Sunday, March 29, 2009

MARI BANTU NIZAR


Disebabkan hari ini kempen telahpun bermula, jadi penulis zamankini akan menghentikan seketika siri akademik buat sementara waktu. Penulis berasa bertanggung jawap untuk turut sama berkempen secara maya menerusi blog ini.

Buat pengetahuan saudara pembaca, pendirian penulis ialah, Dato Seri Ir Nizar adalah dipihak yang benar. Penulis blog ini akan sedaya upaya membersihkan nama beliau dari segala fitnah jahat musuh yang iri hati dan tamak kuasa dengan merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat.

BN sudah tiada isu. Penulis yakin isu derhaka,isu boneka DAP akan dimainkan oleh BN dalam kempen di Bukit Gantang ini.Pembaca usah tertipu dengan permainan Licik ini. penulis akan cuba menangkis segala tohmahan mereka kepada Dato Seri Ir Nizar.

InsyaAllah, pengundi bukit Gantang bukan bodoh. mereka matang berpolitik. isu derhaka atau apa sahaja isu yang dibawak oleh BN akan dihumban saja ke dalam tong sampah. Tindakan BN melaga lagakan Istana dengan pimpinan Pakatan adalah zalim.

BN tidak akn berjaya walau apa pun jua isunya. Rakyat tahu menilai. Isu liwat dan sumpah laknat saiful gagal di Permatang pauh. Isu hudud gagal di Kuala terengganu dan ISU DERHAKA juga akan gagal di Bukit Gantang.

kepada semua pembaca, marilah sama-sama mempertahankan wira rakyat Dato Seri Ir Nizar. Semoga Allah memberi kemenangan besar kepada beliau. amin

No comments: