Thursday, January 15, 2009

Ghazza..Kami bersamamu..

Assalamualaikum.

Pagi tadi saya bersama 4 orang lagi pegawai MTBE malaysia Sdn Bhd menghadiri satu majlis bertemakan Ghazza..kami bersamamu. majlis ini diadakan di dewan Seri Intan, di Petronas Carigali Kertih. Wakil-wakil OPU telah diminta hadir bagi menjayakan majlis ini.

Majlis ini menampilkan seorang tokoh yakni seorang Profesor madya bagi memberikan ceramah berkenaan Palestin.Ceramah beliau bukanlah semata-mata 'mengupdate' bilangan mereka yang telah syahid mahupun yang tercedera, tetapi lebih daripada itu.

Antara yang disentuh ialah seruan berjihad kepada Umat Islam seluruhnya untuk mempertahankan kesucian tanah Palestin. beliau menegaskan fatwa yang dikeluarkan oleh Dr Yusof Al Qardawi tentang wajibnya umat Islam melakukan sesuatu bagi membela nasib Palestin.Kewajipan ini adalah kepada seluruh umat Islam, tidak kira yang kaya mahupun yang miskin. Mereka diminta melakukan sesuatu mengikut kadar kemampuan masing-masing.

beliau telah menyeru untuk semua umat islam di sini untuk bersegera berjihad menentang musuh Islam, yakni penggsanas israel dan amerika. Jihad yang dimaksudkan beliau ialah menghulurkan/mengeluarkan harta atau wang ringgit bagi membantu mereka yang dianiaya di bumi Palestin.

Beliau telah memetik maksud ayat Al Quran surah As-saff ayat yang ke 10-11 yang menceritakan tentang jual beli yang ditawarkan Allah berhubung tuntutan jihad. ayat tersebut bermaksud

' Wahai orang-orang yang beriman, sudikah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang bisa menghindarkan kamu dari azab yang pedih? iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasul, dan kamu berjihad dengan harta dan jiwa kamu....'

kepada seluruh pembaca, marilah sama2 kita melakukan sesuatu untuk membantu saudara kita di Palestin. Penceramah tadi telah menegaskan, orang2 palestin tidak berhutang apa2 dengan kita tetapi kita yang berhutang sesuatu dengan mereka.Lakukanlah apa sahaja seperti menderma, menyedarkan masyarakat, boikot, demonstrasi bagi menunjukkan rasa sokongan kita pada mereka dan rasa benci kita pada yahudi pengganas.

sekian wasalam

No comments: