adalah pelapis-pelapis Hamas. Mereka merupakan semangat kebebasan Palestin itu sendiri.

Sebagaimana Israel mentakuti Hamas, begitu juga kerajaan Mesir mentakuti Ikhwanul Muslimin. Hamas umpama bayang kepada kepimpinan Ikhwan. Sekiranya Ikhwan dibenarkan bertanding sebagai satu parti politik di Mesir, sudah pasti tentunya kerajaan di mesir akan tumbang sebagaimana tumbangnya Fatah kepada Hamas.

Oleh itu, Mesir yang mentakuti Ikhwan melihat bahawa sekiranya Hamas dibiarkan berleluasa maka sudah tentu Ikhwan juga akan mengikut jejak lagkah Hamas. Apatah lagi kepimpinan Hamas dan Ikhwan terdiri daripada golongan peniaga yang kaya, ahli cendekiawan yang mempunyai PhD dan mempunyai jaringan-jaringan terbesar di seluruh dunia.

Apa yang orang Islam sudah laksanakan setelah 2 minggu pengeboman Israel terhadap Palestin? Genjatan senjata pun belum terlaksana. Nak hantar bantuan pun tak boleh sebab kerajaan Mesir masih menutup pintu masuk. Ada bertan-tan ubat masih tersangkut di lapangan terbang masih belum di bawa masuk. Ada ramai doktor dan petugas perubatan yang syahid di Palestin.

Bilakah negara2 Islam ingin berbuat sesuatu yang lebih bermanfaat kepada saudara kita?

Wallahu A'lam.

ihsan http://drazwan.blogspot.com

Friday, January 9, 2009

Karpal Sudah Faham Hudud, Kata Hadi



KUALA TERENGGANU, 9 Jan (Bernama) -- PAS berkata parti ini tidak perlu lagi memberi penjelasan mengenai pelaksanaan hukum hudud dan qisas kepada Pengerusi DAP Karpal Singh kerana anggota Parlimen Jelutong itu telah faham mengenainya.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata soal pelaksanaan hukum tersebut telah pun dijelaskan kepada para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk pemimpin DAP.

"Kita dah pernah buat seminar dan berbincang pasal benda ini (hudud dan qisas) kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat. Saya rasa tak perlu lagi saya nak jelaskan kepada DAP kerana saya rasa Karpal Singh (Pengerusi DAP) dah faham.

"Sekarang ini persoalannya kenapa Umno menolak untuk dilaksanakan hudud? Saya bersedia untuk berbincang dan memberikan penjelasan kepada Umno mengenai hudud," katanya kepada pemberita di kediamannya di Rusila, Marang.



Beliau diminta mengulas kenyataan Karpal Singh yang meminta parti itu menjelaskan mengenai pelaksanaan hukum hudud itu.

Beliau berkata PAS sedia berbincang dengan Umno bagi memberikan penjelasan mengenai implikasi hukum itu sekiranya ia dilaksanakan.

Semalam, Karpal Singh dalam kenyataannya dilaporkan berkata kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara adalah mengelirukan.

"Mungkin Abdul Hadi patut memberikan penjelasan sama ada hukum hudud yang ingin dilaksanakan PAS terpakai kepada orang Islam dan juga bukan Islam sekiranya PAS berjaya menubuhkan sebuah negara Islam. Demi kepentingan orang ramai, beliau patut berbuat demikian," kata Karpal Singh.

Hadi berkata hukum hudud itu hanya diwajibkan kepada masyarakat yang beragama Islam sahaja dan bukan Islam boleh memilih sama ada mahu menerima pakai hukum itu atau undang-undang sivil.

"Dalam draf undang-undang ini ayatnya orang yang bukan Islam diberi pilihan sama ada mereka mahu hudud dilaksanakan ke atas mereka atau mereka boleh memilih undang-undang sivil.

"Tetapi pelaksanaanya bergantung kepada kerajaan pusat kerana kerajaan negeri tiada kuasa kerana kita tak cukup syarat lagi nak laksanakan. Orang Islam mereka kena hudud.

"Jangan fikir bila hudud dilaksanakan, ramai orang akan cacat kerana berebut nak potong tangan sebab mencuri. Ini akan menjadikan mereka itu lebih takut untuk melakukan jenayah," katanya.

-- BERNAMA

7 tindakan ringan derita penduduk Palestin



Berikut ialah 7 tindakan yang digariskan JAKIM untuk dilaksanakan oleh umat Islam,khususnya di Malaysia



l Pertama: Membabitkan penyaluran bantuan kewangan kepada rakyat Palestin yang sedang menderita melalui badan diiktiraf kerajaan yang kemudiannya akan menyalurkannya pula melalui Kementerian Luar Negeri.


l Kedua: Melibatkan usaha memboikot perkhidmatan seperti perbankan, insurans, syarikat minyak dan barangan yang mempunyai kepentingan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.




l Ketiga: Negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan negara-negara lain patut menghentikan penggunaan mata wang dolar Amerika dalam sebarang urusan perdagangan.



l Keempat: Perlunya tindakan segera dilakukan untuk menyatupadukan umat dan negara Islam seluruh dunia bagi menghadapi Israel.





l Kelima: Membawa penjenayah perang Israel ke muka pengadilan.



l Keenam: Menghapuskan tanggapan karut di kalangan umat Islam bahawa usaha melawan kuasa besar seperti AS adalah umpama mimpi di siang hari yang tidak akan tercapai sampai bila-bila.




l Ketujuh: Sentiasa berdoa bagi memastikan kesabaran dan ketabahan serta kemenangan sentiasa berpihak pada umat Islam.

Demonstrasi Paling Berkesan

Salam
saya sangat tertarik dengan demonstrasi yang dibuat di Kota Bharu melibatkan menteri besar Yand Disayangi Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Kaedah demonstrasinya bukan sahaj menarik, malah boleh menimbulkan rasa sakit hati yang amat mendalam kepada pemimpin negara Amerika Dan Israel..

Tuan Guru dengan gahnya memijak potret kedua dua syaitan tersebut. Saya berdoa agar bantahan ini, dan bantahan2 lain akan mendapat liputan akhbar seluruh dunia..dan semoga sampai ke pengetahuan kedua-dua makhluk perosak tersebut.






Tuesday, January 6, 2009

MAKLUMAT PILIHANRAYA PARLIMEN P.036 KUALA TERENGGANU










TAHUKAH ANDA............

STATISTIK
KELUASAN: 60.28 km persegi
JUMLAH PENDUDUK: 331,362
JUMLAH PENGUNDI: 80,229
WAKAF MEMPELAM: 20,629
BANDAR: 18,883
LADANG: 16,770
BATU BURUK: 23,987
PENGUNDI POS: 1,035
21-40 Tahun - 49%
41-60 Tahun - 37%
61 Tahun ke atas - 14%

PILIHANRAYA UMUM KE-11
-Razali Ismail (BN-UMNO) : 30,994
-Dr Syed Azman (PAS) : 29,061
Penyandang: BN-UMNO
(Majoriti: 1,055)

PILIHANRAYA UMUM KE-12
-Razali Ismail (BN-UMNO) : 32,562
-Mohamad Sabu (PR-PAS) : 31,934
-Maimun Yusuf (BEBAS) : 685
Penyandang: BN-UMNO
(Majoriti: 628)

N13 - WAKAF MEMPELAM
-A Wahid Endut (PR-PAS) : 9,645
-Othman Awang (BN-UMNO) : 7,452
Penyandang: PR-PAS
(Majoriti: 2,193)
Peti Undi - Pulau Rusa, Kampung Paluh, Losong Datok Amar, Losong Penglima Perang, Losong Hj Mat Shafie, Seberang Baruh, Wakaf Beruas, Merbau Patah, Durian Burung, Sungai Rengas, Wakaf Mempelam.

N14 - BANDAR
-Toh Chin Yow (BN-MCA) : 7,831
-Dr Abd Manaf (PR-PKR) : 6,689
Penyandang: BN-MCA
(Majoriti: 1,142)
Peti Undi - Tok Ku, Cabang Tiga, Hiliran Masjid, Losong Masjid, Pulau Kambing, Kampung Cina, Pejabat Bandaran, Paya Bunga, Pantai Terengganu.

N15 - LADANG
-Tengku Hassan (PR-PAS) : 6,723
-Wan Hisham (BN-UMNO) : 6,692
Penyandang: PR-PAS
(Majoriti: 31)
Peti Undi - Ladang, Mengadang Akar, Batas Baru, Gong Kapas, Pasir Panjang, Bukit Bayas, Bukit Besar.

N16 - BATU BURUK
-Dr Syed Azman (PR-PAS) : 10,672
-Nordiana (BN-UMNO) : 9,511
Penyandang: PR-PAS
(Majoriti: 1,161)
Peti Undi - Batu Buruk, Kampung Nibung, Gong Tok Nasek, Bukit Depu, Kampung Kuala Ibai, Cendering Pantai, Cendering, Taman Permint Jaya, Mengabang Tengah, Kampung Kolam, Kenanga.

CALON PILIHANRAYA KECIL 2009
-Wan Ahmad Farid (BN-UMNO)
-A Wahid Endut (PR-PAS)
-Azharuddin Mamat (BEBAS)


TALIAN BANTUAN SPR TERENGGANU:
09-6221218 / 09-6236161

IHSAN : http://myadha.blogspot.com/2009/01/penamaan-calon-pilihanraya-kecil-p036.html

Sunday, January 4, 2009

Kepada Sahabat yang berkenaan..

Pertamanya, aku ingin mengucapkan terima kasih kerana selama ini, engkau sudi bersahabat dengan aku. Engkau sahabat yang baik. Aku mengakuinya.Namun sungguh malang engkau mendapat teman yang tidak begitu baik. itulah aku.

aku tahu,engkau banyak bersabar dengan sikap aku. dan aku tahu engkau kadang2 malu. aku tahu engkau banyak mengalah atas sebarang masalah yang timbul dengan aku.bila konflik berlaku,engkau banyak mengalah. aku tidak berlapang dada. aku diam dan terus diam.

cuma kadang2 aku kecewa. engkau sahabat baik aku. sudah lama kenal. tapi engkau tidak faham aku. mungkin aku juga tidak faham engkau.

tetapi hari ini, aku ingin menyalahkan diriku SEPENUHNYA atas apa yang berlaku. engkau sudah berubah. aku tahu engkau telah BANYAK KALI beralah, dan memberi ruang untuk berbaik. tapi aku lupa. perhubungan kita banyak konflik. masing2 ada ego yang cuba dipertahankan.

aku mengaku, aku terganggu dengan apa yang engkau beritahu aku (msg). hati aku hancur. tapi kemudian aku berfikir. aku tidak boleh memaksa.

jadi aku terpaksa menerima, apa yang kau beritahu aku. aku sudah hilang engkau sebagai sahabat. maaf jika aku berubah kelak. kita tak mungkin seperti dulu (itu yang engkau mahukan ,bukan?).

jadi kelak, jika aku bersikap lain, abaikan aku. beri aku masa untuk melupakan semua ini. semua yang berlaku. aku ingin mengikis sesuatu dari hati aku. engkau tahu sikap aku bila aku kecewa. jadi abaikan aku kelak jika engkau melihat aku begini.

aku minta maaf andai semua ini adalah kesalahanku.