Monday, March 16, 2009

Sejarah Akademik SIRI ke-3

Haha..geli hati rasanya ada pembaca yang tidak sabar-sabar menantikan siri ke-3 ni. tak sangka pembaca mengikuti siri yang tak best ni..hehe..mari mari kita sambung....

SIRI 3

WALAUPUN terdapat segelintir pihak yang mengejek "indon" sehingga menyebabkan saya kecil hati, tapi takpelah..SEGELINTIR JE PUN..lagipun mereka memang budak budak nakal.

PADA SUATU HARI,Sekolah saya ada menganjurkan Kem Darjah 6 disekolah. Semua murid darjah enam tido disekolah selama 3 hari. kami dibaHagi bahagikan kedalam kumpulan2 kecil. waktu itu, saya berada dalam kumpulan CEMPAKA.

nak dijadikan cerita, lagu kumpulan kami menang no 1. sapa yang reka? sayalah rasanya. then lagi satu, ketika slot persembahan, saya mewakili kumpulan saya untuk menyanyi. waktu itu saya terus nyanyikan lagu Iwan berjudul "tiada bahasa seindah puisi". dengan tidak semena mena,semua peserta beserta guru guru pada waktu itu memberikan tepukan gemuruh. mereka terkejut. (bajet) adakah ini suara saya? atau semuanya hanya ilusi. ternyata itu benar benar suara EMAS saya.

semenjak waktu itu, nama saya mengharum ke seluruh pelusuk SK beranang. Saya terus di risik seorang guru untuk memperkembangkan lagi bakat saya waktu itu. Namanya Cikgu kamal, Guru bahasa inggeris. Saya diberi latihan vokal agar vokal saya betul betul memukau..(wutever). tidak lama selepas itu, saya diamanahkan (tak sesuai) untuk mewakili sekolah ke pertandingan 'SENIRAMA' peringkat daerah bertempat di 'BANDAR ILMU' bandar baru bangi. waktu itu saya berjaya menggondol tempat ke xx (rahsia). Bukan setakat itu, semasa sesi latihan dirumah guru saya, kami mengeluarkan kaset rakaman suara saya dimana saya mempopularkan beberapa buah lagu yang top pada waktu itu.

ada usaha usaha, ada suara suara yang meminta kaset rakaman itu dijual diperingkat sekolah. namun atas percaturan politik sekolah, ia tidak dilaksanakan. namun kerjaya saya sebagai penyanyi (bajet giler) waktu itu terus berkembang. jika ada tetamu yang hadir kesekolah, maka sayalah yang akan menjadi penghibur, menyanyi dipentas. Di sekolah, saya lah juara menyanyi.Persembahan demi persembahan dibuat...bagaimana dengan akademik??????

waktu itu kesedaran akademik saya agak rendah. dah la tak reti English, malas pulak tu.
pada waktu itu, englis saya asyik dapat E je. tetapi matematik saya selalu skor walaupun saya jarang dikelas.Ini kerana Indonesia ajar matematik lebih advance dari Malaysia..Waktu tu saya tak banyak usaha pun. if sekolah buat kelas tusyen, saya datanglah. Sekolah bagi kerja rumah, saya buatlah...ikut jer..

Dengan berbekalkan sedikit ilmu, sayapun menduduki peperiksaan UPSR. terasa asing bagi saya UPSR ini. sebab tak pernah pernah ada peperiksaan macam ni. akhirnya setelah berusaha dengan termampu...saya pun memperoleh......3A, 1B dan 1 C

Bahasa Melayu Pemahaman A
bahasa melayu Penulisan A
Matematik A
Sains B
Bahasa Inggeris C

ada guru yang sangat berharap saya akan dapat 5A. tapi tak logik la harapan sebegitu,kan?
mana cukup mantap lagi...

ok, BERTEMU LAGI DISIRI 4

PERSOALAN:
1. apakah saya kekal jahil dalam bahasa inggeris?
2. bagaimanakah kerjaya nyanyian saya?
3. apakah saya mengalami zaman renaissance?
4. bagaimana pula keputusan PMR saya?


TO BE CONTINUED....

No comments: