Tuesday, February 24, 2009

MEDIA BN YANG HAPRAK

1. Masih ingat isu kereta camry di Perak beberapa bulan yang lalu? Kerajaan Dato Seri
Ir Nizar dibalun bertubi-tubi, berhari hari lamanya dalam dada dada akhbar kerana
bercadang menukar kenderaan rasmi kerajaan negeri dari perdana v6 kepada model
toyota camry.

2. Selangor juga tidak terkecuali. turut diserang oleh media-media UMNO dan BN atas
sebab yang sama.

3. Kita semua tahu, 2 kerajaan negeri ini mahu berbuat begitu kerana servis kereta
Perdana adalah sangat mahal dan membazir. Tapi media UMNO-BN tidak peduli. serang
tetap serang. Kutuk tetap kutuk.yang lawaknya ada pulak yang cadangkan kerajaan
Pakatan Perak waktu itu untuk menggunakan kereta proton wira.

4. TETAPI, baru baru ini dilaporkan, kerajaan BN (baca Barisan Nasional) Sabah telah
menukar kenderaan rasmi mereka, iaitu Perdana v6 kepada kereta model Volvo.Ketua
menteri mengumumkan,Kerajaan negeri akan membeli 12 kereta model Volvo.

5. Saya buat sedikit kerja tambahan ekoran pengumuman ini. Dalam web Volvo
(versi Malaysia) saya dapati terdapat 2 model Volvo yang popular iaitu model
s60 (basic price : RM216,000.00) dan model s80 (basic price : RM285,000.000).
Tak pula CM beritahu model mana yang menjadi pilihan. Saya andaikan dengan
mentaliti “jimat cermat” mereka guna model s60, dengan harga OTR RM250,000.00.
Kalau 12 buah, semuanya berharga RM3 juta.


6. Pembelian ini dibuat melalui GLC kerajaan iaitu Angkatan Hebat Sdn.Bhd. Bagi
anda yg ingat, pemberian kontrak sewa dan penyelenggaraan kerajaan rasmi kerajaan
dianugerahkan kepada syarikat ini semasa Datuk Salleh sbg CM dan kontrak ini
mendapat tentang HABIS-HABISAN oleh segenap lapisan masyarakat kerana pakej
kontrak ialah “sewa dan selenggera” dan bukannya “sewa beli”.

7. Perak yang juga mengumumkan penggunaan kenderaan rasmi exco
mereka iaitu Toyota Camry. Saya melayari web toyota dan mendapati harga toyota
camry 2.0E RM139,066, 2.0G pula RM149,053 dan paling mahal RM167,000.000.


8. Saya melayari “web cars” yg lain dan mendapati rupanya toyota camry mendapat
pengiktirafan sebagai kereta import paling murah. Walaupun demikian, langkah
kerajaan Perak membeli kereta ini (waktu itu diperintah Pakatan Rakyat) mendapat
kritikan kuat dari kepimpinan Barisan Nasional. Pelbagai tuduhan
dilemparkan..membazir wang rakyat !!!

9. Dan diparlimen sebentar tadi, Yang berhormat machang, YB Saifuddin Nasution
telah menmbuat pendedahan mengejutkan bahawa Kerajaan Sarawak turut melakukan
perkara yang lebih hebat.

10. Ketua Menterinya Sarawak memakai Rolls Royce, Timbalan Ketua Menterinya dua
orang, kereta rasminya BMW 7 Series. Ex Officio, Pegawai Undang-undang, Pegawai
Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri pula Kompresor, Menteri pula Mercedes.

11. PERSOALANNYA SEKARANG, dimanakah perginya media pengampu lagi haprak itu semua
pergi? Utusan, Berita harian, The Star, Tv3, RTM. Bukankah mereka ini juara
dalam isu rakyat, isu penjimatan.

12. Kesimpulannya, Jangan sesekali mempercayai media milik UMNO BN. Mereka sememang
nya terkenal sejak dulu lagi dengan sikap double standard, pemfitnah dan
pembelit.

ihsan : http://www.sabahdaily.com

22 Tahun Sudah

Foto oleh : JuruFoto profesional kebangsaan, Numan Hilmi Mujahid




1. Assalamualaikum
2. Pada 24 FEB 1987 saya dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.Senegeri
dengan Dato Seri Najib Tun Razak dan Dato Siti Nurhaliza.

3. Bermakna sudah 22 tahun umurku sekarang. Sudah layak mengundi.
4. Terima kasih kepada sahabat-sahabat, teman-teman yang mengingati tarikh ini dan
memberi ucapan lewat email dan sms.

5. ramai sahabat yang terdekat tidak mengingati tarikh ini. saya tidak kisah. saya pun sukar untuk
mengingati tarikh lahir sahabat-sahabat.
6. banyak kenangan manis dan pahit, suka duka, perit bahagia yang datang menduga.
tidak kurang juga dengan konflik dan pergeseran. ini semua sedikit sebanyak
membuatkan saya terfikir mengenai hakikat hidup.

7. sudah 22 tahun berlalu. sekarang bermula satu lembaran baru dalam hidup saya.
saya terfikir tentang beberapa azam untuk dilaksanakan. Azam azam ni cukup sukar.
ia memerlukan kekuatan. saya sekarang sedang menghitung lembaran hari bagi
memastikan saya tidak lagi gagal
8. 22 tahun. dari sudut politiknya, sudah 6 kali pilihanraya umum berlaku. adakah
saya akan terus gagal selepas 6 pilihanraya berlalu? saya mesti berusaha keras
untuk menang kali ini.

9. menang apa?
10. sudah tentu untuk menang pilihanraya bagi mentadbir diri saya. ini kerana sudah
6 penggal saya tewas dengan Pakatan nafsu,syaitan dan dunia. mereka sering kali
menang dengan majoriti yang cukup besar.

11. azam saya.untuk penggal ini, saya akan bersama dengan Barisan iman,akal yang
waras beserta sokongan pihak bebas (shbt,family) untuk kembali dengan gagahnya
untuk menawan kembali jiwa ini.
12. harap saudara-saudara akn bersama Barisan ini dan akan memberi sokongan padu
kepada kami. Berikan sokongan anda kepada Barisan Kami.

13. bukannya barisan nasional~~ ingat tu.

Sunday, February 22, 2009

MB PERAK DARI UMNO PUN PERNAH ENGGAN MELETAK JAWATAN!!

1. Buat pengetahuan pembaca, UMNO bukan sahaja parti rasuah dan racist, malah juga suka
double standard.

2. Buat pengetahuan para pembaca, Dato Seri Ir Nizar bukanlah MB pertama di Perak yang
enggan meletak jawatan. Bukan beliau derhaka, namun beliau ingin proses pemecatan
beliau dibuat mengikut undang-undang. Bukan seperti BN yang merampas negeri Perak
seperti lanun disiang hari.

3. Saya ulang sekali lagi. mengikut perlembagaan, Sultan tak boleh pecat MB. Baginda
hanya boleh menasihati sahaja. Jika MB enggan atas sebab-sebab tertentu, maka Sultan
tidak boleh memaksa.

4. MB boleh dipecat atau gugur dengan tiga cara. Pertama, beliau meletak jawatan dengan
sukarela. jika ini tidak berlaku, Sultan boleh bubarkan Dun. pembubaran secara
automatik akan mengosongkan kerusi MB. jika Sultan tidak berkenan untuk bubarkan
dun, maka cara terkahir ialah dengan mengusulkan undi tidak percaya di dewan
undangan negeri. Tiada satupun cara ini yang dilakukan. maka wajarlah kerajaan BN
sekarang digelar kerajaan HARAM.

5. Ayah kepada Tajol Rosli juga adalah MB perak suatu ketika dulu. Baginda Sultan
ada menitahkan supaya beliau meletak jawatan. Namun beliau enggan berbuat
demikian.

6. Sultan murka dengan beliau. Namun beliau terus berdegil dan terus memerintah perak
selama 2 tahun. Sultan yang murka telah bernazar untuk tidak mencukur jambang
dan janggut beliau selama tempoh MB tu tidak meletak jawatan.

7. Cuba saudara pembaca bayangkan, panjangnya janggut sultan waktu tu. Tidan dicukur
selama 2 tahun. Kalah A Samad Said kot.

8. namun pada waktu itu, tiada pula orang orang UMNO kata ayah tajol rosli tu derhaka
kepada raja. Mereka malah menyokong MB ketika itu dengan mengatakan bahawa Sultan
tak ada hak memecat MB. cuba bayangkan biadapnya UMNO!!

9. Sekarang mendabik dada kononnya dialah pembela raja, dialah yang paling setia,
poraahhh!!

10. Mereka kata hanya presiden UMNO yang boleh pecat MB ketika tu. Hanya selepas Tun
Hussein Onn meminta ayah tajol rosli meletak jawatan, barulah die nak letak
jawatatan.

11. Jadi kesimpulannya, UMNO tidak layak sama sekali untuk kata orang derhaka atau
tidak. kerana UMNO cakap tak serupa bikin.

12. Jadi para pembaca yang masih menyokong UMNO, please..jangan tertipu lagi. Kita
sebagai golongan muda mesti memberi pengajaran kepada UMNO.

13. Pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, pastikan UMNO dimalukan.
dalam Pilihanray umum ke-13 kelak, sama sama kita hantar UMNO ke Muzium Negara!!

Friday, February 20, 2009

Antara Sumbangan UMNO kepada Institusi Diraja

UMNO dalam seminggu dua ini menjadi juara dalam usaha mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu yang kononnya cuba dipermainkan oleh sesetengan pihak. Setelah 50 tahun UMNO memerintah Malaysia, memang tidak dapat disangkal bahawa UMNOlah yang paling banyak 'berjasa' dengan raja raja melayu. Berikut disenaraikan sebahagian dari sumbangan 'mulia' UMNO untuk raja raja melayu.


1.pindaan Perlembagaan tahun 1993 menunjukkan percubaan Umno untuk menghapuskan kekebalan raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi Umno.Akibatnya, media massa yang dikawal oleh Umno menyiarkan kenyataan tidak bersopan dan beradab beberapa orang menteri mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja serta anggota kerabat diraja tertentu.


1. Dalam demonstrasi di pekarangan rasmi Menteri Besar Sri Iman, Kuala Terengganu pada 23 Mac tahun lalu itu, ketika krisis perlantikan menteri besar, para pemimpin Umno negeri dan Pusat menderhaka terhadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin apabila secara terbuka berdemonstrasi yang jelas menghina kemuliaan institusi raja dalam isu pelantikan menteri besar. Ada pula sepanduk penyokong UMNO seolah2 membinatangkan pihak istana yang tidak memilih Idris Jusoh sebagai menteri besar.

2.Annuar Musa (sekarang Tan Sri) sudah lupa atau berpura-pura lupa bahawa pada tahun 1993 beliau sanggup berarak dari Kuala Lumpur membawa Tengku Ibrahim dan menabalkannya di bawah pohon janggus sebagai Sultan Kelantan, sedangkan Sultan sebenar masih ada.

3.Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Muhammad Mohd Taib (juga sekarang Tan Sri) ketika menjadi Menteri Besar Selangor juga lupa beliau pernah melarikan puteri Sultan Selangor, Sultan Salahuddin, yang lebih dikenali sebagai Ku Yah.

4.Umno juga pernah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983. Kerakusan mahu terus berkuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk meminda peruntukan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja serta kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.Pindaan yang dikemukakan pada pertengahan tahun 1983 itu diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan 1983) itu setelah baginda berbincang dengan raja-raja lain.Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan, malah buat kali pertama selepas kemerdekaan, pemimpin kerajaan yang dikuasai Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum anjuran Umno itu telah menyebabkan raja dipandang hina oleh masyarakat awam.

5.Pada tahun 1990, Umno sekali lagi bertembung dengan raja-raja selepas ia kalah teruk di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-8. Dalam Perhimpunan Agung Umno tahun 1991, Umno telah melemparkan kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja Melayu.Istana Kelantan dibidas secara terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah.Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan kata-kata tajam dan pedas, raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan serta mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya.


6. Jadi, sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja seperti yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983. Pada tahun 1978, Menteri Besar Perak, Tan Sri Ghazali Jawi |ayah tajol rosli rasanya| enggan meletakkan jawatan sehingga mendorong Sultan Perak, Sultan Idris Shah menyimpan janggut dan jambang. Baginda bernazar akan mencukurnya setelah Ghazali meletakkan jawatan.
rasa2nya mana lagi teruk, Nizar ke die ni?


jadi sebenarnya tindakan media2 UMNO memburuk-burukkan pembangkang dengan menuduh mereka sebagai derhaka hanyalah menampakkan kebodohan dan kedunguan mereka. mereka ternyata memberi pembangkang ruang yang seluas luasnya untuk membuka kembali kisah kisah penderhakaan mereka yang cukup banyak pada raja2...bodoh..bodoh..

ihsan :harakah online

Thursday, February 12, 2009

Polis Tidak Adil, Rakyat Diperbodoh

Kuantan, 13FEB: penulis blog zamankini menyelar sikap tidak adil polis dalam isu mengadakan perhimpunan aman atau ceramah umum.

beliau melahirkan kekesalan beliau ketika di wawancarai sebentar tadi di tempat kerja beliau.Pasukan polis sepatutnya adil kepada semua dan tidak condong dan berpihak kepada satu satu pihak."polis ternyata berpihak kepada parti pemerintah. ini tidak adil. polis hendaklah adil kepada semua" ujarnya tegas.

beliau sangat marah apabila UMNO dan NGO-NGO dibenarkan berdemonstasi diseluruh negara tanpa sekatan. Tiada pula istilah perhimpunan haram diberi kepada mereka mereka ini. tiada polis yang kelihatan, tiada trak FRU dan tiada gas pemedih mata.Polis dan UMNO seolah olah tutup sebelah mata apabila penyokong-penyokong mereka berhimpun disana sini.

tapi apabila pembangkang melakukan demonstrasi, mereka diugut oleh polis dengan akta ini dan itu, dilabel perhimpunan haram dan dikerah trak FRU dan polis sebanyak yang boleh bagi menyekat perhimpunan mereka. malah di Perak, pakatan rakyat tidak dibenarkan langsung untuk mengadakan ceramah diseluruh negeri sedangkan mereka perlu menerangkan kepada rakyat tentang fitnah yang ditabur oleh media media penipu dan pemfitnah.

beliau turut menyelar UMNO dan BN yang bersikap paku talam paku serpih, mengata orang dia yang lebih. merekalah puak yang mula-mula memberi hukum haram kepada demonstrasi aman, merekalah yang mengatakan demonstrasi bukan budaya kita, namun nampaknya mereka lupa bahawa orang-orang UMNO lah yang sebenarnya paling banyak berdemo sejak kebelakangan ini

"demokrasi akan musnah jika polis terus menerus bersikap begini. Rakyat akan hilang rasa hormat kepada polis" ujar beliau marah. Justeru polis diseru untuk bersikap neutral dan adil kepada semua golongan masyarakat dan berhenti dari bersikap condong kepada mana-mana parti tertentu.

penulis blog mengingatkan masyarakat, khususnya golongan muda agar jangan tertipu dengan mainan songsang media pemutarbelit dan pemfitnah. Media khususnya Utusan Malaysia dan TV3 nampaknya masih belum insaf dan masih belum bertaubat dari kesalahan mereka. merekalah punca UMNO-BN kalah teruk dalam PRU yang lepas. fitnah mereka tidak dapat diterima lagi oleh rakyat negara ini.

Monday, February 9, 2009

Al Fatihah




Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia hari ini.

roslan shaharumPerkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar dan ketua penerangan PAS, Mahfuz Omar.

Allahyarham diserang sakit jantung ketika sedang berbasikal dekat rumahnya di Changkat Lallang, Batu Gajah pagi tadi.

Ini disahkan oleh PAS pada kira-kira jam 1.30 tengahari tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Safiah Harun bersama 10 orang anak.

Ini bermakna, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.







Antara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Bukit Gantang ialah DUN Changkat Jering yang diwakili Mohd Osman Mohd Jailu yang keluar PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN) Perak.

bm version bukit gantang parliamentary seat 090209Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan mengalahkan bendahari Umno, Datuk Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi.

Roslan mendapat 20,015 undi manakala Abdul Azim menerima 18,449 undi. Manakala calon bebas, M Morgan mendapat 872 undi.

Bukit Gantang merupakan kerusi Parlimen majoriti Melayu, dengan 27 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India.

Menurut Harakahdaily, Roslan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

Pegawai Khas Allahyarham, Shaharudin Ahmad Sani berkata allahyarham yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya dari luar negara.

"Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi.

ihsan : malaysiakini

Sunday, February 8, 2009

Perutusan Oleh MB Perak, Dato Seri ir Nizar Jamaludin berkenan krisis di Perak


BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.


Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri

secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

Menteri Besar Perak

ihsan : anwaribrahimblog.com

Pilihanraya kecil di Bukit Selambau?









Feb 9, 09 1:00am
Sumber-sumber PKR memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR di Kedah, V Arumugam telah mengemukakan surat peletakan jawatan, dan memberi laluan untuk pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi Bukit selambau.

Difahamkan Arumugam tunduk ekoran dakwaan tekanan hebat terhadapnya dan keluarganya supaya melompat menyertai Barisan Nasional (BN).

Arumugam, 54, tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan perkara itu, tetapi sumber-sumber tertinggi PKR berkata, parti itu akan membuat kenyataan mengenainya hari ini.

Difahamkan juga Arumugam telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam dan kini berada di luar negeri.

Peletakan jawatan Arumugam, jika disahkan hari ini, akan mengesahkan spekulasi sepanjang bulan ini bahawa beliau mahu atau dipaksa menyertai BN.

Awal bulan ini, Arumugam telah membuat laporan polis mendakwa, antara lain, terdapat percubaan untuk menculiknya.

Arumugam juga mendakwa beliau dan pegawainya telah menerima banyak ugutan.

"Semua ini dilakukan untuk memaksa saya meninggalkan PKR dan menyertai BN," dakwanya dalam laporan polisnya itu.

Katanya, selain ugutan, beliau juga ditawarkan dengan tawaran lumayan untuk memujuknya meninggalkan PKR.

Minggu lalu, desas-desus timbul semula mengenai Arumugam akan meninggalkan PKR, apabila beliau tidak dapat dihubungi. Rakan-rakannya dalam PKR berkata Arumugam sedang bercuti.

Kedah turut tumbang kepada pembangkang dalam pilihanraya umum lalu.

Pakatan Rakyat memerintah selepas memenangi 22 daripada 36 kerusi di DUN negeri. BN pula mempunyai 14 kerusi.

Daripada 22 kerusi tersebut, 16 dimenangi PAS, PKR (5) dan DAP (1).

Arumugam yang bertanding sebagai calon bebas, kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sbagai ahli exco kerajaan negeri. Berita asal

ihsan: http://www.malaysiakini.com/news/97893

Thursday, February 5, 2009

Nizar kekal MB sehingga April?

5 FEB 2009, Pahang : Penulis menjangkakan Dato Seri Ir Nizar bakal kekal sebagai MB perak sehinggalah sidang dun perak diadakan pada bulan April kelak.

Penulis blog zamankini berkata demikian selepas mengamati pendapat pelbagai analisis politik oleh pakar-pakar berlainan. mengikut pemahaman penulis, Ir Nizar masih sah sebagai MB perak selagi beliau tidak meletakkan jawatan. hal ini demikian kerana tiada klausa dalam perlembagaan/undang-undang tubuh kerajaan negeri perak yang menyatakan Sultan boleh memecat menteri besar.

meskipun Sultan boleh mengarakahkan MB untuk meletak jawatan, namun MB tidak semestinya "patuh" kerana Sultan tidak ada kuasa memecat.Justeru, tiada klausa dalam perlembagaan yang memperuntukkan tindakan keatas MB yang tidak meletakkan jawatan."sekiranya sidang dun april ini satu usul undi tidak percaya dijalankan dan ia disokong oleh majoriti adun, maka ketika itulah Menteri besar perlu mengosongkan kerusinya" ujarnya ringkas.

jadi,sekiranya ini berlaku, maka masa yang ada sehingga sebelum April hendaklah digunakan sebaiknya oleh Pakatan Rakyat untuk meyakinkan pihak istana agar membubarkan Dun Perak."Pilihanraya perlu segera diadakan bagi menegakkan keadilan dan hak rakyat. Jika tidak perak bakal diseret ke konflik yang tidak berpenghujung" ujarnya.

penulis berharap agar Pemimpin peringkat atasan Pakatan Rakyat akan mencuba sedaya upaya mempertahankan Perak dari dirampas BN dengan mudahnya.masih banyak isu yang boleh diketengahkan seperti isu rasuah seks yang belum selesai, isu surat akujanji tidak keluar PKR dan lain-lain yang bakal mengheret adun pembelot tersebut kemuka pengadilan.

Rakyat perak disaran agar terus memberi sokongan padu kepada kerajaan Perak yang ada yakni pakatan rakyat.

Dukacita dengan Keputusan Sultan

5 FEB, Pahang : Penulis blog zamankini.blogspot yang tidak putus2 berdoa dan berharap agar Sultan terbuka hati untuk membubarkan Dun di Perak sekali lagi terkejut dengan keputusan Sultan yang tidak berkenan untuk membubarkan Dun.


Beliau yang mengetahui keputusan itu lewat portal internet pada pukul 3 petang tadi melahirkan rasa dukacita yang amat mendalam atas keputusan Sultan tersebut. Bukan hendak menderhaka, cuma penulis merasakan bahawa pilihanraya kecil adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan konflik politik di Perak. penulis berpendapat kerajaan Pakatan Rakyat Perak masih mendapat sokongan padu rakyat dan mereka mahu kekal dibawah panji pakatan rakyat.

'saya berkeyakinan sekiranya pilihanraya diadakan semula diseluruh perak, BN akan dimalukan oleh rakyat dengan memberi kemenangan 2/3 majoriti kepada Pakatan rakyat. malah BN berpeluang untuk tewas dikawasan kawasan yang mereka menang dengan majoriti kecil dibawah 500 undi' ujarnya ketika ditemui dikediamannya. penulis yakin rakyat perak bersimpati dengan kerajaan pakatan rakyat yang diterajui Dato Seri Ir Nizar.

penulis menyokong sepenuhnya kempimpinan Ir Nizar dan menyokong tindakan Ir Nizar yang mahu menemui tuanku Sultan sekali lagi bagi meyakinkan baginda Sultan tentang peri pentingnya mengadakan pilihanraya dengan segera. Ini adalah bagi menjaga kepentingan para pengundi seluruh Perak yang sememangnya berhak menentukan kerajaan pilihan mereka sendiri.

penulis berharap semua penyokong agar bertenang dan bersedia menerima apa apa kemungkinan yang akan berlaku. Usaha-usaha masih diikhtiarkan oleh pimpinan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sekarang ini. ' sama-sama kita berdoa agar penyelesaian kepada kemelut ini dapat dirungkai dalam masa terdekat ini' ujarnya mengakhiri perbualan.

Wednesday, February 4, 2009

BUBAR SAJA DUN, MARI BERTARUNG SECARA JANTAN

5 FEB,Pahang :Penulis blog zamankini.blogspot terkejut mendengar berita besar dari Negeri Perak kononnya kerajaan PR pimpinan Dato Seri Ir nizar telah tumbang menyembah bumi.berita ini hanya disedari penulis pada pukul 7 petang semalam.Beliau yang teruja dengan berita itu merasa dukacita melihat gambar Dato Seri Najib sedang senyum lebar bersama-sama Adun-adun pengkhianat di putrajaya semasa mereka mengumumkan Bn bakal menubuhkan kerajaan baru di Perak.

Penulis kesal dengan keempat empat adun tersebut yang begitu tergamak menyeberang ke Barisan Nasional. Atas dasar apakah mereka melompat ke Parti yang jelas dan nyata rasuah dan zalim itu? Disaat segenap sokongan diberikan kepada arus perubahan oleh Pakatan rakyat, disaat memori Permatang Pauh dan Kuala Terengganu masih segar di ingatan kita, disaat rakyat menolak BN mentah mentah dalam pilihanraya sebelum ini, penulis sangsi apakah motif perpindahan mereka ke dalam parti itu.

Adakah mereka telah diugut nyawa dan keselamatan mereka? adakah kedua-dua Adun dari PKR itu mahu lari dari kes rasuah mereka? adakah mereka dibeli dengan tawaran wang berjuta-juta ringgit? adakah pengakuan bersumpah oleh Fauzi musa,Ketua PKR Ipoh Barat bahawa najib menawarkan Rm 50 Juta ringgit untuk adun PKR menyeberang ke BN benar belaka? begitu banyak sekali kemungkinan yang berlaku.

Apapun alasannya, penulis secara peribadi sudah hilang hormat kepada adun adun terbabit yang jelas membelakangkan prinsip keadilan dan pembaharuan yang cuba dibawa oleh PR. Disaat tiada siapa pun inginkan BN, mereka pula nampak berbangga dengan kemasukan mereka ke Be End (BN). Jika keadilan, ketelusan dan islah yang mereka cari, maka adalah satu kesilapan besar bagi mereka untuk bersama BN kerana BN adalah parti yang nyata sudah menyeleweng dengan rasuah,fitnah dan kezaliman yang besar.

Penulis masih menaruh harapan agar Sultan Perak dapat menimbangkan keputusan membubarkan dun di negeri perak bagi memberi laluan kepada pilihanraya di negeri ini kelak. Penulis bersependapat dengan menteri besar bahawa sekiranya pilihanraya dapat dijalankan maka tiada halangan untuk Pakatan memenangi majoriti 2/3 dun. Baginda Sultan yang arif hal undang-undang diminta tidak memberi laluan mudah untuk BN menakluk Perak dengan begitu mudah. Tun Mahathir tidak yakin UMNO akan berubah kerana mengambil pemimpin rasuah kedalam UMNO. penulis berfikir kenapa UMNO memilih pemimpin tidak berkualiti dan tercalit tuduhan rasuah untuk dibawa kedalam BN? adakah kerana UMNO tempat bagi segala kaki rasuah? sama-sama kita renungkan.

Penulis menyeru seluruh penyokong Pakatan Rakyat untuk berdoa semoga kezaliman tidak berlaku di Perak, semoga hati tuanku Sultan terbuka untuk membubarkan Dun seterusnya bertarung secara jantan di medan Pilihanraya. Penulis yakin PR mendapat simpati rakyat Perak yang masih mahukan PR bersama mereka dan menolak BN yang sudah tidak relevan lagi. Jika pilihanraya berlaku, Penulis akan pulang mengundi ke Dun Tronoh kelak.