*nota: Artikel ini ditujukan khasnya kepada adik adik saya di UTP dikalangan BATCH JULY07 dan BATCH JAN08. Semoga ia dapat memberi sedikit pengajaran.
SIRI SATU [1].....
PERJALANAN AKADEMIK SAYA SEMENJAK KECIL SEHINGGA KINI
1. PRA SEKOLAH
saya semasa kecil tinggal di estate di Port Dickson. Ibu bapa saya adalah buruh di
ladang kelapa sawit. Mereka berdua datang dari Indonesia. Hidup susah waktu itu.
Ketika umur saya 5-6 tahun, saya masuk Tadika. oleh kerana Majoriti penghuni
estate
adalah orang india,maka hanya tadika India yang wujud. Tidak ramai orang melayu
disana. Jadi sayapun bertadika di situ. Kalau tak silap,hanya ada 2 orang anak
melayu (indonesia) bersekolah disana. Saya menjadi murid kesayangan waktu itu.
Guru india saya tu baik dengan saya. Waktu itu apa-apa lagu kanak kanak dalam
bahasa tamil yang diajar akan cepat dan mudah saya ingati. Malah sehingga ke hari
ini,saya masih ingat satu lagu.
2. SEKOLAH RENDAH
1. SEKOLAH DASAR TANJUNG DURIAN, INDONESIA
saya tak sempat habiskan tadika saya di Malaysia. Lantas ibu bapa saya telah
bertekad menghantar saya pulang ke Indonesia untuk tinggal bersama nenek. Bukan
kerana mereka tidak sayang, cuma demi masa depan saya.Mereka waktu itu cukup susah
bagi memastikan saya dapat belajar disekolah,dapat mengaji..maka saya pun pulang
ke Sumatera Barat, Indonesia. Saya masih ingat ketika waktu pagi sebelum van
akan bertolak ke Pelabuhan melaka, Ibu saya mendukung dan menatap muka saya sambil
menangis. Saya masih kecil dan tidak tahu apa apa. Saya tinggal di Indonesia sela
ma 6 tahun lamanya (1992-1998). Saya belajar di Sekolah Dasar Tanjung Durian.
Di Malaysia, ia di panggil sekolah rendah. Sekolah disana agak kecil. hanya dalam
lingkungan 100++ murid.seorang guru akan mengajar semua subjek. pakaian sekolah
adalah seperti yang anda lihat dalam tv tu. bercelana pendek,bertopi dan bertai.
di Indonesia, Bahasa Inggeris diajar mulai Sekolah Menengah. Jadi saya waktu itu
hanya belajar :
Matematika
Bahasa Indonesia
Ilmu Pengetahuan Alam (sains)
Ilmu Pengetahuan Sosial
Sejarah
Pendidikan Islam
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Seni
di Indonesia, suasana saya ketika itu agak lain. lebih banyak bermain dan dirumah
tidak belajar langsung. petang pegi mengaji. waktu tu buku tulis je ada. buku teks
hanya orang kaya je mampu beli. Tiada langsung kesedaran untuk bersungguh sungguh
menuntut Ilmu. setiap kali exam, dapatlah ranking no 7 dalam kelas. Pendidikan
saya terhenti sewaktu darjah 6. tak sempat habis pun. Umur waktu tu sudah hampir
12 tahun. Masa untuk buat Identity Card. Jadi selepas menguruskan Passport ke
Malaysia, saya dan makcik pun bertolak. Alhamdulillah setelah 6 tahun lamanya,
saya kini kembali menjejakkan kaki di Bumi Malaysia..maka bermulalah satu era baru
dalam hidup saya.
apakah nasib saya selepas sampai ke Malaysia?
apa pula karenah Jabatan Pendidikan Ketika itu?
Bagaimana saya menghadapi UPSR tanpa ada ilmu bahasa Inggeris?
TO BE CONTINUED...kisah seterusnya akan menyusul kemudian
Friday, March 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment