Monday, January 12, 2009

WARKAH BUAT PAKATAN RAKYAT



Salam.

saya tertarik untuk memberi sedikit peringatan kepada seluruh penyokong dan pendokong pakatan rakyat berkenaan isu hudud yang digembar gemburkan media akhir-akhir ini. tidakkah kita sedar bahawa ini adalah propaganda murahan media arus perdana? saya terkilan, alangkah teganya mereka menggunakan isu hudud untuk meraih keuntungan politik mereka.Bukan hendak menjernihkan, tetapi mengusutkan. Bukan hendak memahamkan masyarakat, malah menambahkan lagi keliru rakyat!!



kita,sebagai penyokong kepada perubahan dalam negara ini, hendaklah berhati-hati. kita mesti imbas kembali sejarah. sejak Pilihanraya umum ke-12 berlalu, pelbagai isu datang mendepani pakatan rakyat.sewaktu timbul fitnah larangan azan di Selangor, Teresa Kok ataupun DAP diserang sehabis-habisnya. PAS tidak pula diserang waktu itu. Sewaktu Anwar ingin bertanding di Permatang Pauh, anwar dan PKR diserang sehabis-habisnya. PAS dan DAP tidak pula disentuh. Kini bila sampai saatnya PAS bertanding, PAS pula diserang sehebat-hebatnya. tidak ada lagi kedengaran isu liwat,isu babi dan isu azan.....



saudara dapat lihat bukan, buasnya media arus perdana kita!!jadi kita harus berhati-hati dengan segala kekotoran ini. berhubung isu hudud, saya meminta agar pemimpin-pemimpin pakatan rakyat,terutamanya pemimpin DAP untuk berhenti memberi kenyataan akhbar kepada media.cukuplah. anda bukan tidak tahu niat sesetengah media ini. Biarlah perbincangan itu berlegar dikalangan pemimpin pakatan sahaja.saya yakin pemimpin-pemimpin PAS,DAP dan Keadilan cukup matang untuk membicarakan hal ini.






kepada seluruh pengundi Parlimen Kuala Terengganu, lakukanlah perubahan. Saya yakin, isu hudud bukanlah isu bagi anda semua,kerana pengundi Kuala Terengganu, tidak kira Cina,melayu atau India sudahpun memahami akan hakikat hudud itu. Jadi tunggu apa lagi?Mari pakat-pakat undi PAS.

No comments: