Sunday, January 11, 2009

APALAH NASIB PALESTIN....

Salam,

Apa dah jadi?

900 orang sudah terkorban.

3000 orang tercedera.

40% daripada 3000 orang cedera parah dan dijangka menghadapi maut.

20,000 kehilangan tempat tinggal.

Sempadan Mesir-Gaza hanya dibuka sekali sehari dan itupun untuk tujuan perubatan.

Hanya satu ambulan dibenarkan masuk dalam sehari.

Bantuan UN diberhentikan selepas kenderaan mereka di bom Israel.

Hospital mengalami keputusan bekalan ubat-ubatan, darah dan semua pekerja perubatan bekerja berhari- hari tanpa henti.

Hosni Mubarak dan Mahmoud Abas sedang berjabat tangan dan tersenyum.

Orang Israel melihat tragedi pengeboman di Genting Gaza seperti permainan bunga api dan bersorak riang.

Apa yang anda dapat simpulkan sekiranya, satu kawasan seperti di genting Gaza, semua sempadan ditutup utara selatan barat dan timur, termasuk lorong tikus dan semua penduduknya di bom dengan senjata perang termasuk senjata kimia yang paling canggih di tengah-tengah. Selepas itu media barat mencanang bahawa yang menjadi mangsa adalah masyarakat Israel.

Bukankah ini dipanggil pembersihan etnik? Atau pembunuhan besar-besaran? Adakah ia tidak sama dengan cerita orang serbia bunuh bosnia?

Hamas tak boleh dibunuh. Sebab Hamas adalah inspirasi penduduk Palestin. Anak-anak yang membesar di dalam kegilaan pembunuhan ibu dan ayah mereka di Palestin adalah pelapis-pelapis Hamas. Mereka merupakan semangat kebebasan Palestin itu sendiri.

Sebagaimana Israel mentakuti Hamas, begitu juga kerajaan Mesir mentakuti Ikhwanul Muslimin. Hamas umpama bayang kepada kepimpinan Ikhwan. Sekiranya Ikhwan dibenarkan bertanding sebagai satu parti politik di Mesir, sudah pasti tentunya kerajaan di mesir akan tumbang sebagaimana tumbangnya Fatah kepada Hamas.

Oleh itu, Mesir yang mentakuti Ikhwan melihat bahawa sekiranya Hamas dibiarkan berleluasa maka sudah tentu Ikhwan juga akan mengikut jejak lagkah Hamas. Apatah lagi kepimpinan Hamas dan Ikhwan terdiri daripada golongan peniaga yang kaya, ahli cendekiawan yang mempunyai PhD dan mempunyai jaringan-jaringan terbesar di seluruh dunia.

Apa yang orang Islam sudah laksanakan setelah 2 minggu pengeboman Israel terhadap Palestin? Genjatan senjata pun belum terlaksana. Nak hantar bantuan pun tak boleh sebab kerajaan Mesir masih menutup pintu masuk. Ada bertan-tan ubat masih tersangkut di lapangan terbang masih belum di bawa masuk. Ada ramai doktor dan petugas perubatan yang syahid di Palestin.

Bilakah negara2 Islam ingin berbuat sesuatu yang lebih bermanfaat kepada saudara kita?

Wallahu A'lam.

ihsan http://drazwan.blogspot.com

No comments: